Sabtu lalu, saya menaiki Uber yang dipandu seorang puan yang sepenuh masanya bekerja di bank sebagai pengurus IT. Panjang kami bersembang tentang kerjaya, hinggalah dia menyebut tentang kawan sekerja buat bank loan 10 ribu ringgit untuk topap beli beg Chanel. Saya tanya, “Tak apa ke apply loan untuk beli handbag?” Katanya, pekerja bank tak perlu buat paperwork untuk pinjam sebanyak itu, kecuali nilainya 50 ribu atau lebih tinggi lagi. Hemm, seronok kerja di bank, interest bayaran balik pinjaman pun rendah.
Bercakap tentang beg Chanel, saya cukup tertarik dengan 2.55 juga klasik Chanel kerana jahitan tenggelam bentuk berlian selain jaket tweed yang sampailah sekarang masih laris. Teringat pada ex boss saya, Datuk Rahmahjan, ada beratus koleksi 2.55 misalnya, sebut saja daripada tahun bila, warna dan material-nya. Oh si Datuk memang ‘penggila’ handbag, dan baru-baru ini melancarkan koleksi baru tas tangan JKHAN di Sutera Harbour Resort. Nantilah saya pujuk Datuk bawa beg-beg rekaannya ke KL untuk photoshoot.
Yang sebenar, saya bukan nak bercakap tentang beg Chanel yang empuk itu, tetapi tentang kontorversi dek penangan bekas Pengarah Kreatifnya, mendiang Karl Lagerfeld, termasuk semasa dia bersama dengan Fendi.
“Nobody wanted it, it was hopeless.”
Keratan akhbar tentang Karl Lagerfeld menyertai Chanel pada 1983
Ramai mengenali Chanel dengan kemegahan dan item-nya yang mahal belaka tetapi tahukah anda mereka juga pernah melalui zaman tak glamor. Sebelum Karl melabuhkan punggung di kerusi empuk yang didudukinya selama 36 tahun, Chanel dianggap satu jenama yang membosankan. Yang memakainya bukan dari kalangan high society atau selebriti terkenal seperti sekarang sebaliknya isteri-isteri doktor di Paris (untuk lebih faham, masa itu Chanel seperti Carlo Rino contohnya). Sebut Karl dalam satu temubual lama dulu, “Nobody wanted it, it was hopeless.” (merujuk akan betapa suramnya Chanel).
Pun begitu, bermula 1983, Karl mengerah sekalian tenaga kerja memecut selajunya, mengeluarkan satu persatu koleksi yang mendapat tarikan hebat dan tak ketinggalan kritikan.
Edisi Spring/Summer 94, Chanel mengeluarkan koleksi inspirasi fesyen jalanan (masa ini nama sudah popular) dengan topi fedora, top menampakkan pusat, kemeja longgar dengan suspenders, manakala rambut model-model bertaraf creme de la creme digayakan dengan penghubung rambut berwarna-warni (ungu untuk Kate Moss dan Naomi manakala biru untuk Helena Christensen dan Carla Bruni). Inilah ketikanya Lagerfeld buat pertama kali menyebut satu quote yang dipakai hingga ke hari ini ‘fashion is more about attitude than detailing’.
Dari kiri Cindy Crawford, Kate Moss dan Naomi Campbell di Chanel Spring Summer 1994
Helaian lain di pertunjukan yang sama, model memakai klip rambut bunga camelia besar, senada warnanya dengan jaket tweed warna candy pink dan kuning. Ketika melakar idea, Lagerfeld membayangkan gaya klasik Chanel digabungkan dengan stail ‘attitude first’ yang popular zaman itu (90-an). Dan dalam salah satu detik lain yang juga diingati, apabila si daring Naomi muncul dengan gaun tweed ungu belang-belang, dengan aksesori tali pinggang besar dan meriah. Skirt yang dipakai itu mendapat kritikan kerana ia teramat pendek atau lebih pendek daripada pendek atau dalam bahasa Inggeris disebut ‘shorter than short’. Pengkritik menganggapnya sebagai satu explosive sexuality ditambah ada pengkritik yang sakit mata kerana jenama yang ada class (masa itu Chanel sudah meninggalkan zaman suram) menggunakan budaya jalanan sebagai rujukan. Walau bagaimanapun, rekaan itu menyerupai pandangan Lagerfeld tentang fesyen masa depan (masa sekarang) Chanel.
Pengkhianatan Ines De La Fressange
Ines de La Frassange
Walau bagaimana indah rekaan tetapi jika dipakai orang yang salah, ia tidak bermakna apa-apa. Dan ini pentingnya kehadiran muse. Bercakap tentang ini, 1983, model Ines de La Fressange yang berketinggian lima kaki 11 inci menjadi model pertama dalam sejarah fesyen dipilih menjadi personaliti media apabila mengikat kontrak eksklusif dengan rumah fesyen ini.
