GAYA HIDUPSANA-SINI

Kisah Cinta Dr. Kam dan Hazmi

Semua orang gemarkan majis perkahwinan. Di majlis sebeginilah udara menjadi nyaman, suasana diulit irama cinta, persekitaran bertukar syahdu diselit bibit-bibit gembira. Perasaan tersebut bukan sahaja dialami oleh siraja sehari malah hadirin yang turut diundang. Di saat dan suasana inilah ketaksuban dan magisnya cinta terbuai dan alam mimpi menjadi dunia nyata. 

Raikan cinta, dan ikuti kisah pasangan Dr. Kam dan Hazmi juga Zakiy dan Reen yang rata-rata berbeza dari banyak sudut namun punya satu persamaan; mereka yakin bahawa cinta itu satu rahmat dan takdir yang menakjubkan.

Dr. Kam dan Hazmi – CInta Hadir Tanpa Diduga

Kali pertama mereka bertemu tidak lama dulu secara formal, atas status pesakit dan doktor yang merawat. Walaupun ada ruang waktu yang panjang untuk mereka berkenalan kerana proses rawatan yang mengambil masa agak lama dan berulang-ulang, status perkenalan mereka tidak berubah. 

Menurut Dr Kamsiah G. Haider, seorang Pakar Pergigian Kosmetik dan Digital Smile Design, mereka tidak pernah berbicara selain tentang hal-hal rawatan. Hanya di akhir proses rawatan, baru sempat berbual santai dan mengenali sedikit sebanyak tentang peribadi masing-masing, namun perbualan mereka terhenti sekadar di situ.

Melewati usia 50-an, pernah melalui alam perkahwinan dan bahagia dengan anak-anak serta dua orang cucu tersayang, tiada pernah dia menyangka bahawa cinta akan singgah lagi, malah hadirnya cinta dalam jangka waktu yang begitu pantas sekali. Demikian kronologi alam perkahwinan Dr Kam. Setelah hampir dua tahun kembali bersendirian. Ternyata soal takdir tiada siapa yang boleh meramal ataupun menghalangnya. 

“Menantu dia Omar yang membawa dia ke klinik saya kerana ada masalah gigi. Kebetulan Omar dan isterinya Lana iaitu anak Hazmi berkawan rapat dengan anak perempuan saya Elia,” jelas Dr Kamsiah atau biasa dikenali sebagai Dr. Kam memulai bicara tentang perkenalannya dengan Hazmi atau Mohamad Hazmi Reduan.      

Takdir menentukan, mereka diketemukan lagi tidak berapa lama selepas itu. Hazmi pernah bertanyakan status perkahwinannya dan setelah beliau jelaskan, mereka semakin rapat dan beliau sendiri pula berasa selesa setiap kali mereka bersama. Begitupun berat pada awalnya, sebagai seorang yang bersikap terbuka, dia cuba memberi ruang pada dirinya dan juga Hazmi. Setelah beberapa kali berhubungan melalui Whatsapp akhirnya mereka bersetuju keluar dengan tujuan untuk mengenal hati budi masing-masing.

“Setelah itu kami lebih kerap berjumpa and until one morning over breakfast date, we realised that we were an item. We bonded well, we began spending more time together, becoming closer platonically, opening up to very serious topics of conversation… about our fears, insecurities and anxieties.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Saya mula rasakan sesuatu, I became attracted to his vulnerability and unrelenting honesty. It was only then I realised that I had real feelings that I was going to fall for him. This sounds cheesy as a dentist, but his smile is so genuine and warm,” tambahnya ketawa.

Akur dengan ketentuan Ilahi, Dr. Kam menerima kehadiran Hazmi dengan hati yang terbuka malah mula merasakan kehadiran cinta yang tulus. Dia pasti, ada keistimewaan dan keindahan dalam hubungan yang satu ini. 

“Saya mula berkenan dengan dia. Kebetulan kami juga tinggal berdekatan dan anak-anak kami semakin akrab, jadi tiada apa yang menghalang kami untuk bersama sebagai pasangan suami isteri. 

