“Saya perhatikan di Malaysia, kita masih belum ada platform khusus yang memberi tumpuan penuh kepada fesyen lelaki. Jadi, saya rasa sudah tiba masanya,” kata Raja Shah Rezza dalam satu temuramah. Dan dia tidak menunggu lama, sebuah platform platform eksklusif meraikan dunia fesyen lelaki tanah air akhirnya direalisasikan.
Lalu buat julung kalinya, The Kuala Lumpur Men’s Fashion Week (TKLMFW) 2025 membuka tirainya dengan satu acara yang tidak hanya menampilkan koleksi pereka tempatan dan antarabangsa, tetapi menjadi suara kepada gaya serta identiti lelaki moden masa kini. TKLMFW juga bagi memperkasa fesyen maskulin di mata dunia.
Tangga; 19 Julai 2025 saya mendapat jemputan daripada JAY K THE BORNEO CODE. Masa diluangkan untuk ke M Resort Hotel, venue kepada TKLMFW, dengan dewannya yang luas serta suasana sekitarnya yang cantik. Tetamu pastinya hadir beriya bergaya sesuai dengan suasana petang yang nyaman. Sepatah kata pereka fesyen terkenal dunia Tom Ford, “dressing well is a form of good manners.” Diperkuatkan kata-kata yang saya petik daripada Charles Hix, “looking look isn’t self important, it is self respect.”


Siapa JAYK
Sementelah saya dijemputnya, sempat saya mengaju beberapa soalan kepada perekanya JAYK. Jayakumur Vanialingam nama yang diberi. Bermula dengan langkah yang sederhana pada 2018 di Borneo Fashion Week, di mana JK telah dianugerahkan sebagai Pereka Paling Berpotensi. Bermula dengan bertahun-tahun menyiapkan diri dan ahli keluarga untuk bergaya sesuai majlis dan suasana, hasrat ini berkembang menjadi misi untuk berkongsi visi seninya dengan dunia, maka lahirlah tema “Borneo to the World”.
Ketika menerima anugerah pertama ini, JK turut merasakan keinginan yang mendalam untuk memberi kembali kepada komuniti. Sebagai sukarelawan bersama Persatuan Autisme, JayK memulakan projek tahunan Autism Rules Fashion—sebuah inisiatif yang membantu artis istimewa berbakat dalam spektrum autisme untuk dikenali dan dihargai. Hasil seni mereka diubah menjadi rekaan fesyen eksklusif dan dijual kepada umum, memberikan para artis serta keluarga mereka rasa bangga, keyakinan diri, dan kepercayaan bahawa mereka juga mampu berjaya dalam kehidupan.
Seiring perkembangan jenama, JAYK menyertai Persatuan Pereka Bumiputra Malaysia dan mula memberi fokus kepada pakaian patuh syariah, sambil terus mengekalkan identiti uniknya—motif-motif Borneo.
Kini, setelah enam tahun, JAYK terus memperjuangkan warisan budaya Malaysia Timur, memastikan motif-motif yang kaya dengan makna dan nilai ini tidak dilupakan. Koleksi tahun ini, Borneo Code, membawa mesej kepada generasi baharu bahawa setiap butiran itu penting. Setiap motif menceritakan kisahnya sendiri—contohnya, Bunga Terung melambangkan kekuatan, keperwiraan, dan sifat maskulin.
Dengan memodenkan elemen tradisional ini, JAYK memastikan ia kekal relevan dan terus diingati. Selaras dengan slogan kami — “Setiap helai adalah perbualan.”
Kejayaan Seorang Pereka Fesyen
Kejayaan dalam dunia rekaan fesyen tidak diukur dengan satu faktor sahaja,ia adalah gabungan kreativiti, penjenamaan, dan kemahiran perniagaan. Seorang pereka bukan sahaja perlu menghasilkan rekaan yang indah, tetapi juga membina identiti jenama yang kuat dan mampu menyentuh hati masyarakat.
Seperti yang diajarkan oleh mentor-mentor saya, untuk menjadi pereka yang berjaya, anda perlu menjadi seorang fashionpreneur sejati, individu yang seimbang antara visi seni dan strategi perniagaan yang bijak. Kepada semua pereka baharu: bersikaplah rendah hati, terus belajar, dan kuasai aspek perniagaan dalam industri fesyen. Kreativiti mungkin membuat anda dikenali, tetapi pengetahuan tentang industri akan memastikan anda kekal relevan dan terus berkembang.
