MELINDA LOOI FASHION SUITE 2024 x GRAND HYATT KUALA LUMPUR MELINDA LOOI FASHION SUITE 2024 x GRAND HYATT KUALA LUMPUR
Setiap kali jemputan daripada Melinda Looi, ya dia sendiri yang menjemput, payah untuk saya menolaknya kecuali ada hal yang teramat penting dan tidak boleh ditukar harinya. Kerana apa? Sebab keikhlasan dia, daripada sejak kami kenal, dan di majalah apa pun saya berada, Looi tidak pernah melupakan saya. Dan kalau dia nampak saya dari jauh sekalipun paling tidak dia mengangkat tangan, atau kami berhenti seketika bertanya khabar. Kerana ada juga pereka yang bila sudah terkenal, tidak merasa penting lagi untuk berbaik-baik, sudah tidak relevan misalnya. Hemm terpulang.
Dan yang menariknya setiap kali ‘event’nya mesti ada kejutan. Inilah yang membuat saya ghairah menjadi tetamunya. Pelbagai yang disajikan selain koleksinya, kerana Melinda sebenarnya tidak pernah lupa teman-teman luar daripada bidangnya. Membawa pakar daripada bidang lain, contoh makanan. Apa kaitan fesyen dengan kuih muih dengan pelancaran koleksi terbarunya? Dan inilah yang uniknya, kerana bagi Melinda, hidup ini akan lebih ceria dan meriah serta mengikat persahabatan lebih akrab bila berkolaborasi. Juga pada waktu sama dia mahu kawan-kawannya juga mendapat peluang publisiti daripada majlis itu terutama mereka yang belum menempa nama. Membantu cara ini, dengan pameran produk, ia dapat menengahkan mereka. Mel sendiri yang berusaha mengetengahkan bakat mereka, ya sedikit sebanyak usahanya itu kawan-kawannya gembira malah membuka mata bagaimana memasarkan produk antara lainnya.
Tanggal 1 November, seiring dengan pereka antarabangsa memperkenalkan koleksi cruise mereka, dan bertempat di Presidential Suite, Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, Melinda membawa tetamunya menyaksikan koleksi Melinda Looi Cruise in The Mood For Looi dan MELL by Melinda Looi Melleagris 2025 Collections. Sofisikated, elegan dan ‘youthful modern style, each piece showcasing his balance of traditional art with innovative design. Itulah yang dapat diringkaskan daripada ciptaannya pada petang yang santai berlatarkan pemandangan mercu-mercu tanda terkenal ibu kota Kuala Lumpur. Tepat sekali pilihan venuenya, the opulent ambience of the Grand Hyatt Kuala Lumpur provides the perfect backdrop for Melinda Looi’s new collection. Ya, sungguh menakjubkan. Hidangan minuman petang yang berselera membuat tetamu leka membelai sambil membeli-belah di situ.
Tidak melupakan teman-teman yang dipilih sendiri oleh Melinda Looi; mereka adalah Chercher, The Chic Initiatives, Asian Scent Co., Hidden Bloom, Little Black Pastry Box, Gung, Inari Studio, MTM Labo, Chocolate Concierge, MUD, and Jep Image Aesthetic. Tetamu senang sekali dengan pengalaman menyelusuri dari satu sudut ke satu sudut aneka produk eksklusif dan personalized services daripada mereka.
FASHION SUITE 2024 x GRAND HYATT KUALA LUMPUR
MELINDA LOOI FASHION SUITE 2024 x GRAND HYATT KUALA
LUMPUR
M E L L O O I C R E A T I O N Sdn. Bhd. (602451-X) 153, Jalan
Setiakasih, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia Tel :
+60122940298 [email protected]