GAYA HIDUP

Hilton Garden Inn Jalan Tuanku Abdul Rahman South

[vc_row][vc_column][vc_column_text]Hilton Garden Inn telah mengadakan sesi sidang media mengumumkan pembukaan hotel ketiganya di Malaysia, Hilton Garden Inn Jalan Tuanku Abdul Rahman South.

Hotel ini terletak di Chow Kit, bersebelahan dengan Hilton Garden Inn Jalan Tuanku Abdul Rahman North yang pertama. Lokasinya strategik membolehkan tetamu mengunjungi pasar Chow Kit serta Bazaar Baru Chow Kit, menerokai kuil Sikh yang terbesar di rantau Asia Tenggara iaitu Kuil Gurdwara Sahib Tatt Khalsa di Jalan Raja Alang, tokong Taoist yang tertua di Kuala Lumpur, serta tempat beribadat yang tertua bagi warga Muslim di Kuala Lumpur, Masjid Jamek. Akses perjalanan juga mudah sekali kerana hanya mengambil masa kurang lima minit untuk ke Stesen Monorail Chow Kit.

267 bilik ditawarkan dan setiap satunya dilengkapi tilam SlumberlandTM yang sungguh empuk, pasti tetamunya tidur bermimpikan segala yang indah. Untuk memanjai diri tersedia set mandian eksklusif Crabtree & Evelyn. Dan lagi, biliknya dilengkapi televisyen berdefinisi tinggi bersaiz 40 inci.

Bukan itu saja, tetamu boleh menikmati bufet di Garden Grille yang dibuka sepanjang hari dan ketika malam, berhibur di bar atas bumbung ‘Rooftop 25’ menghirup koktel bersaksikan panorama malam Kuala Lumpur.[/vc_column_text][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8800″][thb_gap height=”40″][vc_column_text]Kata Jamie Mead, Pengurus Besar Serantau Hilton Malaysia, “Dari Hilton Garden Inn North, Hilton Garden Inn Puchong, hingga ke Hilton Garden Inn South yang ditubuhkan baru-baru ini, kami berbangga kerana dapat meneruskan usaha memperluaskan jenama kami di Malaysia.”

Hilton Garden Inn South merupakan sebahagian daripada Hilton Honors®, iaitu satu program kesetiaan tetamu yang memiliki anugerah antarabangsa di bawah namanya, juga merupakan sebuah program yang dirumus khas untuk 15 jenama hotel berlainan yang dimiliki oleh Hilton. Ahli Hilton Honors yang membuat tempahan akan memperoleh 1,000 mata bonus sebagai sebahagian daripada penawaran pembukaan ulung ini, dengan tempahan waktu penginapan maksimum selama lima malam. Untuk mendapatkan tawaran eksklusif ini, boleh membuat tempahan sehingga 31 Mac 2019, dan menginap pada bila-bila masa antara 21 Oktober 2018 sehingga 31 Mac 2019.

Untuk maklumat lanjut lawati hgi.com.[/vc_column_text][thb_gap height=”40″][/vc_column][/vc_row]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button