COVER STORY

YB Yusmadi Yusoff – The Dark Horse of Malaysian Politics

[vc_row][vc_column width=”1/2″][vc_column_text]Sebelum menulis artikel ini, fikiran saya sedikit terganggu; memikirkan cover story yang satu perenggan pun masih belum dikarang. Walaupun yang sebenar itu kerja mudah; kurang satu hari saya boleh siapkan. Namun bagaimana idea bisa mengalir jika otak risau memikirkan ibu yang hampir seminggu ditahan di HUKM kerana denggi? Tetapi mahu tidak mahu, saya punya tanggungjawab; kerja mesti disiapkan atau nanti dapat warning letter daripada Wirda Adnan. Dan saya mesti ingat, the world doesn’t revolve around one person; kena marah kalau terlepas dateline namun lagi parah kalau pengiklan cabut lari; aduhai kalau itu terjadi, staf lain nak makan apa nanti?

The world doesn’t revolve around one person…” saya mengulang lagi kata-kata entah milik pujangga mana kerana terkenang peranan penghias muka depan isu Oktober, YB Yusmadi Yusoff. Ya, lain daripada kebiasaan MajalahWM kerana menjemput ahli politik menjadi wajah utama. Yusmadi seorang Senator di Dewan Negara, Penasihat Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengasas Rights Foundation juga bekas Ahli Parlimen Balik Pulau (penggal 2008 – 2013) dan punya latar belakang sebagai Peguam Hak Asasi Manusia yang kini berkhidmat di bawah firma Fahda Nur & Yusmadi. Anak jati Pulau Pinang yang satu masa dibentangkan jalan olehNya menyertai bidang politik dengan idealisme keadilan, undang-undang, demokrasi dan hak asasi manusia. Tidak memburu publisiti (ahli politik pun banyak yang gila glamor tau!) tidak sibuk mengendeng pak menteri. Namanya mungkin tidak sehangat ahli politik lain namun punya pencapaian yang bukan sembarangan dan berbeza dengan norma biasa ahli politik Malaysia. 

YB Yusmadi Yusoff – kerana skil kepimpinan, kepintaran dan dedikasi membuatkan beliau sering dipanggil menyertai pelbagai program dan diberi tanggungjawab memegang jawatan tertinggi. Antaranya menjadi felo isu kajian dasar di bawah Khalid Jaafar, mantan Setiausaha Akhbar Datuk Seri Anwar yang mana antara peranannya terlibat dalam program kepimpinan dan dialog falsafah mengenai ketamadunan contohnya tentang Sun Yat Sen. Selain itu, dipilih menjadi Pengerusi Unit Penyelidikan Politik (UPP) menyelidik isu kajian dasar. Begitu halnya apabila beliau terlibat dengan Angkatan Muda Keadilan, dilantik sebagai Pengerusi Strategik dan Antarabangsa. [/vc_column_text][/vc_column][vc_column width=”1/2″][thb_image alignment=”right” image=”10347″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][thb_gap height=”40″][vc_column_text]Satu defining moment buatnya, berlaku pada 2004, apabila Kedutaan Amerika menjemputnya ke Amerika Syarikat untuk belajar di bawah International Visitors Leadership Programme untuk program hak asasi manusia serantau. Di sini beliau menuntut ilmu dengan tokoh-tokoh hebat dan belajar berkenaan isu-isu penting termasuk Civil Rights Movement. Dan sekali lagi rahmat besar buat Yusmadi berlaku pada tahun tersebut, apabila beliau menjadi saksi seorang lelaki kulit hitam membawa satu citra politik yang melangkaui kepartian yang sangat menarik perhatiannya, dan lelaki tersebut bernama Barack Obama.

Dua tahun selepas itu, bertambah aset penting dalam resume-nya kerana ditawarkan biasiswa Hubert Humprey Fellowship untuk program Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia di Washington College of Law. Tawaran tersebut hadir berikutan keterlibatannya dalam kes berkaitan Al-Maunah dan penempatan peneroka bandar (setinggan).

Detik mengujakan dalam kehidupannya tidak tamat di situ. “I wondered about the explorers who’d sailed their ships to the end of the world. How terrified they must have been when they risked falling over the edge; how amazed to discover, instead, places they had seen only in their dreams,” perjalanan Yusmadi sama seperti kata Jodi Picoult yang sungguh pandai menyusun kata; entah ke mana kaki membawanya tetapi tidak dia hentikan langkah kerana dia percaya di hujung nanti tentu ada hasilnya. 