Anak-anak Jadi ‘Matchmaker’

Bagi Dr. Kam dan Hazmi, kisah cinta mereka yang satu ini menjadi begitu indah dan amat bermakna dalam hidup mereka kini walaupun ia hadir agak lewat. Like a match made in heaven, sweet all the way. Bagaimana tidaknya jika daripada awal lagi ia mendapat restu daripada semua ahli keluarga khususnya anak-anak sendiri yang menjadi ‘orang tengah’ malah untuk mereka bersatu pun atas dorongan anak-anak juga.

Malah mereka juga mengambil bahagian dalam persiapan majlis resepsi yang diadakan di rumah Dr. Kam sendiri selepas acara aqad yang walaupun sederhana namun begitu indah berkonsepkan romantika dengan hiasan bunga-bunga putih bersentuhan kehijauan.

“Sekadar untuk meraikan saat bahagia ini bersama saudara-mara dan rakan terdekat. Saya memang mahukan majlis yang sederhana dan hanya dihadiri beberapa jemputan sahaja,” akuinya apabila ditanya tentang deko ruang tamu yang dihias indah serta letak reka meja yang begitu menawan, dihasilkan beberapa orang termasuk perunding perkahwinan terkenal, Raja Sani.

 

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Ditanya apakah persamaan yang mereka berdua ada, Dr. Kam pantas menjawab, a failed marriage. Mereka berdua adalah hasil perkahwinan yang gagal, jelasnya dan dia tidak pernah berkongsi persamaan atau minat malah dengan pasangannya sebelum ini. Baginya pengalaman silam daripada perkawinan sebelumnya membuat mereka saling hormat dan menghargai. Waktu dan pengalaman katanya mematangakan manusia dan dia akan terus cuba bertindak dan membuat pilihan terbaik.

“Yang pasti perkahwinan tersebut berakhir, namun saya percaya sesebuah perhubungan itu berakhir atas sebab-sebab tertentu dan tiada kaitan pun dengan minat mahupun persamaan. I think in some cases, whatever shared interest we did have may have masked the underlying problems that ended the relationships, making them last longer than they would have and, in the proses, hurting each other even more.” 

Berbicara Soal Cinta

Begitupun mereka berdua tidak menolak untuk cuba menyelami minat dan berkongsi pengalaman masing-masing, setidak-tidakpun melihatnya dari sudut positif serta yang melucukan. Sesungguh mereka sedar bahawa apa jua hasil yang mereka capai berputik daripada perkongsian yang ikhlas.

I’m a believer in love and honest relationship. One of the biggest risks I take in life is love. Saya selalu ingatkan diri, if you give up on love, you will end up with lots of regret,” katanya. Begitupun setiap impian hanya berhasil apabila ia terbit daripada keikhlasan dua hala. “It should go both ways. Dan sekarang ini bagi kami keutamaan ialah anak dan cucu kami. Kami kini satu keluarga besar yang bahagia dan saya cuba pupuk satu semangat cinta di antara kami dengan lebih mendalam lagi.”  

Tentang satu perhubungan yang gagal pernah dialami sebelum ini, Dr. Kam tidak sama sekali menyandarkan kegagalan tersebut kepada a long distance relation malah sesuatu perhubungan itu katanya dibina bukan sahaja atas dasar cinta tetapi mestilah ada teras kepercayaan yang tinggi. 

Seperti yang pernah dicoretkan pelakon jelita Hollywood, Audrey Hepburn, “The best thing to hold onto in life is each other.” Begitu juga buat pasangan bahagia ini. Bagi Dr.Kam seandainya dapat tersenyum dan ketawa setiap hari bersama itu sudah mencukupi. Hari-hari katanya ingin dijadikan sebagai “date” dan cuba terus menghargai segala peluang dan ruang yang ada. “We are both in the atumn of our lives, anak-anakpun dah besar dan berkeluarga sendiri. Saya ingin mengambil kesempatan yang dikurniakan ini untuk menghabiskan sisa-sisa hidup yang berkualiti. Cuba cari waktu untuk bersama walaupun kami ada jadual waktu padat. Penting juga saya rasa dalam hubungan suami isteri, jangan ambil remeh soal perasaan dan keintiman… everyday is a honeymoon and never stop dating your spouse!” 

 

Penulis: Mahani Awang
[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Who Runs The World With Mong Chin

admin

Pentingnya Evening Primrose Oil (EPO) Kepada Wanita

admin

Minyak Bunga Matahari Untuk Kecantikan

adminwm

Leave a Comment