GAYA HIDUPSANA-SINI

KEMPEN CSR “JOY OF SEEING”

Rohto Eye Care, peneraju dalam menyediakan penyelesaian penjagaan mata yang inovatif, dengan bangga mengumumkan kejayaan kempen CSR tahunan syarikat yang dinamakan The Joy of Seeing.

Selepas kejayaan yang diperoleh pada tahun lepas, kempen tahun ini sekali lagi membuktikan mereka dalam usaha mengumpulkan dana, meningkatkan kesedaran dan membawa perubahan positif dalam kehidupan murid-murid daripada kumpulan B40.
Dengan kerjasama rakan kongsi yang ternama iaitu Pintar Foundation dan Focus Point Vision Care Group Sdn Bhd, Rohto Eye Care memperluaskan jangkauannya ke tiga buah sekolah rendah di Lembah Klang: Sekolah Kebangsaan Kampung Batu, Sekolah Kebangsaan Seri Cheras dan Sekolah Kebangsaan Kiaramas. Kempen ini telah memberi impak yang mendalam terhadap lebih 2,400 orang murid, termasuk 30% daripada keluarga B40 yang kurang bernasib baik daripada segi ekonomi.

Melalui penggabungan dengan Focus Point Vision Care Group sebagai pakar bidang yang terkenal, Rohto Eye Care melangkaui tanggungjawab sosial korporat tradisional. Pasukan khas mereka telah menjalankan ceramah pendidikan yang menarik dan bermaklumat tentang kesihatan mata sambil menyediakan pemeriksaan kesihatan mata komprehensif di sekolah-sekolah yang mengambil bahagian. Matlamat utama mereka adalah untuk memperkasakan kanak-kanak dengan pengetahuan tentang mata mereka, menggalakkan amalan penjagaan mata dan memberikan sokongan kepada murid-murid B40 yang
memerlukan cermin mata preskripsi.

Untuk menggalakkan sokongan yang lebih besar, Rohto Eye Care bekerjasama dengan Watsons, rangkaian runcit yang dipercayai dan popular. Sepanjang bulan Mei, sebahagian daripada jualan produk Rohto Eye Care di kedai Watsons di seluruh negara diperuntukkan bagi tujuan pengumpulan dana kempen. Usaha kerjasama ini bukan sahaja dapat mengukuhkan inisiatif ini tetapi juga mempamerkan kekuatan perpaduan dalam mencapai matlamat bersama.

Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum, menekankan kepentingan kempen dan objektifnya. Berikutan penemuan membimbangkan di mana kesan buruk masa skrin yang berlebihan terhadap penglihatan murid, terutamanya apabila belajar secara digital semasa wabak COVID-19 telah menimbulkan banyak isu penglihatan kepada kanak-kanak. Lim menyatakan harapan ikhlasnya bahawa kempen ini akan memperkasakan murid untuk mengutamakan dan menjaga mata mereka yang berharga. “Matlamat kami adalah untuk mendidik murid-murid tentang petua dan senaman penjagaan mata yang berguna. Ini membolehkan mereka mengambil langkah proaktif dalam mengekalkan kesihatan mata yang optimum. Selain itu, kami dengan bangga telah menaja sebanyak 79 pasang cermin mata preskripsi, satu usaha nyata meningkatkan penglihatan murid-murid B40 yang kurang bernasib baik dan menyediakan
mereka dengan alatan yang mereka perlukan untuk berjaya dalam bidang akademik. Kami memahami cabaran yang dihadapi oleh sesetengah kanak-kanak yang tidak dapat melihat dengan jelas di dalam kelas kerana sumber yang terhad.”

Untuk menjadikan pendidikan kesihatan mata benar-benar menarik, Rohto Eye Care menggabungkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, termasuk permainan penutup mata dan pertandingan seni. Inisiatif ini bertujuan untuk memperkukuh kepentingan mengekalkan kesihatan mata dan memupuk rasa keseronokan dan penyertaan dalam kalangan murid.

Related posts

Beli Stok Makanan Sihat di ‘Eat Well’ Marks and Spencer

admin

Khas Hari Kekasih: Sasha Saidin x Sirhan Wahab

admin

Tips & Tricks To Work From Home, Away From Home, Far From Home

adminwm

Leave a Comment