CANTIKGAYA HIDUP

Safi Menggunakan Safron Sebagai Bahan Utama Dalam Dua Produk Barunya

[vc_row][vc_column][vc_column_text]Saya cukup dekat Safi, kerana hubungan bersama jenama ini bermula nun sebaik meningkat mumayyiz – masa mula tumbuh jerawat. Dan seingat saya masa itu menggunakan Safi lidah buaya dan kemudian manggis dan beberapa lagi. Dan dek kerana ajakan teman-teman lama dari Tell PR, saya ke Pavilion, menghadiri majlis pelancaran keluaran terbaru jenama ini, Safi Youth Radiance.

Petang di hari acara,  bertempat di tea house TWG yang serba mewah, saya dan rakan media lain asyik membelek dan merakam foto Safi Youth Radiance Anti-Ageing & Whitening Essence juga Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser. Cukup senang sekali pembungkusannya, merah jambu terang – saya membayangkan walau dibariskan dengan produk lain dalam drug stores akan tetap menyerlah. 

Istimewa dengan rangkaian Safi Youth Radiance ini kerana dihasilkan atas gabungan tiga revolusi utama – Teknologi Saffron Gold, Teknologi Beetox dan Lipo Vit-C ini yang membolehkan dua produk ini memperlahankan proses penuaan dan menjadikan kulit lebih cerah dan berseri, selain itu tiada istilah haram dan kekejaman (isu yang selalu diperdebat dalam dunia kecantikan) kerana ia bebas alkohol dan tidak diuji ke atas haiwan.[/vc_column_text][thb_gap height=”20″][vc_media_grid element_width=”6″ grid_id=”vc_gid:1579756584367-8372aaa8-5e80-10″ include=”11251,11252″][thb_gap height=”20″][vc_column_text]Yang menariknya dengan dua produk Safi Youth Radiance ini kerana  menggunakan safron sebagai bahan utama. Tidak pernah lagi mencuba rempah orang ada-ada ini, sebaliknya hanya tahu melalui rancangan masakan di tv, melihat sok-sek si chef sambil memasukkan secebit safron dalam menu mereka. Dan yang saya tahu, taip saja ‘safron’ di internet akan keluar beratus atau mungkin beribu artikel dari dalam dan luar negara yang menceritakan tentang kebaikannya untuk kecantikan dan kesihatan. Bagi saya, satu langkah yang bagus untuk Safi dalam terus berada dalam ‘game’ dunia kecantikan dengan memasukkan bahan yang kerap kali dikaitkan dengan segala yang cantik dan sihat sebagai unsur utama dalam produk mereka, namun menjualnya masih dalam harga mampu milik.

Berbalik kepada Safi, yang sebenar sudah lama saya tinggalkan kerana kulit muka saya yang hitam manis ini tidak lagi berjerawat tetapi ini masanya untuk kembali kepada jenama ini, sementelah esok lusa akan meninggalkan terus usia remaja, jadi perlu memikirkan tentang penuaan dan sebagainya. Untuk itu, saya cukup berkenan dengan dua produk baru ini. 

Ya, produk yang juga bagus untuk anda, jenis essence dan serum moisturizer. Saya kongsikan cara memakainya, mulakan dengan cair ke pekat, maksudnya pakai essence dulu dan kemudian gunakan moisturizer. Boleh pakai sebaik selepas mandi pagi. Manakala untuk malam, kulit perlukan rehat jadi cukup dengan pakai moisturizer. (Cara penggunaan ini atas cadangan kawan baik saya yang merupakan seorang expert dalam produk kecantikan)

Jadi apa tunggu lagi, kita hidupkan 2020 dengan kulit yang lebih cantik dan lebih sihat dengan Safi Youth Radiance Anti-Ageing & Whitening Essence juga Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser.[/vc_column_text][thb_gap height=”20″][/vc_column][/vc_row]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button