FESYEN

Ashreil Izwan dan Dunia Fesyennya

Ceritakan sedikit tentang siapa anda, keluarga dan pekerjaan?

Saya anak bongsu daripada lima beradik. Bekerja sebagai Pengurus Stor di kedai serbaneka dan memiliki perniagaan sendiri di dalam bidang yang F&B yang saya buat untuk membantu kawan-kawan yang tiada pekerjaan. Dan saya janji akan meluaskan lagi perniagaan ini untuk saya tolong lebih ramai orang khususnya anak-anak muda yang menggangur di luar bandar. 

Adakah anda pelajar dalam bidang fesyen?

Saya bukan pelajar di bidang fesyen.

Pengetahuan anda tentang fesyen agak mendalam. Bagaimana anda mendapatkan maklumat tersebut?

Pengetahuan fesyen yang saya perolehi sebenarnya saya dapat melalui bacaan di internet khasnya, juga majalah-majalah terbitan dalam dan luar negara, mahupun menonton pelbagai pertunjukan fesyen di YouTube. Ianya ibarat makanan dalam hidup saya.  

Quotes fesyen yang anda rasa amat dekat di hati anda sendiri?

“Everyday is a fashion show and the world is the runway,” Coco Chanel. Mungkin sebab saya ini hari-hari suka tengok fesyen kot. Hahah.

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”10751″]
[thb_gap height=”40″]
Do you spend a big some of money on fashion and dress to kill?

Sometimes yes sometimes no. Saya suka memakai apa yang cantik dan selesa untuk pakaian seharian tetapi jika ada majlis tertentu sudah tentu kita semua akan melawa, betul kan? 

Menariknya anda tidak memilih untuk tinggal di ibu kota bagi mendekatkan diri dengan kerancakan dunia fesyen?

Saya sebenarnya lebih suka tinggal di tempat yang sunyi, dekat dengan famili dan hanya memerhati  kerancakan dunia fesyen itu di sebalik skrin telefon sahaja. Tetapi ada juga saya menghadiri fashion show di ibu kota cuma kesesakan lalu lintas itu sebenarnya yang membuatkan saya berasa bosan. 

Bagaimana hubungan anda dengan designer tempatan or you couldn’t care less about them? 

Saya seringkali berbalas mesej bersama Dato’ Rizalman Ibrahim di Instagram. Bagi saya dia rapat dengan peminatnya dan sebab itulah Rizalman antara yang disayangi ketika ini. Apa sahaja yang dijualnya akan laris. Saya rasa designer tempatan yang lain patut mencontohi beliau jika ingin terus berjaya. 

Belian paling mahal pernah anda beli? 

Adalah a few items  tetapi yang paling sayang beg Coach saya. Kerana designnya kena dengan selera saya. Coach sendiri sudah tidak mengeluarkan beg tersebut saya juga berhenti menggunakan beg tersebut kerana takut rosak.

Di Malaysia siapa yang anda kira paling bergaya? Dan designer mana yang anda rasa paling hebat daripada segi rekaan dan terkini serta idea original?

Di Malaysia saya melihat Neelofa dijadikan sebagai ikon masa kini tetapi saya menyukai Scha Alyahya. Definisi saya tentangnya, ‘dia ni pakai apapun cantik.’ Pereka fesyen tempatan pula saya menyukai Dato’ Rizalman Ibrahim. Pereka ini tahu bagaimana memberi nafas baru dalam setiap fesyennya dan akan menjadi ikutan. 

Siapa pula pereka yang anda kira hebat di dunia sama ada hidup mahupun mati dan mengapa anda berkata demikian?

Untuk pereka antarabangsa, saya menggemari Karl Lagerfeld, John Galliano dan Alexander Mcqueen. Pereka-pereka ini tahu menghembus roh pada setiap rekaan mereka. Dua sudah pun meninggal dunia, maka saya hanya boleh melihat kecantikan dan seni pada fesyen itu hanya pada Galliano sahaja lagi. Setiap rekaan mereka sebenarnya selalu meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya.

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Siapa Ikon Fesyen Lelaki?

admin

Haya oleh Hidaya – Skyrose Ramadan 2018

admin

Met Gala 2019

admin

Leave a Comment