Koleksi musim luruh ini melambangkan perayaan ikonografi Versace, manakala elemen gaya berbeza memberikan kesan berbilang dimensi di atas landasan pertunjukan.
Berikut saya senaraikan 12 yang outstanding dari koleksi yang baru dipertontonkan ini.
- Butiran permata hitam dan emas menghiasi tumit. Dipasangkan dengan inner renda hitam.
- Pink, satin, pumps berlilit seperti sangkar dengan butiran logam dipadankan dengan stoking merah terang.
- Menampilkan Barocco V, debut tas Versace Virtus di pertunjukan #MFW
4. Secara terperinci – sulaman, rantai dan unsur berkilau. Perhiasan yang menampilkan medalion Medusa, reben kristal dan botol mini minyak wangi.
- Tumpukan pada kasut: pumps Medusa dihiasi kristal dengan reben logam.
- Grunge, supermodel popular (lama dan baru), bondage, baroque, logam, rock ‘n’ roll, gaun petang yang anggun, seksi hip!
- Tweed dihiasi dengan pin keselamatan dan perkakas kunci Greek, dipadankan dengan perincian les, kulit atau bondage.
- Fabrik dalam warna berani, digayakan dalam stail layer identiti Versace.
- Jaket kulit hitam yang empuk yang dipadankan legging les dan skirt dihiasi pin keselamatan.
- Vittoria Ceretti memakai t-shirt #AvedonXVersace yang memaparkan imej kempen iklan Blonde 1995 yang dirakam oleh Richard Avedon.
- Beg #VersaceVirtus dikraf daripada kulit yang lembut dalam pelbagai warna dan kemasan, terdiri daripada yang smooth dan jahitan silang timbul huruf V.
- Adut Akech dalam gaun jingga kristal yang diperindah dengan medalion Medusa pada tali bahu.