GAYA HIDUPSANA-SINI

Kabinet Privé Meraikan Tahun Baru Cina & Valentine Dengan Majlis Makan Tengahari Bersama Tetamu Kelas Atasan

Di satu petang di Hotel St Regis Kuala Lumpur, Kabinet Privé mengadakan majlis makan tengahari meraikan Tahun Baru Cina dan Valentine bersama tetamu kelas atasan, termasuk jemputan khas Duli Yang Maha Mulia Sultanah Hajjah Kalsom, diiringi anakanda, Yang Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahad Muadzam Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah, dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib.

Dalam ucapan oleh pengasas dan CEO Kabinet Privé, Dato’ Sri Rozita Ramelan, antaranya berkongsi kisah di sebalik pembukaan perniagaan menjual tas tangan dan barang kemas mewah ini. Sebutnya, “Menurut penyelidikan, sejak 35 tahun yang lalu, beg Hermes Birkin telah menunjukkan pulangan melebihi 14 peratus setahun, berbanding saham 500 stok S&P iaitu kira-kira 12 peratus dan emas di bawah dua peratus setahun.”

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Sebelum ini Kabinet Privé beroperasi di The Elegance Club Bangsar, namun selepas itu berpindah ke The St Regis Boutique selain turut punya pejabat di Singapura dan Hong Kong.

Kini Kabinet Privé menjadi salah satu syarikat perkhidmatan concierge swasta yang paling bereputasi dalam industri barangan mewah. Pelanggannya datang dari lima benua, memerlukan pasukan mereka terbang ke merata pelusuk untuk menghantar barang yang dipesan klien termasuk ke negara seperti Rusia dan Nigeria.

Pada awal tahun ini, Kabinet Privé memperbaharui laman web kabinetprive.com bagi memberikan pelanggan global mereka pengalaman membeli-belah yang mewah, menarik dan selesa.

Acara ini dimeriahkan lagi dengan upacara yee sang yang turut disertai Yang Mulia Sultanah Hajjah Kalsom dan Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Mengintai Rumah Hobbit di Kota Bandung

admin

Kisah Di Musim PKP

admin

MAKANAN SUNNAH RASULULLAH YANG PATUT DIJADIKAN MAKANAN HARIAN 

adminwm

Leave a Comment