Man of the MonthPERSONALITI

Abdul Rahman Md. Din – “Seandainya Saya Perdana Menteri”

Saya mencarinya lagi, dan sejujurnya saya masih belum puas menemuramahnya. Terkala di kediamannya saya terkesan dengan gambar-gambar yang menjadi hiasan dinding, antaranya yang berlatar belakangkan sebuah universiti tertua di dunia. Saya pernah ke Cambridge dan membawa diri melihat sekitar kawasan universiti yang cantik. Terfikir saya, bukan calang manusia boleh menimba ilmu di situ. Nah, saya bertuah dapat berkenalan dengan pemuda ini, graduan Universiti Cambridge. Oh ya, saya juga bangga kerana sepupu saya Adura Atiah Nordin dipilih belajar di situ satu ketika dahulu kerana keputusan cemerlang dan pelajar terbaik SPM di Malaysia, kalau tidak silap semua A+. Ya dia kebanggaan keluarga.

Sebelum pulang saya memberitahu Rahman, “you akan muncul lagi tetapi dalam ruangan Man Of The Month, okay!

Rahman dan Rafiza Hiasan majalahwm.com Mei 2021 (layari majalahw.com)

Bulan Mei, 2021 Rahman dan isterinya Rafiza menjadi penghias utama  majalahwm.com. Saya mengajak mereka bercerita tentang diri,  kehidupan dan perniagaan yang dikendalikan. Kenal dengan jenama cookware Queenspree?  Mereka inilah pengasasnya. Okay, kita tinggalkan seketika Rafiza yang sedang memasak, dan saya bawa Rahman ke ‘konti’, untuk ditemuramah.

Senang disapa dengan Rahman sahaja, beliau antara anak Melayu yang dipilih untuk melanjutkan pengajian di universiti paling berprestij, terkenal dan antara universiti tertua yakni di Cambridge.

Adakah anda memang selamanya menyimpan cita-cita untuk mendapat ijazah dari situ? Kursus dan bidang yang diambil dan kenangan indah sebagai student?

“Secara jujurnya saya tidak pernah terfikir untuk melanjutkan pelajaran ke University of Cambridge. Pada era hujung 90-an rata-rata generasi kami tidak diberi banyak pendedahan, mungkin disebabkan akses internet yang terhad pada waktu itu. Jadi kami tidak peka dengan peluang melanjutkan pelajaran ke Universiti tersohor dunia, dan persediaan yang perlu dilakukan.

“Keinginan ke Cambridge sebenarnya timbul sewaktu di alam pekerjaan. Semasa saya berkhidmat di Pejabat Naib Presiden Eksekutif di salah sebuah syarikat GLC, saya berpeluang berurusan dengan barisan pengurusan syarikat-syarikat multinasional yang merupakan pelanggan juga rakan kongsi kami di Jepun, Eropah, Amerika Syarikat dan serata dunia. 

“Pengalaman ini membuka mata saya. Saya dapat perhatikan kelebihan syarikat-syarikat ini memberi pendedahan dan membangunkan sumber manusia mereka pada peringkat yang paling tinggi, dan ini biasanya melibatkan latihan atau lanjutan pelajaran ke Universiti tersohor dunia.

“Itu mendorong saya untuk menyambung pelajaran dan memilih Universiti of Cambridge kerana kerjasama mereka dengan industri yang sangat rapat selain menjadi institusi yang mengumpulkan ahli akademik terkenal dunia.

“Saya mengambil jurusan Kejuruteraan dan Pembangunan Mapan kerana saya melihat ia sangat relevan dengan masa depan dunia secara amnya, dan masa depan Malaysia khususnya.

“Antara kenangan manis di Cambridge adalah sewaktu majlis konvokesyen saya, di mana saya dapat membawa ibu dan keluarga saya melihat keunikan Universiti tersebut, selain membuat ibu saya bangga dengan saya.” 

Apakah saudara masih mahu menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, double master/PhD? Kalau ya mengapa dan kalau tidak kenapa?

“Saya hanya akan meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi jika saya dapati ianya memberi nilai yang besar sama ada kepada diri saya atau masyarakat. Saya tidak setuju dengan pendekatan ‘asalkan ada PHD’. Bagi saya setiap pendidikan yang diperoleh haruslah diterjemahkan kepada setinggi nilai yang boleh. Lebih-lebih lagi jika ijazah tersebut ditaja oleh pihak kerajaan. Kerana pengajian sarjana mengambil masa bertahun-tahun dalam hidup seseorang, dan pastinya wang ringgit yang banyak. Buat masa sekarang, saya masih belum nampak nilai yang besar jika saya melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD. Saya boleh menterjemahkan lebih banyak nilai jika saya habiskan empat tahun mengembangkan perniagaan, berbanding meneruskan ke peringkat PhD.  Tetapi mungkin akan tiba waktunya bila PhD diperlukan untuk saya terus menambah nilai. Pada waktu itu saya akan buat keputusan yang sebaiknya.”

