Perayaan ulang tahun ke-10 peranti Galaxy Samsung disambut dengan happening pada awal Mac lalu, yang mana orang ramai yang terdiri daripada peserta, rakan kongsi dan orang awam menyaksikannya di Sky Avenue, Genting Highlands. Sambutan itu lebih dinanti kerana Samsung turut melancarkan peranti perdana terbaru, Galaxy S10, di Malaysia.
Seminggu kemudian, rakyat Malaysia masih dalam keterujaan untuk mendapatkan Galaxy S10. Di setiap roadshow Samsung di Kuala Lumpur, Pilau Pinang dan Johor Bahru, para pembeli berbaris di hadapan pintu booth Samsung daripada seawal pagi bagi mendapatkan Galaxy S10. Di hari pertama roadshow, banyak peminat menjadi pemilik Galaxy S10, juga membawa pulang Galaxy Watch Aktif dan Galaxy Bud yang bernilai sehingga RM1,079.
Sedikit tentang Galaxy S10, ia direka untuk mereka yang mahukan telefon pintar premium dengan prestasi yang berkuasa. Bagi pengguna yang mencari peranti supercharged, Galaxy S10 + mengambil setiap spek – daripada paparan, ke kamera, prestasi dan ke peringkat seterusnya. Galaxy S10e dibina untuk mereka yang mahukan semua keperluan premium dalam pakej padat pada skrin rata. Ia juga emaparkan paparan AMOLED Dynamic all-new, kamera generasi akan datang, selain menawarkan pengguna lebih banyak pilihan dan menetapkan standard baru untuk telefon pintar.
Pelancaran Samsung Galaxy S10 di Sky Avenue, Genting Highland
Galaxy S10+ Cinematic Infinity Display
Galaxy S10+ Wireless Powershare