Jauh perjalanan, kerana itu panjang pengenalan. Ikuti temubual lanjut bersama YB Yusmadi Yusoff di bawah.

‘Senator @ParlimenMalaysia’ seperti yang tertulis di profil Instagram anda dan saya tertanya apakah kerja senator? Adakah sama seperti wakil rakyat? Saya pasti ramai yang kurang jelas sementelah jawatan ini tidak dipilih melalui pilihan raya. Untuk itu, terangkan urusan kerja YB melalui peranan ini?

Secara mandat, tanggungjawab seorang senator adalah menjadi badan penyemak kepada dasar-dasar dan keputusan Dewan Rakyat. Senator juga mempunyai peluang melakukan perubahan dan reformasi, dan yang saya lakukan sekarang, dengan muafakat kawan-kawan di Dewan Negara, saya telah mengusulkan satu agenda reformasi Dewan Negara yang mana secara muafakatnya saya telah dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dewan Negara. Jadi peranan saya bukan saja menjadi senator seperti yang seadanya, tetapi saya juga seorang senator yang melakukan kerja-kerja perubahan atau reformasi di Dewan Negara.

Yusmadi menjadi ahli Parlimen Balik Pulau hanya untuk satu penggal. Walau dalam masa yang singkat, tuntutan sebagai pembela rakyat banyak dijalankan. Salah satunya adalah mewakili penduduk yang terlibat dalam kes pengusiran seperti yang berlaku pada penduduk Kampung Buah Pala, kes penduduk Kampung Binjai menghadapi pemaju di mahkamah, selain beberapa keluarga di Kampung Tanjung Tokong yang diarah mengosongkan rumah masing-masing oleh syarikat pemaju UDA Holdings Berhad. Ini bertitik tolak daripada tugasnya ketika bergelar peguam hak asasi manusia. Ketika itu, Yusmadi banyak mewakili kes peneroka bandar dan salah satu daripadanya adalah kes melibatkan 20 ribu penduduk di Bandar Baru Sentul yang mana pemaju mahu menukar padang rekreasi mereka kepada bangunan kondominium.

Saya mengikuti banyak akaun orang politik di Twitter dan orang biasa yang banyak mengutarakan isu-isu politik. Saya juga follow akaun YB, tetapi saya tidak pernah nampak YB ‘menempelak’ seperti kebanyakan orang seindustri?

Saya tahu adanya kepentingan berinteraksi di media sosial tetapi saya ada satu prinsip iaitu tidak akan senang-senang menawarkan pandangan tentang subjek yang saya sendiri tidak pasti. Sebelum ini saya bergelar kolumnis di surat khabar dan seringkali menulis untuk seminar dan topik yang saya sentuh adalah yang berkaitan kepakaran saya sahaja. Sebab itu anda jarang mendengar saya bercakap tentang teknologi atau ekonomi kerana ia bukan bidang saya.

Adakah YB setuju media sosial mengganggu gugat suasana politik kita?

Pada saya, tengok kepada bagaimana proses interaksi itu berlangsung. Kita menghargai pandangan atau hujah yang positif. Kita juga harus jangkakan adanya komunikasi bersifat negatif kerana kita kena faham media sosial adalah satu platform yang bersifat direct. Dengan ini, ia memberi ruang kepada pembentukan pemahaman dalam konteks yang cepat. Pastinya kehadiran media sosial memberi impak pada iklim politik di Malaysia kerana ia mengubah corak komunikasi antara rakyat dan pemimpin dan begitu juga sebaliknya. Jadi perkara ini memberi cabaran baru kepada pemimpin politik. Point yang saya ingin tekankan, mana-mana pemimpin yang tidak mampu mengendalikan trend ini akan menjadi pemimpin yang tidak relevan.

