Dadi Dan Baby

Tanggal Sabtu 2.3.2019 sedang mengemas rumah, “Ma we are going to the hospital, time for Janna…” Walaupun tarikh diberi lapan haribulan tiga, seminggu awal memang biasa. Ihtisham dulu pun dua minggu lebih awal dan Imtiaz, lagi lah cepat. Jantung saya pula yang berdebar-debar, angkat wuduk sebab sudah masuk zohor. Hisham yang outstation menghubungi, “Cepat pergi Janna dah masuk wad.” Oh-oh berasa perjalanan ke Colombia Asia di Setapak teramatlah jauh rasanya. Imtiaz yang sering saya marahi memandu laju, saya biarkan dia memandu kerana saya tidak sabar menerima cucu. The thoughts of becoming a grandmother is one which one cannot hold the excitement. It is a great experience. One that replaces no other! – Catherine Pulsifer.[/vc_column_text][thb_gap height=”40″][vc_masonry_media_grid element_width=”6″ grid_id=”vc_gid:1552507803736-4ce71f86-93a2-9″ include=”9049,9048″][thb_gap height=”40″][vc_column_text]Lengang di wad menunggu, yang sebelah pintu wad sahaja. Ada dua wanita muda, “My sis inside.” beritahunya. “Mummy kita hendak buat apa di sini?” tanya Imtiaz. “Tunggu Janna bersalinlah, buat apa lagi?” “Yalah kalau esok baru hendak bersalin?” Saya diam malas melayan anak muda yang sebenarnya lapar belum sempat makan tengahari. Jam sudah hampir empat petang. “Im pergilah lunch dulu, tetapi tidak juga dia bergerak. Saya, mundar mandir di ruang menunggu. Kemudian kami mendengar satu jeritan, “That must me Janna,” kata di hati. Sekali sahaja. Saya kembali mengingati detik melahirkan Tisham, mashaAllah sehingga habis suara meraung, hilang malu, hah. Sakitnya seolah terasa sampai ke hari ini.
Beberapa minit kemudian, wajah yang dinanti-nantikan muncul di group Hisham Family, mashaAllah comelnya cucu aku. Berapa minit selepas itu satu lagi gambar, “Ya Allah, syukur sudah buka mata cucu aku!”
“Mummy, nak tahu nama baby?”
Since my name is very unique dan tidak ramai yang nama macam Tisham, kami ambil masa yang lama bersetuju dengan nama baby – Mohamed Sheraaz Hisham bin Mohamed Ihtisham Hisham.
Saat saya menulis ini cucu baru berusia tujuh hari. Semalam sahaja di hospital dan keesokan harinya dibenarkan pulang. Syukur baby dan mummynya sihat, dan daddy yang matanya sudah macam tidak boleh dibuka. Hari ketiga, nampak baby ada kekuningan… bergegas ke hospital. “Jangan risau, suhu badan masih terkawal, keep on menyusukan badan, setiap jam,” pesan jururawat.
”Welcome Tisham to the father’s club. Sudah mula rasakan, tanggungjawab seorang ayahkan… tidur kamu berdua nanti tidak akan nyenyak lagi sehinggalah anak itu besar,” sempat pula saya mengitipkan pesanan.[/vc_column_text][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9050″][thb_gap height=”40″][vc_column_text]Pabila menangis, bunyinya sedap sekali,
Bila terjaga, menempel di buah dada mummy
Mohamed Sheraaz Hisham nama diberi,
Subhanallah, kacaknya cucu opah ini.
Tujuh hari Nena sudah buat kenduri,
Dijamu makan anak-anak tahfis tidak jauh dari sini,
Nanti kita buat kenduri lagi,
Masak kambing kari, makan dengan capati,
Darah Pakistani, resipi dada dan dadi,
Mesti sedap menjilat jari.
Saya balik ke rumah, teringat pula Sheraaz. Tidur malam pun mimpikan Sheraaz, yang senyum bila poo, dan sudah pandai posing… upp tolong dadi tidak mahu Sheraaz jadi model tetapi doa dadi masa buat Haji, supaya cucu dadi ini seorang yang pandai mengaji, yang dapat menyejukkan hati daddy dan mummy, dada dan dadi…nena dan ramai lagi. Yang pandai berdikari dan paling penting menjaga amalan akhiratmu nanti.
Sheraaz, dadi tidak pernah pun tahu betapa banyaknya cinta dalam hati ini sehinggalah hari pertama menjadi nenek.[/vc_column_text][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9064″][thb_gap height=”40″][vc_column_text]Tisham Janna, hari ini kamu bukan berdua lagi,
Banyakkan sabar dan zikir kalau masalah mendatangi,
Perkara yang kecil-kecil jangan sampai menyakitkan hati,
Sheraaz lahir bukan untuk mak ayah menyesali,
Sheraaz rezeki Allah yang tiada tukar ganti,
Kehadiran Sheraaz demi mengukuhkan ikatan suami isteri.
Kerja rumah bukan hanya tanggungjawab isteri,
Suami mesti melayani, isteri wajib mentaati,
Tangan jangan sesekali naik ke pipi,
Ingat, berjuta di luar sana tidak dianugerahi,
Zuriat, demi meneruskan kehidupan ini.
Syukur mummy dan daddy sempat merasai,
Menimang Sheraaz, bangga sangat kami.
Love you forever my grandson,
Without you in life there is no fun,
Sayang,
I am proud of many things in life but nothing beats being a grandma![/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]