Musim perayaan menjelma, ECCO mengajak anda menyelami dunia Autumn/Winter 2025 Selects – satu seleksi yang diraikan kerana keindahan seni pertukangan Scandinavia dan kemodenan yang begitu effortless. Di sebalik setiap rekaan terserlah falsafah “beauty in simplicity” – gaya yang bukan sekadar cantik dipandang, tetapi juga menyentuh jiwa pemakainya.
Koleksi kali ini merangkul segala yang kita cintai tentang ECCO: keselesaan yang tidak berbelah bahagi, keanggunan yang tidak memaksa, dan ketulenan yang kekal dalam setiap butiran. Daripada but bertumit yang memeluk kaki dengan lembut hingga beg kulit yang penuh karakter, ECCO AW25 menjanjikan gaya yang bertahan lama — untuk hari bekerja yang sibuk, detik santai hujung minggu, dan setiap perjalanan kecil dalam kehidupan moden anda.
ECCO SCULPTED ALBA 65 W BOOT (RM 899)


The power boot, redefined.
Langkahkan kaki dengan penuh keyakinan dalam but bertumit ini yang menggabungkan kelembutan kulit premium dengan struktur moden bertumit 65mm. Ia bukan sekadar kasut, tetapi simbol wanita yang tahu apa yang diinginkannya — anggun di pejabat, menawan di waktu malam.
ECCO METROPOLE OSLO M GTX BOOT (RM 1,109)
Untuk lelaki urban yang menghargai gaya dan fungsi, but OSLO tampil gagah dengan teknologi GORE-TEX® kalis air, memastikan setiap langkah kekal selesa walau di tengah kota hujan. Elegan tanpa berlebihan, ia menyerlahkan sisi maskulin yang moden dan yakin diri.
ECCO METROPOLE SEOUL 45 W (RM 839)
Klasik dan kontemporari bersatu dalam kasut wanita ini. Garis rekaan bersih dan kusyen lembut mencipta keselesaan sepanjang hari, menjadikannya pelengkap sempurna dari bilik mesyuarat ke makan malam eksklusif.
ECCO METRO MILAN M CHELSEA (RM 869)
Urban, sleek, timeless.
But Chelsea ini adalah definisi sebenar gaya lelaki metropolitan – kulit mewah, siluet ringkas, dan versatiliti tanpa batas. Sesuai untuk si pengembara gaya yang sentiasa bergerak dari pejabat ke acara sosial dengan aura sofistikated yang tenang.
ECCO Essential Backpack L (RM 1,299)
Reka bentuk minimalis yang memukau — beg galas kulit ini menggabungkan fungsi dan gaya dengan sempurna. Direka untuk mereka yang menghargai kemas, teratur, dan sentiasa bergerak dengan elegan. Sesuai untuk gaya jetsetter moden.
ECCO Fortune Bag L (RM 1,099)
Lembut, feminin dan refined. Beg kulit ini menyerlahkan keanggunan moden dalam bentuk paling effortless. Kapasiti luasnya menjadikannya teman harian yang sempurna — dari kafe pagi hingga ke majlis makan malam mewah.
Gaya yang tidak hanya kelihatan indah, tetapi juga terasa sempurna — kerana setiap langkah bersama ECCO adalah bab baru dalam kisah elegan anda.