Kelebihan de La Fressange yang mirip Coco Chanel menjadi aset kepada terjalinnya kerjasama mega. Pun begitu, kerjasama designer-muse ini hanya berlangsung selama enam tahun saja kerana pada 1989, berlaku pertelingkahan antara Karl dan de La Fressange berikutan keputusan muse-nya itu yang meminjamkan wajah jelitanya kepada patung Marianne, simbol Republik Perancis.
Karl dengan jelas mengutuk keputusan tersebut, padanya ia adalah satu pengkhiatan, apatah lagi dia berpendapat Marianne adalah jelmaan semula satu monumen sejarah yang membosankan, bourgeois (karakter yang biasa dikaitkan dengan orang kelas pertengahan) dan provincial (tak sophistikated dan berfikiran sempit) dan menegaskan yang dia tidak akan sekali-kali menggayakan monumen bersejarah.
Kemunculan Claudia Schiffer
Claudia Schiffer
Jadi pada 1990, takhta muse Chanel kosong tidak diisi, hinggalah dengan restu Karl, takhta tersebut menjumpai pemiliknya, seorang model Jerman yang tidak berpengalaman dan belum pun membina nama dalam industri fesyen, Claudia Schiffer. Yang sebenarnya, Karl sendiri memujuk Schiffer yang ketika itu berusia 19 tahun untuk melakukan debut di landasan Chanel, menjadikan dia model pertama yang tidak perlu diuji bakat sebelum diupah oleh jenama tersebut.
Hasilnya, Schiffer yang berambut perang, berperwatakan cerita dengan wajah seiras Brigitte Bardot ketika muda, mendapat kejayaan segera. Job masuk bertubi-tubi dan bersama Chanel sendiri, dia sering mendapat slot khas membuka dan menutup sebahagian pertunjukan fesyen besar sepanjang 90-an dan selalu sangat dipilih memakai gaun pengantin adi busana. Konsepnya, ‘if Schiffer wore it, it made sense‘.
Little black jacket
Little black dress Chanel memang ikonik, namun tidak kalah little black jacket yang juga sama mewah dan bersahaja rekaannya.
Sedikit tentang sejarah jaket pendek, boxy tweed oleh Coco Chanel, ia muncul pada 1954, sebagai sebahagian koleksi comeback selepas perang. Meletop rekaan ini, menundukkan skirt penuh Christian Dior yang memakan beribu ekar fabrik, satu look yang menurut Coco terlalu ketinggalan untuk wanita moden. Dia lebih suka jaketnya kerana padanya ia merupakan satu lambang kejayaan dan keupayaan.
Little black jacket Chanel
Coco mencipta jaket ini dipasang tanpa dart payudara untuk membuatnya kenyal, dipenuhi dengan sutera, manakala lengan baju sedikit lengkuk untuk memberi keselesaan, dan jaket ini berstruktur (rantai tembaga kecil dijahit di bahagian bawah hem untuk memastikan ia tergantung dengan sempurna) tetapi sesiapa yang memakai masih boleh mengangkat lengan sampai atas kepala kerana ‘keanggunan pakaian terletak pada kebebasan pergerakan’, seperti yang dikatakan Chanel.
Dan Karl mencipta semula jaket ikonik ini setelah melihat jaket berpoket empat dengan sulaman dipakai pekerja hotel di Austria. Sejak itu Karl memadankan little black jacket dengan seluar jeans, kostum renang, seluar pendek dan selendang, malah turut diperaga model lelaki untuk sesi penggambaran. Walaupun berbeza penggayaan, di bengkel di Rue Cambon, jaket ini masih dibuat dengan cara yang sama. Tersangat istimewa rekaan ini, sesuatu yang setiap pereka teringin menciptanya.
“They make the rich of the past look poor.”
Haute couture Chanel
Pada 2016, Lagerfeld memberitahu The Telegraph tentang bagaimana industri fesyen menerima kemasukan berduyun-duyun pelanggan adi busana. Dia menjelaskan bahawa pelanggan yang teramat kaya itu tidak semestinya yang kita lihat duduk di baris hadapan pertunjukan fesyen, sebaliknya mereka ini tidak tunjuk muka dan koleksi couture yang mereka pesan akan dihantar terus ke pintu rumah mereka.
“These are new fortunes, you know? They make the rich of the past look poor,” sebutnya. “Pada masa lalu, jika seorang rakyat Amerika membeli lima helai gaun couture, dia dianggap sebagai klien yang bagus, sekarang pula ada pelanggan datang membeli 20 puluh gaun couture dalam masa lima minit.”