Mengapa anda rasa walaupun sudah bekerja dan berpangkat besar serta bergaji lumayan seseorang itu kalau boleh tidak berhenti belajar dan menambahkan ijazahnya?

“Bagi saya secara peribadi, jika seseorang merasakan bahawa melanjutkan pelajaran dapat memberi nilai tambah, maka ia pilihan yang tepat. Menyambung pelajaran itu sesuatu yang baik, tetapi pastikan ianya memberi nilai tambah. Kerana hanya dengan mindset itu, negara dan masyarakat mendapat manfaat dan boleh maju ke hadapan.”

Ada orang belajar untuk memiliki dua tiga ijazah malah ada sampai berbaris ijazah kedokterannya?

“Saya rasa kebanyakan orang akan memilih kualiti, lebih daripada kuantiti. Ada pemenang hadiah Nobel (kategori sains) yang tidak mempunyai PhD. Ada juga orang yang memegang pelbagai ijazah PhD, namun tidak memanfaatkan ijazahnya untuk kebaikan sendiri atau masyarakat sejagat.”

LOckdown – bagaimana anda menghabiskan masa di kala kita terpaksa duduk di rumah?

“Disebabkan nature operasi perniagaan saya bersifat digital, saya boleh mengendalikannya di mana-mana sahaja, tidak semestinya di pejabat. Segala maklumat, laporan jualan, status inventori, aktiviti pemasaran semuanya boleh dipantau daripada telefon pintar. Jadi di rumah saya hanya bahagikan masa untuk mencapai ‘work-life balance’.”

Apakah anda rasa ini adalah cara terbaik untuk mengatasi masalah jangkitan dan jumlah kematian tinggi disebabkan covid-19?

“Sebenarnya cara untuk memutuskan rantaian Covid-19 secara prinsipnya adalah jelas. Cabaran untuk mengurang jumlah kematian (apabila sudah dijangkiti) pula adalah cabaran logistik, di mana pihak berwajib perlu menyediakan resource yang mencukupi untuk pekerja barisan hadapan termasuk peralatan, PPE, manpower, facility dan sebagainya.

“Saya rasa cabaran paling sukar yang dihadapi sekarang adalah cabaran untuk mengimbangkan kesan buruk ekonomi kepada rakyat, dan waktu sama mengurangkan jangkitan dan kematian.

“Lockdown, kuarantin, PKP, PKPB, PKPD, PKP, SOP, contact tracing, Mysejahtera, Program Vaksin dan lain-lain adalah langkah taktikal dan strategik untuk mengatasi cabaran di atas.

“Apa pun langkahnya, kata kuncinya di sini ialah effectiveness and speed. Effectiveness and speed inilah yang membezakan sama ada sesuatu langkah itu cara terbaik atau tidak.

“Jadi bagi saya cara terbaik untuk mengurangkan kadar jangkitan dan mengurangkan kematian ialah dengan menumpukan fokus kepada effectiveness and speed dalam setiap langkah taktikal dan strategic yang diputuskan oleh barisan kepimpinan dan pakar dalam task force melawan Covid-19.”

Seandainya anda diberi tanggungjawab untuk menarik pelabur asing saat ini, dan ketika negara sedang menghadapi krisis ekonomi yang teruk, apa yang anda lakukan?

“Fokus kepada pelan ekonomi jangka masa panjang. Pastikan bakat yang layak untuk memandu dan memantau pelan tersebut. Strategi menarik pelabur asing adalah well-documented dan bukanlah perkara baru. Bezanya hanya lah fokus, political will, kepimpinan berkesan dan pemikiran jangka masa panjang, ya secara pendeknya, bezanya terletak pada faktor ‘people’. Jadi saya akan fokus kepada ‘people’.”

Kini Malaysia tengah ‘sakit’ berlawan dengan covid. Andai anda orangnya yang diberi tanggung jawab sepenuhnya untuk melawan virus ini,  apa tindakan anda to flatten the curve and eventually free from covid?

“Tidak dapat dinafikan, the scale and complexity of this crisis is unprecedented. Saya rasa persoalan ‘apa’ sudah agak jelas digariskan oleh pakar-pakar kesihatan awam, pakar keselamatan negara dan pakar ekonomi serta badan dunia WHO. Selain itu, terdapat banyak lessons dari negara lain yang boleh kita pelajari.

“Namun persoalan yang lebih tepat adalah ‘bagaimana’. Bagi saya, untuk mendapat peluang yang lebih cerah untuk menang dalam ‘perang’ menentang Covid-19 ialah “focus on the effectiveness and speed in everything we do’ kerana musuh kita dalam ‘peperangan’ ini sangat ganas dan pantas.