Dalam portfolio Yusmadi juga tertera peranannya sebagai pengasas Rights Foundation (rujuk rights.com.my) yang mana organisasi ini bertindak sebagai sebuah badan pakar yang memberikan nasihat dan pandangan mengenai isu tadbir urus, hak asasi manusia dan keadilan sosial. Dan kerana golongan intelektual yang mengemudi, Rights Foundation banyak memberi impak pada masyarakat. Daripada fungsi asal seperti yang disebut di atas, organisasi ini juga berjaya mewujudkan Akademi Rakyat yang memberi pendidikan berkualiti kepada penduduk Balik Pulau khasnya dan mewujudkan biasiswa rakyat. Biasiswa ini berkait dengan kisahnya sendiri; anak kampung berjaya mendapat tawaran asrama penuh dan universiti namun terpaksa menolak tawaran kerana tidak memiliki wang yang cukup untuk ke luar kampung atau untuk menghadiri temuduga kerja dan sebagainya. Sebutnya, “Selepas 30 tahun saya balik ke sana sebagai ahli parlimen, saya dapati masih wujud isu yang sama.”

Hari ini Rights sudah melebarkan sayapnya ke Jakarta, dipanggil sebagai Rights Asia, yang mana fokus mereka adalah mencari jalan membantu negara antaranya untuk isu kelapa sawit dan lingkungan masalah alam sekitar.

Politik adalah salah satu bidang yang paling demanding dalam dunia. Dipenuhi dengan warga yang bijak pandai, yang punya bermacam kemahuan dan menjalankan pelbagai strategi. Soalan saya, bagaimana untuk establish dalam bidang ini? Adakah ia satu perkara yang begitu susah?

Kita juga kena ingat, Malaysia jadi rosak pun disebabkan orang yang bijak pandai. Untuk berjaya dalam politik tidak bergantung pada isu cerdik pandai semata walaupun pra syarat atau asas pendidikan perlu ada. As cliche as it may sound, kita perlu ada pendidikan yang mampu memberi keyakinan kepada seseorang terhadap sesuatu idealisme. Setiap ahli politik punya idealisme berbeza. Sebelum melibatkan diri dengan politik, mesti tanya diri apakah course dan fight yang menjadi sasaran kerana itulah yang akan menggerakkan diri, fizikal dan minda ahli politik tersebut. Sebab itu, apabila orang bertanya bagaimana saya berjuang ketika pilihan raya sedangkan saya anak orang biasa, duit pun tidak ada, tetapi saya katakan pada mereka, yang menggerakkan saya ialah perjuangan saya. Dulu orang kata mustahil nak mengalahkan parti yang terkuat di dunia, tetapi akhirnya sejarah itu terjadi.

Kita bersembang lagi tentang politik, the most interesting political crisis to you, other than the 1998 sex scandal?

Selain peristiwa yang itu, kes peneroka bandar juga menarik. Sewaktu bergelar peguam saya banyak mengendalikan kes ini dan sehingga sekarang penderitaan mereka masih menghantui saya. Saya kasihan setiap kali terkenangkan orang miskin atau golongan marhaen yang sentiasa menjadi mangsa rakus arus deras pembangunan. Saya pernah melihat natijah bagaimana orang menangis kerana kehilangan tempat tinggal.

 

“Atas nama pembangunan kita telah membunuh kemanusiaan.” Yusmadi Yusoff

 

Tiada bukti kamu pernah bermain riang di kampung ini. Segala kenangan masa kecil akan selamanya terselit di bawah karpet mewah kulit biri-biri. Bangunan pencakar langit akan dibina di atas tasik yang pernah kamu renangi. Alamat bertukar, akan hilang selama-lamanya dan tanpa sedar, satu hari kamu bangun dalam ruang bersaiz kotak yang sempit, begitu sesak yang membuatkan kamu rasa tidak puas hati… 

Kampung Baru, satu kisah yang sedang tular. Banyak berlegar di media dan yang saya baca banyaknya di Twitter, termasuk oleh akaun milik seorang pak menteri yang mana setiap kali beliau muncul dengan tweet berkaitan, pasti mendapat banyak reaksi negatif warganet, dan saya salah seorang darinya. 

Isu Kampung Baru sepertikan masih jauh menemui kata putus. Apa pula komen YB tentang ini?

Saya tidak terlibat secara langsung walaupun saya ada menghadiri beberapa diskusi, tetapi isunya sama seperti yang saya biasa perjuangkan iaitu bagaimana atas nama urbanisasi, desa-desa dan kampung-kampung menjadi mangsa. Terkadang kita terlupa atas nama pembangunan kita telah membunuh kemanusiaan. Atas nama pembangunan, kita telah mencipta satu permasalahan baru. Perkara ini perlu dilihat dan diteliti. Sebagai contoh, pernah berlaku nun lama dulu di Cambodia yang mana puak di sana membunuh orang menggunakan genocide. Hari ini kita secara tidak sengaja membunuh orang melalui dasar dan perancangan kita. Selain isu hak kebebasan bersuara, saya yakin isu pembangunan juga adalah isu politik masa depan yang penting.

