AGAMA

Hebatnya Islam – Zikir Memakai Dan Menanggal Pakaian

Islam itu indah. Ia mengajar umatnya segala-galanya tentang hidup waima cara untuk memakai pakaian dan juga menanggalkan. Nabi Muhammad SAW mengajar kita terlebih dahulu membaca Bismilah. Sunat membaca Bismillah, dalam setiap pekerjaan.

Di dalam kitab ibnu Sunni daripada Abu Sa’ad al Khudri — nama asalnya adalah Sa’ad bin Malik bin Sinan, Apabila Nabi SAW mengenakan pakaian seperti gamis, selempang atau serban, baginda mengucapkan, “Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang dibawanya dan aku berlindung kepadaMu daripada keburukannya dan keburukan yang dibawanya.”

Dalam kitab ibnu Muaz bin Anas ada berkata, Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang mengenakan pakaian kemudian mengucapkan segala puji bagi Allah yang telah memakaikan kepadaku pakaian ini dan menjadikannya rezeki bagiku tanpa daya upaya dan kekuatan diriku, pasti Allah akan mengampuni dosa-dosa yang lalu.”

Dalam Sunan al-Tarmizi, Umar r.a berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang memakai pakaian baru kemudian mengucapkan, “Segala puji bagi Allah yang telah memberiku pakaian dan dengannya aku menutup aurat dan berhias dalam hidupku, kemudian mengambil pakaian lama dan menyedekahkannya, dia sentiasa akan berada dalam perlindungan Allah, di bawah pengawasan Allah dan di sebalik tabir Allah baik hidup ataupun mati.”

Mendoakan Orang Yang Memakai Pakaian Baru

Dalam Sahih al-Bukhari. Ummu Khalid bin Khalid berkata, “Rasulullah SAW mendapat hadiah jubah (yang diperbuat daripada sutera berwarna hitam. Baginda bersabda, “Pada pendapat kalian, siapa yang boleh kita beri pakaian ini?” Mereka semua diam sehingga baginda berkata, “Panggilkan Ummu Khalid.”
Aku pun pergi menemui Nabi SAW dan baginda memakaikan jubah itu dengan tangan baginda sendiri lalu berkata, ”Pakailah sehingga rosak,” dua kali berturut-turut.”

Dalam Sunan ibnu Majah dan kitab ibnu Sunni, ibnu Umar r.a berkata, “Nasi SAW melihat pakaian Umar ra. Baginda bertanya, “Baju baru atau baru dicuci?” Dia menjawab, “Baru dicuci.” Baginda bersabda, “Pakailah pakaian baru, hiduplah dengan mulia dan matilah dalam keadaan syahid.””

Cara Memakai Pakaian Dan Kasut Serta Menanggalnya

Apabila memakai pakaian, kasut dan seluar dan seumpamanya sunat dimulakan sebelah kanan. Apabila menanggalkannya sunat dimulakan sebelah kiri. Begitu juga apabila memakai celak, bersiwak, memotong kuku, menggunting misai, mencabut bulu ketiak, mengucap salam dalam solat, memasuki masjid,  keluar dari bilik air, berwuduk, mandi, makan, minum, berjabat tangan, mengusap Hajar Aswad, menerima atau memberi sesuatu kepada orang lain dan sebagainya, smua ini sunat didahulukan dengan sebelah kanan dan sebaliknya (membuka atau menanggalkan) dengan sebelah kiri.

Dalam Sahid al Bukhari dan Sahih Abi al Hussien Muslim bin al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi, al-Nalsaburi, Aisyah r.a, berkata, “Rasulullah SAW mendahulukan sebelah kanan dalam semua urusannya, membersihkan diri berjalan dan memakai kasut.”

Dalam Sunan Abu Daud dan selainnya dengan sanad yang sahid, Aisyah r.a berkata, “Rasulullah SAW menggunakan tangan kanan bagi membersihkan diri dan makan, manakala tangan kiri pula digunakan ketika berada di tandas dan membersihkan kotoran.”

Zikir Ketika Menanggalkan Pakaian

Dalam kita ibnu Sunni Anas ra berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Tabir antara penglihatan jin dan aurat anak Adam adalah ketika seorang muslim mahu menanggalkan pakaiannya sambil mengucapkan, “Dengan nama Allah yang tiada Tuhan kecuali Dia.”                 


Sumber: Imam An Nawawi - Keangungan Zikir Dan Doa Harian Rasulullah SAW
Al Azkar Edisi Bahasa Malaysia

Related posts

Kisah Cinta Zulaikha Kepada Nabi Yusuf

admin

Mimpi Nabi Yusuf A.S

admin

SOLAT ISTIKARAH UNTUK JODOH TERBAIK

adminwm

Leave a Comment