“Apa juga strategi, jika tidak efektif, kita akan kalah. Apa juga proses, jika kita perlahan dan tidak efisien, kita akan kalah. Jadi saya akan pastikan keseluruhan jentera melawan covid supaya fokus pada dua elemen; effectiveness and speed.  Teknologi, koordinasi dan analisis data memainkan peranan penting dalam mencapai kedua-dua elemen di atas.”

Andai anda diberi kuasa dan kekuatan  untuk menyelamatkan Palestin daripada kekejaman Zionis, apa yang paling utama mahu dilakukan?

“Sebenarnya perkara utama yang perlu dilakukan adalah jelas.

Pertama adalah langkah yang paling mendesak iaitu memulihkan dan mengembalikan hak asasi kemanusiaan rakyat Palestin (Yahudi, Kristian dan Islam), hentikan krisis kemanusiaan dan selamatkan nyawa. Langkah-langkah ini sudah pun jelas direkodkan dalam pelbagai laporan & resolusi yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan PBB, General Assembly PBB, laporan-laporan daripada Human Rights Watch Antarabangsa, UNHCR, WHO dan banyak lagi badan-badan antarabangsa yang mengkaji krisis kemanusiaan di Palestin selama bertahun-tahun.

“Kedua adalah langkah penyelesaian jangka masa panjang, dan ini juga telah jelas direkodkan dalam penyelesaian ‘Two state solution’ dengan penekanan sempadan 1967.

“Sepertimana yang kita semua tahu, segalanya tidak dapat dilaksanakan kerana kuasa Veto dari Amerika Syarikat dan sokongan yang lemah dari negara-negara sekutunya bagi melaksanakan segala cadangan, resolusi dan cadangan badan-badan antarabangsa ini.

“Kalau saya diberikan kuasa (bermakna saya mestilah mendapat mandat sebagai Presiden Amerika Syarikat), saya akan ‘put into motion’ langkah-langkah penyelesaian diplomatik (dan mungkin peacekeeping intervention) yang telah terbukti berjaya dalam menyelesaikan krisis antarabangsa seperti pembubaran sistem Apartheid Afrika Selatan dan menamatkan ‘genocide’ di Bosnia.

“Langkah-langkah ini sudah pastinya akan menerima tantangan dari Israel. Namun ada banyak pendekatan diplomatik yang boleh dilakukan untuk memberi tekanan kepada Israel untuk menerima jalan penyelesaian yang terbaik seperti sekatan ekonomi, sekatan budaya serta tekanan dalaman dan antarabangsa. Jika usaha-usaha diplomatic gagal, masih ada pilihan campur tangan tentera pengaman antarabangsa.

“Konflik seperti ini boleh diselesaikan dan sudah pun terbukti boleh diselesaikan seperti konflik-konflik sebelum ini. Persoalannya hanya terletak pada kemahuan politik atau political will.”

Bagaimana sebaiknya kerajaan kita lakukan untuk membantu kezaliman zionis terhadap umat Islam. And in the first place, apakah anda berpihak dan menyokong Palestina, adalah yang terbaik kita lakukan?

“Selain dari bantuan kemanusiaan, kerajaan Malaysia boleh memainkan peranan utama (leading role) dalam membawa agenda ‘justice’ dan ‘freedom’ untuk semua bangsa yang tertindas amnya dan rakyat Palestin khususnya , di peringkat antarabangsa. Ini termasuk menggerakkan usaha-usaha diplomasi, termasuk menguatkan badan-badan lobi antarabangsa, menyokong usaha-usaha menyebarkan kesedaran di peringkat antarabangsa, memperkasakan badan-badan human rights watch agar terus mendedahkan jenayah perang dan sistem apartheid di Israel. Kerana ini bukan lagi isu agama, ini adalah isu penjajahan, jenayah perang, injustice, ethnic cleansing dan apartheid yang perlu diperjuangkan secara aktif dan berterusan.”

Apakah anda berminat untuk menjadi ahli politik, kalau ya, mengapa dan kalau tidak, mengapa tidak?

“Saya tidak berminat menjadi ahli politik, kerana saya lebih efektif dan memberi nilai sebagai ahli perniagaan. Jujurnya, saya bukanlah orang yang sabar untuk melihat perubahan secara perlahan.”

What do you think of the present government? Andailah anda orang yang diberi mandat sebagai Perdana Menteri, your immediate action to stabilize the economy?

The present government lacks long term oversight. Jika saya diberikan mandat sebagai Perdana Menteri, saya akan komissenkan suatu bipartisan select committee untuk mengkaji dan merangkakan strategi jangka masa pendek dan panjang serta melantik bakat-bakat yang layak untuk melaksanakan, memandu dan memantau langkah-langkah yang memberi impak yang besar kepada perkembangan ekonomi negara.”

