GAYA HIDUP

Bufet Timur Dan Barat Di Restoran Nook, Aloft KL Sentral

Sepanjang Mac 2019, bertempat di restoran Nook, Hotel Aloft KL Sentral menyajikan makanan pertembungan antara dua budaya iaitu Timur dan Barat.

Sajian makanan dari Timur disediakan oleh Chef Hamid Buyong Ramli atau lebih dikenali sebagai Chef Hamid yang berpengalaman lebih daripada 20 tahun. Antara masakan yang disediakan oleh beliau adalah Daging Masak Lemak Campur Rebung, Rendang Itik, Kambing Varuval serta Kari Ketam. Untuk menu dessert, Chef Hamid menyediakan Bubur Kacang Hijau Durian dan Bubur Gandum Jagung.

Menu masakan Barat disediakan oleh Chef Hanis. Berpengalaman lebih daripada 11 tahun memasak masakan Barat dan Fusion. Antara masakan yang disediakan seperti Sous Vide Dada Ayam dengan Sos Cokelat Pedas, Duck Breast with Flake Almond and Grapes, Homemade Gnocchi with Sage Butter dan Sundried Tomato. Manakala untuk pemanis mulut antara menunya Marble Dark Chocolate Tart dengan Berries Compote dan Passion Fruit Tart & Lemon Curd dengan Meringue.

Bufet makan malam Nook’s ‘A Showcase of the Executive Sous Chefs’ berharga RM120 untuk dewasa dan RM60 untuk kanak-kanak bawah usia 12 tahun.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
Penulis: Juhfaidzal Juhari

Related posts

Bagaimana Diabetes Mengubah Hidup Saya?

adminwm

INFINIX NOTE 30 (X6716) TAKES HOME OUTSTANDING AWARD AT THE PARISDESIGN AWARDS 2023

adminwm

I Will Stay Relevant As For Now

admin

Leave a Comment