Emas adalah logam berharga yang mampu menyimpan nilai kerana sifatnya yang terhad dan mempunyai daya tarikan sebagai perhiasan dan barang kemas.
Emas disebut dalam Al-Qur’an sebagai perhiasan di syurga, mesej yang jelas kepada kita bahawa emas adalah sesuatu yang sangat bernilai.
Jika anda belum pernah menyimpan emas, anda amat digalakkan untuk mula simpanan emas sebagai alternatif kepada wang ringgit yang semakin susut nilainya saban tahun.
Emas juga mempunyai banyak kelebihan berbanding aset-aset bernilai lain seperti wang dan hartanah.

8 kelebihan emas sebagai aset berbanding aset lain:
- Dalam jangka masa panjang emas lebih terjamin keuntungan dan kebarangkalian untuk rugi sangat tipis. Tahun 2020 harga emas RM30+ per gram, hari ini sudah hampir RM400 per gram
- Emas boleh dibeli sedikit demi sedikit dan tidak memerlukan modal yang besar. Sesiapa pun boleh mula simpan emas kerana harganya mampu milik.
- Emas sangat mudah dicairkan, boleh dicairkan dengan mudah di Malaysia dan malah diterima di seluruh dunia. Emas boleh ditukar menjadi wang ringgit bila-bila masa.
- Emas tidak akan lapuk atau berkarat walaupun disimpan lama. Nilainya tidak akan susut macam kereta.
- Emas boleh dijadikan barang kemas dan boleh dipakai kerana sifatnya yang cantik dan menarik. Selain itu, emas dalam bentuk jongkong atau dinar juga sesuai dijadikan aset alternatif.
- Emas merupakan aset selamat yang tidak terjejas dengan inflasi atau kemelesetan ekonomi. Ia adalah pilihan yang bijak untuk menyimpan kekayaan.
- Emas boleh diwarisi turun-temurun dengan mudah kepada generasi akan datang. Ia adalah aset yang kekal bernilai tinggi.
- Emas tidak memerlukan penyelenggaraan yang rumit seperti aset hartanah. Ia boleh disimpan dengan mudah di rumah atau di bank.
Jadi, emas adalah pilihan yang bijak untuk dijadikan aset kerana ia mampu milik, mudah dicairkan, stabil, dan tahan lama.
Kenal Pasti Emas Tulen Dan Emas Palsu
Permintaan emas semakin hari semakin tinggi, namun untuk memiliki emas, perlulah mengenal pasti ketulenannya. Bagi menguji sama ada emas tersebut tulen atau palsu, didiuji dengan pelbagai cara dan kaedah.
Bukan sahaja dijadikan perhiasan wanita, emas juga merupakan salah satu pelaburan yang sangat menguntungkan. Apabila terdapat jualan murah mengenai emas tidak kira sejauh mana lokasi kedai tersebut, pasti ramai yang sanggup datang untuk membelinya dari seluruh pelusuk negara.
Namun, perlu diingatkan bahawa emas yang dijual dengan harga murah tidak semestinya 100% tulen. Untuk pengetahuan anda, kini terdapat banyak kes penipuan mengenai keaslian emas tersebut. Bagi memastikan emas yang dibeli itu tulen ataupun tidak, mari kami kongsikan cara kenal pasti emas tulen dan emas palsu dengan mudah.
Cara Kenal Emas Tulen Atau Palsu

1. Menggores Emas Pada Permukaan Seramik
Cara yang paling mudah untuk mengetahui sama ada emas tersebut tulen atau palsu adalah dengan menggores emas tersebut pada permukaan seramik. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa dengan menggores permukaan emas pada seramik, jika terdapat kesan hitam pada emas tersebut maka ianya adalah emas palsu.
Sekiranya anda menggores emas pada permukaan seramik dan tiada kesan hitam, emas tersebut sememangnya tulen.
2. Menimbang Berat Dan Mengukur Ketumpatan Emas

Bagi mengetahui sama ada emas tersebut tulen ataupun tidak, biasanya ia juga boleh dikenal pasti dari segi menimbang berat dan mengukur ketumpatan emas tersebut. Cara yang paling mudah adalah dengan menimbangnya menggunakan penimbang digital.
Untuk mengukur ketumpatan emas, anda juga boleh merendam emas di dalam air. Jika isipadu air tidak berubah walaupun emas tersebut dikeluarkan, maka emas tersebut adalah tulen.
3. Menguji Fizikal Emas Secara Visual

Setiap emas biasanya mempunyai bacaan kehalusan antara 1 hingga 999 atau dalam bacaan karat ialah 10k, 14k, 18k, 22k ataupun 24k. Sebab itulah jika kita melihat emas yang dijual pasti akan dilabelkan dengan angka tersebut. Perlu diingatkan juga bahawa emas tiruan juga kadangkala dicop dengan bacaan angka tersebut untuk mengelirukan pelanggan.
Jadi, untuk memastikan sama ada emas tersebut tulen ataupun tidak, ia boleh dikenal pasti melalui ujian fizikal emas secara visual. Biasanya golongan pakar akan memeriksa fizikal emas tersebut menggunakan kanta pembesar dengan sangat teliti.
Di Malaysia, terdapat beberapa pajak gadai patuh syariah yang boleh menentukan ketulenan emas fizikal tersebut melalui visual seperti ini.
4. Menguji Ketulenan Emas Menggunakan Magnet
Nak lagi mudah, cara kenal pasti emas tulen atau emas palsu juga adalah dengan menggunakan magnet. Kita ketahui bahawa magnet mampu menarik segala jenis besi dan sekiranya emas anda melekat pada magnet, maka emas tersebut adalah palsu.
Emas yang melekat pada magnet mempunyai kandungan logam lain iaitu besi yang telah dicampur dengan emas.
5. Menggigit Emas Tersebut Dengan Tidak Terlalu Kuat
Cara terakhir untuk mengenal pasti sama ada emas tersebut tulen atau palsu adalah dengan menggigit emas dengan tidak terlalu kuat. Cara ini biasanya dilakukan oleh atlet yang mendapat pingat emas. Mereka akan menggigit sedikit pingat tersebut untuk mengenal pasti sama ada ia tulen atau tidak.
Namun perlu diingatkan untuk tidak menggigitnya terlalu kuat, ianya kerana jika emas tersebut meninggalkan kesan yang dalam maka emas tersebut akan menjadi 24K.

Harga Emas Hari Ini
