PERSONALITI

Nora Abu Hassan Born To Smile

“Cermin mata dan rambut boleh tukar, tetapi mulut dan hidung tak boleh tukar…”

Wajah Nora Abu Hassan biasa dilihat di merata majlis glamor, sentiasa hadir dalam balutan couture dan intan permata, pun siapa menyangka dalam penampilan yang rupawan, tersembunyi seribu satu kesedihan.

Nora dilahirkan sumbing dan kekurangan itu menyebabkan dia membesar tidak seperti kanak-kanak lain yang cukup sifat. Ceritanya, dia sering dibuli oleh kawan sekolah, dan ia membuatkannya sedih dan berasa rendah diri. Antara yang dikongsikan Nora tentang pengalaman menjadi mangsa buli, “…dia akan melontarkan apa sahaja dan memanggil saya si sumbing, sengau dan budak senget berkali kali.”

Walau bagaimanapun, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia hanya Dia saja yang tahu. Nora membesar menjadi wanita berkredibiliti tinggi. Kekurangan dilahirkan sumbing tidak memberi kesan kepada keinginannya untuk berjaya. Nora adalah bekas graduan University of New England, pernah bertugas untuk Southern Bank yang mana jawatan terakhirnya di situ sebagai Ketua Jabatan Akaun Semasa. Beberapa tahun dulu, ada sebuah tadika popular di kalangan warga Ampang dan golongan high society khasnya, dipanggil The Children’s Cottage dan Nora lah Pengasas dan Pengetua tadika tersebut. Dan jika sewaktu bersekolah dulu dia malu-malu dan sering merasa rendah diri, sebaliknya bila dewasa, Nora pernah memenangi empat anugerah penceramah terbaik di bawah MIM Toastmasters Club, selain bergelar Kaunselor Emosi yang sah.

Baru-baru ini Nora menulis buku tentang perjalanannya sebagai seorang yang dilahirkan sumbing, dan istimewanya, dalam buku ini turut dimuatkan temuramahnya bersama ayahanda tercinta Allahyarham Tan Sri Abu Hassan.

Wirda Adnan mengambil peluang menemubual Nora, mengajaknya bercerita tentang kisah di sebalik penerbitan buku ini, juga ada sedikit tentang hal personal.

Baca selanjutnya di bawah.

[thb_image full_width=”true” image=”10488″]
[thb_gap height=”40″]
Born to Smile adalah buku yang mengisahkan tentang diri anda sendiri. Yang lahir sumbing. Ia amat peribadi tetapi anda sungguh berani untuk menulis riwayatnya.
Ceritakan secara ringkas kisah di dalamnya? 

Buku ini adalah cerita yang mengisahkan bagaimana saya membesar dengan keadaan yang tertekan, sedih dan perasaan rendah diri kerana dilahirkan cacat muka. Kerana itu saya sering dibuli dan disindir oleh rakan-rakan sekolah. Ia mengenai perjalanan saya merahsiakan ‘my birth destiny‘ walau sudah buat repair work dan nampak okay di luar, tetapi saya menderita dan emosi terganggu. Buku ini menceritakan bagaimana saya pergi mencari jawapan serta mendapatkan penawar untuk mengatasi masalah dalaman saya. 

Apa  yang mendorong anda membuka tirai peribadi ini?

Tujuan saya antara lain menolong kanak-kanak yang senasib dengan saya. Untuk masyarakat di luar sana prihatin terhadap masalah sumbing ini dan untuk Cleft Lip & Palate Association of Malaysia lebih diketahui oleh masyarakat umum, selain penderitaan yang dilalui oleh kanak kanak yang mengalami keadaan sumbing ini. Ia  bagi menukar persepsi masyarakat terhadap mereka yang dilahirkan tidak sempurna. 

What is the most surprising thing you discovered while writing this book? Kenangan yang boleh dikongsikan? 

Bagaimana perasaan Ibu bapa saya bila mereka melihat saya for the first time dalam bilik bersalin. Pada tahun saya dilahirkan, tahun 60-an, tidak ada scanning. Bagaimana mereka berdua amat terkejut bila melihat keadaan saya sedemikian.

Can you give some insight (maksud saya bahagian-bahagian yang begitu mencengkam perasaan anda sehingga kini)?