Adakah YB bersetuju dengan proses yang dilakukan dalam menyelesaikan isu Kampung Baru?

Melihat kepada sistem dan proses yang dilakukan, saya mencadangkan kepada pendekatan yang lebih muafakat. Muafakat maksud saya, bukanlah mencapai visi agenda kerajaan semata-mata, ia mestilah agenda bersama yang melangkaui kepentingan peribadi dan kepentingan kelompok. Masalah akan timbul jika kita terlepas pandang satu isu penting, iaitu isu leadership atau kepimpinan yang muafakat. Maksud kepimpinan muafakat ini adalah menjadi pemudah cara dan menguruskan kepentingan orang lain melangkaui kepentingan sendiri. Banyak perkara boleh diselesaikan jika pemimpinnya menunjukkan satu keterampilan dan kepimpinan yang diyakini.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]

“Yusmadi, Jom Kita Balik, Kita Nafikan BN 2/3.” – Datuk Seri Anwar Ibrahim

 

YB bekerja rapat dengan seorang figura yang perjalanan kerjaya politiknya lebih dramatic than any film scripts – Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagaimana boleh terjalin kerjasama dengan beliau?

Pengenalan dengan Anwar bermula sekitar 2004 iaitu tahun Anwar dibebaskan buat pertama kalinya. Selepas dijemput menjadi visiting fellow di Oxford University, beliau menjadi profesor pelawat di Johns Hopkins University School of Advanced International Studies dan Georgetown University, yang kebetulan kedua-duanya dekat dengan universiti saya di Washington DC. Melalui Khalid Jaafar, Setiausaha Akhbar Anwar, saya mengambil peluang untuk menyertai kelas Anwar dan membantu mengkoordinasi program-programnya di sana. Melihatnya ketika itu, saya dapati beliau seorang tokoh hebat baik dalam intelektual juga politik. Sambutan dan layanan yang diberikan terhadapnya luar biasa; kehadirannya dirai, dirinya dihormati, pandangannya menjadi rujukan dan perdebatan golongan bijak pandai di sana. Tohmahan mengatakan beliau agen Amerika salah belaka. Yang sebenar, beliau menjadi jambatan antara Timur dan Barat, juga antara Islam dan demokrasi dan membantu dunia memahami isu-isu Islam.[/vc_column_text][thb_gap height=”40″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column width=”1/2″][vc_column_text]Sekitar 2007 dan saya pun sudah hampir tamat belajar, Anwar menawarkan satu peluang yang tidak pernah saya bayangkan. Sebutnya, “Yusmadi, jom kita balik. Kita nafikan BN 2/3.”

Sungguh saya tidak yakin dengan pelawaan beliau untuk bertanding merebut kerusi ahli parlimen Balik Pulau. Apatah lagi UMNO yang tika itu di bawah Tun Abdullah mendapat keputusan yang sangat baik. Kerusi PKR tinggal satu saja dipegang Datin Seri Wan Azizah. Saya mengangguk ajakan Anwar berbekalkan pengetahuan politik dan kepimpinan yang begitu dangkal. Duit pun tidak ada, maklumlah baru balik belajar. Berkempen hanya bermodalkan semangat, berbekalkan keyakinan, keberanian dan ilmu. Akhirnya, pada 8 Mac 2008, saya secara rasmi telah dipilih oleh penduduk Balik Pulau sebagai ahli parlimen pertama dalam sejarah yang mengalahkan Barisan Nasional, mengulangi moment pak lang saya ADUN yang pertama mengalahkan BN sekitar awal 70-an di bawah Parti Sosialis Malaysia. 

