Pengalaman yang indah lagi menyelerakan. Ini adalah kunjungan kedua saya ke Hilton bagi menikmati hidangan lazat — sebelum ini di Hilton Sentral kemudian di Hilton Petaling Jaya, yang tampil dengan pesona baharu sempena musim perayaan ini.
Musim perayaan kali ini, Hilton Petaling Jaya mengajak tetamu meraikan The Season to Savor — satu sambutan penuh kenikmatan kulinari dan kehangatan bersama dari 14 November hingga 4 Januari 2026.
Menampilkan identiti baharu sebagai Gateway to Discovery, Hilton Petaling Jaya mengundang pengunjung merasai suasana moden yang penuh keselesaan (Malam itu undangan khas menjalin hubungan mesra bersama rakan media yang lain.) Direka dengan konsep yang menggabungkan keselesaan perniagaan, santai dan pengalaman tempatan autentik, transformasi ini mencerminkan sentuhan hospitaliti abadi Hilton di tengah-tengah Petaling Jaya.
Ruang yang diperbaharui termasuk bilik-bilik berinspirasikan moden, Executive Floor Lounge yang lebih eksklusif, serta ruang menjamu selera yang dinaik taraf — semuanya disusun rapi bagi mencipta momen produktif, santai dan memanjakan diri untuk setiap pengembara.
Menjamu selera di Hilton Petaling Jaya adalah sebuah perjalanan gastronomi yang meraikan seni kulinari melalui pelbagai citarasa antarabangsa. Di tengah-tengahnya ialah Paya Serai, restoran utama yang terkenal dengan bufet meriah memadukan hidangan tempatan dan kegemaran global. Tetamu bisa menikmati keenakan masakan Kantonis autentik di Toh Yuen, keaslian Jepun di Genji, bersantai di Rye — lounge eksekutif hotel yang elegan, atau meluangkan masa di Drip Café sambil menikmati kopi artisanal, pastri dan sajian manisan perayaan.


Kempen Season to Savor tahun ini menampilkan siri pengalaman kulinari eksklusif yang direka untuk menyatukan keluarga, rakan dan rakan sekerja — daripada bufet mewah dan sambutan Hari Krismas yang meriah hinggalah ke makan malam berpasangan. Untuk non muslim wain dan sake yang eksklusif. Setiap pengalaman membawa kehangatan, keceriaan dan semangat perayaan. Hiburan langsung, permainan interaktif dan aktiviti kekeluargaan turut disediakan sepanjang musim ini.
Menambah kemeriahan lagi, Hilton Petaling Jaya memperkenalkan cabutan bertuah perayaan, hadiah istimewa buat para pengunjung. Dengan perbelanjaan RM300 bersih dan ke atas, tetamu berpeluang menyertai cabutan bertuah perayaan — hanya isikan butiran dan masukkan ke dalam peti yang disediakan dengan bantuan pasukan Hilton. Setiap perbelanjaan layak memberikan peluang tambahan untuk memenangi hadiah-hadiah eksklusif termasuk percutian 3 hari 2 malam di Millennium Hilton Bangkok berserta tiket penerbangan pergi balik untuk dua orang bernilai RM5,000.
Antara tawaran menarik di Hilton Petaling Jaya:
Paya Serai – Bufet Malaysia & Antarabangsa
Christmas Sneak Peek Buffet Hi-Tea
15 November 2025 – 4 Januari 2026 | RM148 bersih/dewasa
Sorotan: Suasana hujung minggu keluarga dengan Games Centre (PS5, Nintendo Switch & mesin arked) setiap Sabtu dan Ahad.
Christmas Sneak Peek Buffet Dinner
14 November 2025 – 3 Januari 2026 | RM168 bersih/dewasa
Sorotan: Malam penuh keceriaan dengan Walking Santa Balloonist dan pemberian goodies setiap Sabtu.
Christmas Eve Buffet Dinner
24 Disember 2025 | RM238 bersih/dewasa
Sorotan: Stesen Live & Grill dengan King Crab Legs, Lobster Sabah dan tiram segar. Persembahan ahli silap mata dan nyanyian Krismas langsung memeriahkan malam.
Christmas Day Buffet Hi-Tea
25 Disember 2025 | RM198 bersih/dewasa
Sorotan: Hidangan tengah hari mewah dengan Seafood Bonanza, persembahan pentas dan aktiviti keluarga interaktif.
Christmas Day Buffet Dinner
25 Disember 2025 | RM238 bersih/dewasa
Sorotan: Sambutan berterusan dengan hidangan laut mewah, makanan panggang dan hiburan keluarga.
New Year’s Eve Buffet Dinner
31 Disember 2025 | RM238 bersih/dewasa (RM288 bersih dengan akses ke Executive Floor Lounge Countdown)
Sorotan: Malam gemilang dengan jamuan laut, persembahan langsung, 360° camera booth, clown balloonist dan strolling entertainers yang mencipta malam penuh memori.
New Year’s Day Hi-Tea Buffet
1 Januari 2026 | RM198 bersih/dewasa
Sorotan: Mulakan tahun baharu dengan permainan interaktif, ahli silap mata dan mocktail corner khas.
—
Hilton Petaling Jaya — di sinilah setiap detik diraikan dengan cita rasa, gaya dan kehangatan sebenar musim perayaan.