Saya tidak boleh lupa bila mana saya selalu disindir oleh kanak kanak di sekolah. Di sekolah agama rakyat juga saya diejek. Saya tidak nampak wajah budak lelaki itu sebab dari jauh, tetapi dia akan melontarkan apa sahaja dan memanggil saya si sumbing, sengau dan budak senget berkali kali. I never saw his face and I never know who he is. Masuk ke sekolah menengah, sekumpulan geng budak nakal ada ketika bila saya hendak ke kereta untuk balik dari sekolah, mereka menyindir dan mengatakan, “Cermin mata dan rambut boleh tukar, tetapi mulut dan hidung tak boleh tukar,” buat saya amat sedih.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”10489″][thb_gap height=”40″]
Apa yang anda harapkan selepas membaca Born To Smile?

A lot of messages. Self acceptance, overcoming adversities dan jalan untuk keluar kalau kita percaya pada diri sendiri. Dan yakin pada qadar dan qada. Juga ‘determination to transform positively’ untuk menghadapi masa depan. Supaya tidak berputus asa kerana di mana ada jalan di situ ada kemahuan. Saya juga mahu menyampai pesanan bagaimana kes buli ini boleh meninggalkan kesan yang mendalam kepada individu berkenaan. Ia juga untuk memberitahu ibu bapa supaya mengajar dan menanam kepada anak-anak mereka supaya mempunyai sifat kasih sayang, dan ya, to educate parents to teach their children the importance of not bullying. It scars a person but the awareness of anti bully must start from home, from the parents.

Writing can be emotionally and stressful pursuit? How do you deal with this emotional impact of this book (on yourself) as you are writing the story?

I know my objective and the reason why I did it. The reasons was so compelling because of my own life experiences. My late father passed away a week after I interviewed him for the very first time, how he felt when he saw me for the first time in the labour room. It is heartbreaking till now, he is not alive to see the birth of ‘Born To Smile’ tetapi ini kehendak illahi. Redha dan sabar dan  sabar itu memang indah.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”20″]
Nora sewaktu kecil bersama ibunya, Puan Sri Wan Noor Haji Daud
[thb_gap height=”40″]
Anda melalui fasa ‘ujian’ hidup, selain pengalaman diri anda yang diceritakan dalam buku ini, anda juga ditakdirkan terpaksa menerima hakikat perceraian. Bagaimana bisa menjadi kuat, yakin diri dan sentiasa berfikiran positif?

Sayai percaya kepada qada dan qadar, everything happens for a reason. I believe, everything happens for a reason dan kita kena selalu menanya diri kita, kenapa benda ini berlaku? Dan cari penyelesaiian. Andai kita sendiri tidak boleh atasi masalah kita, cari pertolongan orang luar. Juga sentiasa berdoa kepadaNya dan bercakap denganNya. Minta ‘guidance’ dan minta jalan penyelesaian. Allah pasti akan memberi jalan itu tetapi kita kena berusaha dan ‘stay focus’. Pada saya, there is always a silver lining behind anything that happen. Kalau kita tahu erti sebenar kesyukuran dan sentiasa ingat kepada Dia Yang Maha Adil dan Saksama, ya Allah akan bagi jalan keluar.

Apa kata selepas ini, saya mencadangkan anda membuat audio book?

Insha Allah, mengapa tidak?

Sebaik anda memberitahu saya akan buku yang sedang ditulis, saya sebagai editor amat yakin bahawa buku ini akan pergi jauh, tidak setakat di negara ini sahaja tapi di mana sahaja? Ia pasti menyentuh hati sebahagian besar insan yang membacanya. Sejauh mana anda mahu pergi untuk mempromosikannya. Dan apakah anda amat berpuas hati dengan terbitan ini? Dan mahu menyambung usaha terus menjadi author?

InshaAllah kalau ada rezeki saya ingin membawa buku ini ke luar Malaysia. Kalau ada sambutan dari luar negara. Cleft Lip & Palate’ is affected by all, worldwide. Out of 600 kids, one is born with this deformity worldwide. Yes, saya amat berpuas hati dengan penerbitan buku ini. Let’s see what Allah has in store for Nora Abu Hassan. Terima kasih Wirda dan majalahWM.com kerana memberi saya peluang untuk berkongsi cerita di sini. So appreciated

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Siapa Arja Lee?

admin

Datin Che Puan Norjuma – Tanya Apa Saja

admin

Tun Abdullah Ayub Tokoh Pentadbir Negara Dari Sitiawan

admin

Leave a Comment