Cantik Beyonce dalam dress warna lemon bergemerlapan,
Jutawan dan berjaya dengan berbelas koleksi Grammy,
Pun tetap jadi mangsa tipu daya suami.
Walau betapa hebatnya wanita tetap mudah tunduk di tangan lelaki,
Sedangkan yang sebenar apa kurangnya wanita; punya tenaga, ada kuasa,
Cuma kadang tak berani, Atau sudah buta barangkali,
Sangka mereka kerana cinta sakit pun tak mengapa janji tiba waktu dibelai daripada malam ke pagi.
‘Perbezaan yang tak dapat disimpulkan’
Jawapan Angelina Jolie pada yang menanya punca penceraian dengan bekas suami,
Sebutnya lagi dia rasa rendah diri… tidak penting, “Saya merasakan kesedihan yang mendalam… saya terluka…”
Penceraian membuatkan dia menyepi,
Tetapi hari ini dia tidak mahu bersedih lagi, ‘
Cukuplah,
Kerna dia tahu dirinya ada rupa dan bakat kenapa perlu dipersia-siakan,
Jadi dia bangkit,
Muncul di khalayak dalam persalinan yang indah belaka,
Dan hadirin yang melihatnya ternganga, Kamu nampak lebih cantik, lebih happy daripada sebelumnya.
Setuju dengan Jolie,
Jangan duduk saja, tak usah menyepi berlama-lama,
Tiba hari mesti lawan perasaan atau tidak akan terus tenggelam,
Oh jangan selalu mengikutkan hati yang pilu,
Kita ke The Gardens rawat diri dengan koleksi Cole Haan yang terbaru.