Tetapi Lagerfeld menjelaskan bahawa dia tidak menghakimi cara mereka berbelanja.
“Seseorang berkata kepada saya tentang kot Fendi yang bernilai satu juta pound. “Tidakkah kamu berasa malu menjual kot semahal itu?” Saya jawab, “Mungkin di mata awak, tetapi bagi orang lain, itu adalah satu kegembiraan.””
Kot Fendi berharga satu juta pound.
P for porn!
Kecoh di pertunjukan Fendi Spring 1993, apabila bukan model yang muncul di pentas pertunjukan menggayakan koleksi hitam putihnya sebaliknya pelakon filem porno, Moana Pozzi.
Kelibat Moana menyinggung beberapa tetamu berprofil tinggi yang hadir ketika itu termasuk Ketua Pengarang Vogue, Anna Wintour yang berlalu keluar meninggalkan ruang pertunjukan.
Moana Pozzi
Menyokong perkahwinan sejenis
20 tahun selepas itu, pada Januari, Lagerfeld menutup pertunjukan tradisional adi busana dengan dua gaun perkahwinan yang biasa saja rekaannya, tetapi dipakai dua wanita yang keluar berpegangan tangan bersama god son kepada Lagerdeld bernama Hudson Kroenig, sebagai tanda menyokong perkahwinan sejenis, secara khusus merujuk pada undang-undang perkahwinan Perancis yang akibatnya mengundang kumpulan pemprotes berkumpul di jalanan-jalanan di Paris.
Gaun pengantin Chanel sebagai tanda menyokong perkahwinan sejenis.
Logo 2C menutup puting dan punggung
Logo syarikat merupakan satu kemegahan dan ia merupakan lambang kepada kegemilangan empayar tersebut. Mana-mana syarikat akan menjaga logo mereka dan meletakkannya di tempat teratas, sebagai contoh kalau di bangunan akan diletak di bumbung dan bersaiz besar supaya boleh nampak jelas walau dari 100 meter jaraknya. Berbeza buat Karl, dia melayan keistimewaan logo Chanel dengan cara yang pelik dan nampak murahan (pada saya).
Bikini Chanel yang dipernah dipakai Stella Tennant
Pun begitu dia menganggapnya sebagai eksperimen dengan menyelitkan banyak ciri logo Chanel dalam rekaannya. Bukan setakat di tali pinggang berantai yang sarat barat (pernah dipakai Helena Christensen di pertunjukan Spring/Summer 1996) tetapi dia turut menggunakan logo dua C bersilang ini pada bikini menutup puting Stella Tennant (pertunjukan Fall/Winter 1995) yang hampir terjojol keluar. Dan Tennant tidak keseorang, kerana logo itu juga menghiasi seluar dalam di bahagian punggung dan miss v dipakai seorang lagi model.
Rangkap al-Quran pada dress seksi
Pada 1994, satu kontroversi besar tercetus, yang mengancam eksport Chanel ke negara-negara Muslim, menyebabkan rumah fesyen ini dan perekanya meminta maaf kepada keseluruhan umat Islam termasuk memerlukan kepala rumah fesyen Chanel mengunjungi Grand Mosque of Paris, masjid utama bagi tiga juta umat Islam di Perancis untuk menemui Dalil Boubakeur, rektor masjid bagi tujuan meminta maaf. Ini berikutan dress rekaan Karl untuk koleksi Spring/Summer 94 yang diselitkan rangkap daripada ayat al-Quran sebagai hiasan pada tiga helai dress seksi, salah satunya dipakai Claudia Schiffer.
Ketua Eksekutif Chanel, Claude Eliette memberitahu The Independent, “Saya meminta rektor dan komisen teologi masjid untuk menyampaikan permohonan maaf yang mendalam kepada semua masyarakat Islam dan saya berjanji untuk menghapuskan rekaan yang tertera rangkap al-Quran. Tiga pakaian dan teks itu akan dimusnahkan dengan cara pembakaran.”
Dress bercetak ayat al-Quran.
Teks pada pakaian tersebut berbunyi;
“Dia yang dipimpin oleh Allah berada dalam bimbingan yang baik, dan dia yang ditinggalkan oleh Allah tidak akan menemukan seseorang untuk meletakkan dia di jalan yang benar.”
Hasan Basri, ulama terkenal Indonesia ketika itu mengulas kelakuan Karl sebagai penghinaan terhadap agama Islam.
Menurut Karl ia tidak disengajakan, malah dia menyangka rangkap tersebut berasal daripada puisi cinta India, inspirasi dari Taj Mahal, namun dia meminta maaf kepada orang Islam dan Chanel telah memusnahkan dress yang menyinggung perasaan tersebut.