FESYEN

Keindahan Couture di Schiaparelli

Jika ada medal emas buat pereka di minggu fesyen couture yang berlangsung di Paris baru-baru ini, saya mungkin mengkalungkannya pada Daniel Roseberry pengarah kreatif buat Schiaparelli.

Menjadikan nostalgia glamour di era 80-an sebagai inspirasi, apa yang menjadikan Haute Couture di Schiaparelli hidup adalah bukan sahaja mempamerkan bakat dalam seni jahitan dan rekaan tetapi bagaimana teknik ‘high sewing’  ini berjaya ditiupkan roh agar setiap koleksi bernafas segar.

Gemar pada warna hitam dan emas, Couture dianggap seni tertinggi buat pelanggan eksklusif di setiap rumah fesyen. Dan apa yang menjadikan Schiaparelli begitu istimewa adalah bagaimana Roseberry berbeza dari rumah fesyen yang lain daripada segi idea, konsep dan originality.

Pertunjukan yang diadakan di Musee des art Decoratifs Paris dihadiri barisan selebriti terkenal, media, sosialis dan juga pelanggan setia. Apa yang menariknya selebriti Malaysia Marion Caunter juga hadir pada pertunjukan ini. Marion pada caption di Instagram miliknya  dilihat mengalirkan air mata apabila melihat keindahan rekaan yang dihasilkan secara nyata.

Marion hadir di pertunjukan di Schiaparelli

Related posts

It’s Dior Darling

admin

“The New Timeless”: Koleksi Newport terbaru Targus

admin

40 Gaun Couture Elie Saab Yang Paling Diingati

admin

Leave a Comment