Minggu Fesyen baru sahaja berakhir, dari Kuala Lumpur hinggalah ke Paris, namun kehangatanya masih lagi dirasakan. Di antara moment yang terindah sudah tentulah apabila Neelofa yang dipilih oleh Vogue Itali untuk menghiasi 10 slide insta story buat pertunjukan fesyen Miu Miu Musim Bunga dan Panas 2020.
Dengan kecanggihan era digital pada masa kini, ternyata kita juga boleh bersama menjadi penonton barisan hadapan biarpun berada di hujung dunia tetapi dengan bantuan internet kita juga boleh melihat koleksi yang dipersembahkan secara langsung. Dunia fesyen kini berubah 360 darjah, “In a very fast world, the fashion tends to be fast too,” kata Demna Gvasalia. Jika dahulu minggu fesyen dilangsungkan lebih tertutup dan bersifat eksklusif buat media dan pelanggan setia sahaja, tetapi kini ianya dapat diakses dengan mudah dan setiap jenama berlumba-lumba menggunakan platform di media sosial Instagram dan Facebook khususnya dalam mengukuhkan jenama masing-masing.
Akan tetapi saya sedih sekali melihat peluang ini tidak digunakan sebaik mungkin buat ramai pereka di Malaysia. KLFW sudah melabuhkan tirainya namun saya masih belum dapat melihat keseluruhan koleksi yang dipersembahkan dengan mudah. Apabila mencarinya di media sosial kadangkala hanya gambar para tetamu ber-ootd yang disajikan. Mungkin untuk menaikkan follower barangkali.
Saya senang sekali melihat Dato’ Rizalman menggunakan peluang ini dengan sehabis baiknya, selalu berinteraksi bersama follower-nya di Instagram. Nah apa sahaja yang dijualnya laris bahkan bag dan sandal yang baru sahaja dilancarkan hasil kolaborasi bersama Sometimes habis terjual kurang daripada 24jam. Mudah bukan? Jika dahulu jenama Rizalman mungkin hanya bisa dinikmati oleh golongan berada harini dia melangkah lebih setapak apabila mencari sekelompok pelanggan baru melalui media sosial.
Pembangunan jenama di media sosial pada era ini cukup penting kerana di situ setiap jenama boleh memperkukuhkan jenama masing masing, mencari kelompok pembeli baharu, berinteraksi bersama pelanggan apa yang mereka mahukan, menghebahkan apa yang dijual serta membina satu hubungan yang kukuh di antara jenama dengan pelanggan setia.
Diharap industri kita akan lebih peka dalam mempromosikan jenama masing-masing di media sosial seiring dengan kemajuan teknologi hari ini, dan tidaklah bergantung kepada tajaan baju kepada selebriti untuk acara karpet merah semata mata.