Saya sentiasa ingat kata-kata Anwar, “Kalau takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan.” Tambahan, saya percaya dengan keputusan saya untuk menyertai pilihan raya kerana saya ada satu pengalaman berharga menyaksikan sendiri selok belok Barack Obama merebut jawatan Presiden Amerika Syarikat. Perjalanannya saya jadikan aspirasi. Saya menyaksikan bagaimana beliau berkempen bermula 2004 hingga 2007 kerana masa itu saya menjadi pemantau pilihan raya di Maryland dan Virginia. Dan ketika Universiti Stanford memilih saya sebagai felo di pusat kajian demokrasi pembangunan dan perundangan, sekali lagi saya melihat Obama berkempen menjadi presiden kulit hitam yang pertama. Ia menjadi moment of truth yang menarik minat saya terhadap politik. Dalam masa yang sama, saya dapat belajar one to one dengan mantan-mantan penasihat Obama dan George W. Bush yang mana mereka adalah dari kalangan profesor ulung dunia antaranya Profesor Francis Fukuyama penulis buku The End of History, Larry Jay Diamond selain Condoleezza Rice, CEO Google Arick Schmidt dan Presiden Jimmy Carter, pengasas Hubert Humprey Fellowship di Atlanta Georgia antara lain.

It was fantastic, it was so challenging untuk budak Balik Pulau menuntut ilmu, berdiskusi daripada malam ke pagi dengan pemimpin dan profesor terulung dunia. Segala yang dikecapi Yusmadi membuktikan tidak kira dari kampung atau merata ceruk sekalipun, sesiapa saja boleh jadi hebat sekiranya mereka diberi peluang mendalami perkara yang hebat. Tentunya kejayaan beliau juga berkat doa ibunya yang tidak jemu menadah tangan mendoakan anaknya daripada malam hingga ke dinihari.[/vc_column_text][/vc_column][vc_column width=”1/2″][thb_image alignment=”right” image=”10435″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][thb_gap height=”40″][vc_column_text]It was fantastic, it was so challenging untuk budak Balik Pulau menuntut ilmu, berdiskusi daripada malam ke pagi dengan pemimpin dan profesor terulung dunia. Segala yang dikecapi Yusmadi membuktikan tidak kira dari kampung atau merata ceruk sekalipun, sesiapa saja boleh jadi hebat sekiranya mereka diberi peluang mendalami perkara yang hebat. Tentunya kejayaan beliau juga berkat doa ibunya yang tidak jemu menadah tangan mendoakan anaknya daripada malam hingga ke dinihari.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][thb_gap height=”40″][vc_column_text]

“Anwar Ibrahim is the Mandela of The East.” Yusmadi Yusoff

 

Bercakap tentang ahli politik, saya teringat sekitar dua hari sebelum pilihan raya lalu, saya yang baru balik dari meeting PACA terjumpa seorang figura penting lapangan politik semasa. Yang sebenar dia juga adalah super senior saya dalam bidang kewartawanan. Kami berbual, saling bertukar pandangan malah nombor telefon pun bertukar. Kata dia, saya boleh menelefonnya bila-bila saja. Dan tidak berapa lama selepas pilihan raya, saya menghubungi dan responnya menyimpang daripada kemesraan yang ditunjukkan sebelum ini. Peristiwa ini membuatkan saya tidak begitu tertarik dengan ahli politik. 

Walaupun begitu, mahu saya ajukan pada Yusmadi, sementelah beliau bekerja rapat dengan Anwar, bagaimana sifatnya dan apa kelebihan Anwar yang orang lain barangkali tidak perasan? 

Saya melihat Anwar di dua waktu berbeza, dalam dan luar penjara. Tak keterlaluan untuk saya katakan yang Anwar satu-satunya tokoh dalam dunia politik kontemporari yang pengaruhnya merentasi Timur dan Barat, melangkaui bidang intelektual dan sosial, ekonomi dan budaya juga agama. Dunia masa kini memerlukan pemimpin yang boleh melangkaui garis-garis ini. Kita perlukan pemimpin seperti Anwar yang mana kebetulan beliau seorang pemimpin Melayu Islam yang relevan waima di kampung mahupun di persada antarabangsa. Saya bagi contoh ketika beliau di belakang jeriji besi, ketika itu berlaku pengeboman di New York dan beliau menulis satu naskah bertajuk ‘Who Hijacked Islam?’ Naskah yang ditulis ketika berada dalam penjara menjadi dialog antara pemimpin dunia. Yang kedua, beliau boleh menyatu-padukan orang yang mempunyai pemahaman berbeza contohnya tokoh hebat seperti mendiang Karpal Singh dan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz yang sentiasa berbalah. Berdasarkan pengamatan saya sendiri, setiap kali terbang ke Indonesia, saya bangga melihat orang seberang menyambutnya dengan sangat baik, malah hubungan mereka bukan sekadar hubungan politik tetapi sampai kepada hubungan manusiawi. Seorang pemimpin yang bagus bukan saja mampu bersahabat dengan masyarakat dalam kelompoknya tetapi juga bergaul dengan orang yang berbeza pandangan.