Ramai kini rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan, menganggur dan tidak tahu nak buat apa? Give us some tips to get back to life, yang menganggur dapat pekerjaan malah berpendapatan lebih daripada sebelum?

“Tidak ada tips, cuma ada satu sifat yang perlu ditanamkan; iaitu sifat mencabar diri sendiri dan sifat tidak menyerah kalah.”

Siapa Idola anda?

“Saya tidak pandang pada individu. Saya suka mencungkil, mengkaji dan menganalisis ‘attributes’ orang-orang yang berjaya. Pada saya kalau kita idolakan individu, kita akan kecewa kerana setiap manusia ada kelemahannya. Tetapi kualiti dan ‘attribute’ itu bersifat kekal dan timeless.”

You are a CEO of a beautiful cookware company, Queenspree, mengapa memilih bisnes yang begitu competitives ini?

“Jujurnya Queenspree bukanlah suatu yang dirancang. Kami tidaklah membuat pemilihan khusus untuk memulakan perniagaan e-dagang. Tetapi ia lebih kepada suatu peluang yang datang kepada kami. Fortunately for us, apabila peluang itu datang, kami bersedia dari segi kewangan, kemahiran dan pengalaman hasil dari 10 tahun bekerja di sektor korporat. Jadi proses transformasi dari sebuah idea perniagaan kepada sebuah full-fledge e-business operations adalah lebih licin dan cepat.

“Secara prinsipnya, kami memilih model perniagaan yang mapan, future proof dan mempunyai potensi scalability yang tinggi.”

Looking at your personality saudara seorang yang tidak sombong, mudah bergaul dan mesra orangnya. Sikap ini di zaman millenium ini, sudah tidak ramai yang begini, yang bukan sahaja lebih suka menyendiri tapi merasakan buang masa melayan insan-insan yang tidak dapat memberikan dia faedah? Komen.

“Sebenarnya saya sendiri pernah dilayan dengan sombong dan tidak ‘courteous’ semasa bekerja di sektor korporat dulu. Ini pengalaman hidup yang biasa dilalui oleh semua orang.  Sepanjang pengalaman saya mengenal dan berurusan dengan orang yang BETUL-BETUL berjaya, mereka ini secara umumnya sangat friendly and ‘courteous’. Jadi bagi saya, tidak ada sebab kita perlu jadi sombong, sedangkan ramai lagi orang yang lebih berjaya daripada kita tidak bersifat demikian.”

Father’s Day around the corner? Sempena Hari bapa apa yang sepatutnya oleh seorang anak lakukan kepada bapanya. What is the best gift you have given to your father?

“Saya dibesarkan dalam era awal 80-an dan saya datang daripada keluarga sederhana. Mak dan arwah Abah saya tidak membudayakan sambutan Hari Bapa, Hari Ibu bahkan sambutan hari jadi pun tak ada. Saya bersyukur dibesarkan begitu kerana pertama saya belajar penghargaan boleh diekspresikan pada bila-bila masa, tak perlu tunggu hari yang tertentu. Dan kedua saya belajar bersyukur sahaja dengan apa yang ada. Jadi secara jujurnya saya tidak pernah sambut Hari Bapa atau beri hadiah pada Hari Bapa. Saya beri hadiah bila-bila masa yang saya suka. Cuma saya rasa the best gift adalah apabila saya temankan arwah abah dan ibu saya menunaikan Umrah pada 10 hari terakhir Ramadhan pada tahun 2013.”

Legasi apa yang mahu anda tinggalkan selepas anda pergi buat selama-lamanya?

“Saya perhatikan masih banyak lagi perniagaan di Malaysia yang masih menggunakan taktik pemasaran yang tidak beretika, bersifat manipulatif dan gagal memenuhi ekspektasi pelanggan dari segenap aspek. Salah satu motivasi saya menceburkan diri dalam bidang perniagaan ialah untuk membuktikan bahawa sesuatu perniagaan masih mampu berkembang dan memuaskan hati pelanggan dengan beroperasi secara beretika, cekap dan berinovasi.

“Saya harap perniagaan saya dikenali sebagai perniagaan yang beretika, memberi nilai tambah dan terus  menjadi contoh agar suatu hari nanti, negara Malaysia bebas daripada perniagaan yang ‘kurang matang’, dan diganti dengan perniagaan yang berinovasi sepertimana yang kita lihat di negara-negara maju.”

What does being a man mean to you?

“Being a man is about channeling your ego for the better.  Use it to fuel perseverance, pursue originality and shift the status quo.”

Related posts

10 Soalan untuk Arja Lee

admin

Datin Sharifah Shawati Smart Women Foolish Choices

admin

Penata Gaya Rambut Profesional Albert Nico Bercakap Tentang Buku Fotografi Terbitannya

admin

Leave a Comment