Beautiful People

The sign of beautiful person is that they always see the beauty in others.”

Celebration Of The Beautiful People. Begitu tema diberi. Kerana kami mahu meraikan teman-teman dan pembaca setia, juga para pengiklan yang banyak memberikan sokongan. Rezeki kami juga kerana Palace Of The Golden Horses berbesar hati bersama-sama MajalahWM.com. Masa yang diambil kurang tiga minggu, ternyata majlis yang diinginkan menjadi kenyataan. Terima kasih kepada Shameem Ashraf daripada Helios Shine yang menyambungkan silatulrahim kami dengan pihak hotel. 

Senja di Palace of the Golden Horses. Tetamu sudah mula memenuhi ruang menyambut tetamu ke Grand Salon Lobby Lounge. Pastinya setiap tetamu pasang badan… mashaAllah semuanya cantik-cantik belaka. Ya mereka tidak datang dengan warna sedondon, tidak biru atau kelabu. Ya kami tidak mahu menentukan warna baju, sebalik mahu hadirin menghidupkan malam dengan gaya tersendiri. Pilih yang tercantik di almarimu, bersolek dan berdandanlah. Pada saya kalau bijak menata gaya, baju empat tahun lalu pun akan nampak cantik. Baju saya pakai malam itu pun sudah sekian lama tersadai di almari.

“Fashion is like eating, you should not stick to the same menu.” Ya sudah dipakai beberapa kali namun setiap kali akan nampak baru…itulah indahnya fesyen. “Dress like you’re already famous”… dan itulah yang saya lihat pada hampir 300 tetamu senja itu. Mereka gembira bergaya sakan, hem ‘Always dress like it’s the best day of your life’. Dan sepatah Kimora Lee, “Always dress like you’re going to see your worst enemy.” Rachel Zoe, world famous celebrity stylist menambah, “Style is a way to say who you are without having to speak.”

Siapa mereka yang hadir? Daripada Datuk Aznil Nawawi ke Datuk Khadijah Ibrahim. Datuk Hattan dan Tasha Shila, dan tetamu tetamu pelbagai latar belakang, para profesional dan ahli perniagaan, ahli-ahli diplomat, peragawati, pereka fesyen, tidak dilupakan suri-suri rumah dan sudah tentu kalangan keluarga Diraja. Sungguh tetamu MajalahWM.com hebat belaka; wajah cantik, pakai menarik dan kami tahu kalangan yang kami jemput juga memiliki jiwa tenang lagi bersih. Nothing makes a woman more beautiful than the belief that she is beautiful.

Sambil memastikan tempat duduk, tetamu rancak bergambar berlatar membelakangkan photo wall yang ditempah khas. Tetamu disedapkan lagi mata melihat barang kemas Infiniti Jewels, pengeluar barang kemas ilham terkini, juga kontemporari dan klasik yang berpangkalan di Singapura. Love the beautiful designed, the exclusivity,  the simplicity, dengan rekaan terkini. 

Di satu sudut disusun bingkai-bingkai gambar hiasan hadapan MajalahWM.com. Nak tahu siapa mereka, tetamu mengambil masa membelek bingkai gambar wajah-wajah jelita yang pernah menghiasi MajalahWM.com. Pemilihan hiasan kulit MajalahWM.com tidak terhad kepada selebriti sahaja, ramai ahli perniagaan, ada pakar pergigian prostodontik dan implan Dr. Kamsiah G. Haider, Imej Konsultan terkenal Datin Norma Norell, entrepenur muda Jilliyana dan Emilyana, Senator Yusmadi Yusoff, ahli perniagaan YM Raja Azam Baiezah Raja Moktar dan chef terkenal tidak lain tidak bukan Datuk Chef Wan… inilah antaranya insan yang pernah menghiasi MajalahWM.com.

Majlis didahului dengan doa restu. Sepi seketika kemudian terdengar suara lantang Saudara Abdul Rahman Adnan yang membaca doa dalam tiga bahasa, Inggeris, Melayu, Arab… cukup menaikkan semangat kerana apa pun kita lakukan, kita harus jujur dan mesti ingat, Allah mendengar dan melihat.

Selepas sepatah dua kata daripada pengasas, Puan Wirda Adnan dan rakan seperniagaannya Puan Mahani Awang, masa untuk makan. Hidangan lazat membuka mata untuk acara seterusnya,  hiburan diselang seli cabutan nombor bertuah yang banyak dan hiburan lagi. Ya, terima kasih tidak terhingga kepada Datin Ramziela, Ruby Blues, Umar Uzair dan Gaffar Yaman. Suara anda semua menusuk kalbu, menghidupkan lagi malam yang indah ini. Terima kasih kepada semua penaja malam itu, Palace Of The Golden Horses, Shameem daripada Helios Shine Sdn Bhd, Infiniti Jewels, Xeoul World (Xeoul Clinic), RA8 Cosmeceutical, NS De Beaute (Guinot), Rossa Galicca by Norehan Kassim, Dato’ Abdul Ghani, Dato’ Halmi Mohd Saleh daripada Livecell International, Dr. Tudung, De.Wan1958, Datin Norma Norell, Datin Sharifah Shawati, Nora Abu Hassan, Yani Bakhtiar daripada Yans Creation dan Calvin Thoo. 

Ratusan lucky draw sudah diterima, masa untuk ke lantai tari.. Tiada yang lebih menyeronokkan jikalau sound systemnya bagus, dan DJ pula tahu lagu apa yang dimainkan sesuai dengan tetamu.

Lantai tari sendat… terima kasih kepada kawanku yang satu ini, yang selalu membantu, yang tahu untuk membuat tetamu pulang hati senang. Yes, terima kasih sekali lagi Datin Norma Norell yang menaja sistem bunyi dan DJ (sayangku NN tidak dapat hadir kerana mengalami sedikit kecederaan). Ya, sepanjang malam tetamu terhibur, sebelum masing-masing mengucapkan selamat malam. Ada rezeki kita jumpa lagi tahun hadapan, inshaAllah.