Adakah YB melihat Anwar sebagai Obama versi Malaysia?

Lebih daripada itu. Bagi saya Anwar adalah Mandela of The East. Beliau diseksa, dizalimi tetapi mampu memaafkan orang yang menzalimi beliau untuk kepentingan yang lebih besar. Perkara yang sama dilakukan oleh Mandela, tetapi lebih menarik dalam konteks Anwar kerana boleh memaafkan orang yang boleh dikatakan bertanggungjawab dalam proses pemenjaraan beliau, malahan orang tersebut diangkat sebagai pemimpin utama partinya. Mandela pun tak buat macam itu. Secara konsensus, saya memandang beliau sebagai pemimpin muafakat yang melihat kepentingan rakyat lebih besar berbanding kepentingan selainnya. 

Ada tidak ahli politik muda yang punya potensi menjadi seperti Anwar atau memiliki kepandaian seperti beliau?

Saya tidak pasti dengan perkara tersebut namun saya dapati Anwar memiliki kekuatan dalam memberi inspirasi dan mengeluarkan ramai pemimpin baru. Saya sendiri sebagai contoh, asalnya bukan orang politik. Malah ramai di kalangan pemimpin daripada parti Keadilan yang sebelum ini tidak punya nama tetapi disebabkan politik yang dibawa Anwar memungkinkan orang yang dulu ‘nobody’ kini menjadi ‘somebody’. Bagi saya inilah interpretasi kepada perkataan reformasi. Ia bukan lagi tentang politik feudal atau politik bangsawan. Negara kita ada pelbagai generasi daripada yang memperjuangkan kemerdekaan, membangunkan, mengindustrisasikan dan generasi memodenkan Malaysia, namun bertitik tolak daripada 1998, Anwar telah membentuk pula satu generasi baru iaitu generasi kepimpinan dan keadilan.

Banyak berlegar kata-kata sangsi tentang status Anwar sebagai Perdana Menteri kelapan. Pada pendapat YB, adakah betul beliau akan menyandang jawatan ini atau sekadar cakap kosong semata?

Saya yakin ya, kerana it is no more an option. Saya berpendapat ia sudah menjadi satu tanggungjawab untuk kita menjadikan beliau perdana menteri kerana kepentingan beliau untuk memegang tampuk itu tidak berlandaskan kepentingan peribadi. Pasca politik negara moden memerlukan seorang pemimpin yang sensitif dengan isu rakyat, isu ketidakadilan, kesenjangan dan beliau menepati ciri-ciri itu.

Selepas berlaku peristiwa 11 September, Islam difitnah dan sebagainya. Apabila berlaku insiden seperti ini, kita perlukan tokoh yang berkemampuan menjadi jambatan antara negara, Timur dan Barat, mahupun jambatan antara negara kaya dan miskin seperti yang beliau buktikan ketika menjadi pemimpin Bank Dunia satu masa dulu yang mana beliau banyak menolong negara-negara miskin. Kita mahukan pemimpin yang mampu menjadi pengantara dan pemudah cara untuk dialog antara agama, apatah lagi dalam keadaan dunia sekarang yang dipenuhi ahli politik yang tidak arif menguruskan kepelbagaian kaum dan agama. Sebuah negara yang mahu bergerak ke hadapan seharusnya memiliki pemimpin yang melihat aspek kepelbagaian sebagai kekuatan, kerana ini sejajar dengan nas al-Quran yang mana manusia diciptakan pelbagai jantina dan agama hanya untuk satu tujuan, iaitu menjadikan kita kenal mengenal satu sama lain.

 

Lelaki di Sebalik Pulau

 

Saya menemubual Yusmadi dengan buku tulisannya, Lelaki di Sebalik Pulau tidak lekang di tangan. Beliau menghadiahinya selepas saya memberitahu belum berkesempatan memiliki. Terangnya, naskah ini mengandungi kompilasi tulisannya ketika mana beliau menulis untuk Utusan Malaysia dan pada masa yang sama, menulis untuk akhbar Suara Keadilan dan Suara Rakyat. Bayangkan Yusmadi Yusoff boleh menulis untuk kolum yang sama dengan tajuk yang sama, untuk akhbar pro kerajaan dan pembangkang.

