FESYEN

Menjengah Vanity Fair Oscar After-Party 2019

Malam Oscar 2019 melabuhkan tirai, tetapi kemeriahannya tidak berakhir di situ kerana selepasnya ada after-party anjuran Vanity Fair.

Tidak kira menang Oscar atau tidak, atau langsung tidak tercalon, semua tetamu sama bergembira; ada yang menari terlompat-lompat, yang berbual mesra di penjuru (entah apa topiknya) juga ada yang, hemm, James McAvoy mengumpul tanda tangan selebriti di bajunya.

Berjalan masuk ke dalam dewan, terpandang Lady Gaga sedang merokok dengan trofi yang baru dimenangi berada di atas meja di hadapannya – my dear Gaga, pose you cantik dijadikan potret untuk arkib Oscar.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Di tengah dewan ada Richard E. Grant menari dengan Marisa Tomei tanpa menghiraukan blazer sut dan bowtie-nya yang senget benget, kemudian menarik keluar kemeja dan terus menari dengan lebih rancak lagi dengan Amy Adams dan Melissa McCarthy (yang tiba di parti VF memakai seluar trek Adidas!)

Adrien Brody dan Marilyn Manson melepak bersama di sofa. Dari pintu dewan ternampak Chris Evans yang handsome mengintai-ngintai mungkin mencari rakan artisnya. Manakala Charlize Theron yang jelita sepertikan tidak mahu bergaul, hanya berdiri saja di bar dengan gelas koktelnya. Joni Mitchell nampak penat tetapi tetap cantik tersenyum lebar. Di ruang lain Miley dan Priyanka, Liam dan Nick saling menyapa pengantin baru.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Sambil bersembang dengan Idris Elba, Michael B. Jordan memakan burger In-N-Out (dengan lapisan keju tentunya.) Selepas itu dia pergi kepada Serena Williams dengan burger masih di tangan, kemudian Danai Gurira apabila Serena mula menari dengan lagu Cardi B, ‘I Like It.’

Selain aktor, parti ini turut dihadiri barisan top model. Selain Kendall Jenner yang hampir seperti tanpa seurat benang, turut ada antaranya Adrianna Lima, Alessandra Ambrosio, Isabeli Fontana dan Karolina Kurkova, termasuk juga Heidi Klum dan Rosie Huntington-Whiteley yang datang dengan pasangan masing-masing. Tetapi spotlight terhadap mereka teralih sebaik muncul Naomi Campbell. Glamor sungguh dia dalam gaun Alexander McQueen berhias kupu-kupu dan terdedah di belakang – barangkali mahu memberi hint kepada Liam Payne apa yang dia terlepas di parti itu.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Seronok menghadiri parti seperti ini kerana dapat melihat bintang terkenal saling berlaga bahu menegur teman yang mungkin sudah bertahun tidak ketemu. Dapat juga melihat siapa geng dengan siapa, yang lone ranger dan ada juga yang mencari partner untuk dibawa pulang…

Memang best sangat, tetapi sayang nama saya tiada dalam jemputan…

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Uniqlo U 2023 Spring/Summer Collection

admin

Burberry Open Spaces

admin

Gaya Koleksi Raya 2018 (“GKR”)

admin

Leave a Comment