Milani – hanya baru-baru ini saya mendengar nama jenama kosmetik yang berasal dari Los Angeles ini selepas menghadiri parti pelancaran jenama, juga meraikan jualan mereka di Watsons.
Bertempat di Hotel Stripes, parti Milani meriah dengan demo solekan oleh makeup artist profesional Violet, menunjukkan mood solekan yang cool antara lain bertema Crazy Rich Asians.
Produk-produk best selling seperti Eyeshadow Palette, Rose Powder Blush, Conceal +Perfect Foundation Range dan Bold Color Statement Matte Lipstick antara lain turut dipamerkan untuk dicuba tetamu petang itu.
Sedikit tentang Milani, produk ini diasaskan oleh Laurie Minc, merupakan jenama yang dicipta untuk semua wanita tidak kira latar belakang, etnik mahupun umur. Produk mereka 100% bebas kekejaman terhadap haiwan dan disahkan oleh PETA. Pada tahun lalu, rekod mencatatkan Milani sebagai jenama alat solek yang paling pesat berkembang di Amerika, dan mengumpul penggemar dari kalangan editor kecantikan, influencer selain menarik pengikut lebih empat juta di akaun media sosial mereka.