Buku ini mengandungi idea-ideanya ketika berjuang di jalur undang-undang, hak asasi manusia dan jalur antarabangsa. Dan banyak juga pandangan dalam naskah ini yang ditulis ketika berada di Amerika. Yang menarik fasal buku ini adalah bagaimana beliau sebagai seorang budak kampung yang satu masa mempunyai sisi pandang yang sempit atau kata lain ‘parochial’ mengenai keadaan semasa dan dunia, telah berubah kerana pelajaran yang dikutip dalam perjalanan merentasi benua. Seperti quote oleh Oliver Wendell Holmes, “A mind that is stretched by a new experience can never go back to its old dimensions.”

Saya percaya buku ini juga menceritakan sisi lain, bukan sekadar tentang undang-undang dan journey YB?

Penerangan mudah tentang buku ini ialah berkisar kembara seorang peguam muda yang mencari muafakat, kerana ketika saya menjadi ahli politik saya sentiasa disalah faham. Contohnya, antara yang dikatakan punca kenapa saya digugurkan daripada menjadi calon PKR untuk bertanding pada pilihan raya 2013 kononnya kerana hubungan rapat saya bukan saja dengan pemimpin dari kalangan parti saya sendiri, tetapi juga dekat dengan pemimpin parti lawan. Jadi saya disalah erti sedangkan saya mempromosi politik muafakat. Ini perkara penting yang saya belajar, bahawa politik yang diamalkan sekarang adalah one sided politics. Saya menolak amalan tersebut. Walaupun saya perlu melawan arus saya akan cuba. Saya pernah menjadi mangsa di satu ketika, tetapi memandangkan saya yakin politik muafakat adalah politik masa depan, saya akan teruskan.

Saya tercari-cari quote bagi mengakhiri temubual bersama Yusmadi dan terjumpa kata-kata Robi Aulia Abdi. Sebutnya, “Tengoklah ke luar jendelamu, jika engkau ingin melihat betapa luasnya dunia,” dan sambungnya lagi, “Tetaplah di kasurmu, jika kau enggan membetulkan semua yang rosak di luar sana…” Sungguh ingatannya menusuk tepat ke jiwa. Pilihan di tangan kita, sama ada ingin terbang jauh ke langit tinggi atau sekadar berdiri selesa di tempat sama. Tambahnya lagi, “Tetaplah berbaring, usah mengubris, dunia ini sudah terlampau bising.” Kerana bumi sudah beredar terlalu lama di paksinya, sudah terlihatkan bermacam keindahan, terkesan dek pelbagai kerosakan, adakah perlu kita menambah lagi?

Meskipun begitu, pilihan di tangan, jadi tepuk dada tanya selera. Saya kagumi Yusmadi dengan impiannya dan iri hati dengan pencapaiannya, namun tidak mungkin dapat mengikut jejaknya; tiada kemampuan dan barangkali semangat saya tak sekuat semangat dia.

Walau apa saja ceritanya, hingga nanti saya akan bernyanyi-nyanyi, Terbangkan saya ke bulan… dan biarkan saya bermain di kalangan bintang-bintang.” 

Oh, merenung bulan sebenarnya jauh lebih menyeronokkan daripada mendarat di atasnya. Cheers![/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][thb_gap height=”40″][vc_column_text]

Penghargaan:

Penulis: Shaufik Yunus
Jurugambar: Muhammad Tuah daripada Snips College of Creative Arts (SCCA)
Studio: Snips College of Creative Arts (SCCA)
Pereka Grafik: Faid Zamin daripada Vectoria Graphics
Suntingan Gambar Muka Depan: Raindrisz daripada Reka Kurnia (Instagram @rain2drisz)
Solekan: Peggy Lee daripada Snips College of Creative Arts (SCCA)
Dandanan: Shin K daripada Snips College of Creative Arts (SCCA)
Pakaian: Koleksi peribadi Yusmadi dan kemeja floral koleksi Fiziwoo Spring Summer 2020
Arahan Seni: Wirda Adnan
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button