Memahami Jenis Kulit Dan Penjagaan Kulit
Saya keliru tentang jenis kulit dan penjagaan kulit saya. Kulit saya kelihatan berminyak walaupun sebelum tengahari tetapi selepas saya mencuci muka saya, ia terasa sangat tegang dan ini membuat saya sering memakai pelembap muka. Saya sukakan aktiviti luar seperti berenang dan aktiviti di pantai.
Semua orang di sekeliling saya memberikan jawapan yang berbeza-beza dan terlampau banyak cadangan sehinggakan saya takut untuk mencuba walaupun cara penjagaan kulit yang sangat mudah. Doktor Edmond, bolehkah anda beri penerangan profesional tentang perkara ini dalam bentuk yang paling ringkas agar saya dapat fahaminya dengan jelas dan teruskan dengan penjagaan kulit dan produk yang sesuai?
Zarina Baha, 23 ,Eksekutif Junior, Kuala Lumpur
Gambar hiasan
Cik Zarina,
Daripada apa yang dinyatakan, saya andaikan Cik Zarina mempunyai kulit kering dan/atau pencuci muka yang anda gunakan terlalu alkali. Bila kulit kita terlalu kering, kulit kita secara naturalnya akan mengeluarkan minyak berlebihan sebagai tambahan kepada minyak yang hilang. Oleh kerana itu kulit anda berasa berminyak dalam jangka waktu yang singkat.
Anda boleh cuba ujian seterusnya. Pertama cuba pastikan sekiranya anda mempunyai kulit jenis kering atau kombinasi. Untuk menguji, cuci muka dan tunggu 30 minit tanpa gunakan apa-apa penjagaan kulit. Jika kulit anda berminyak dalam masa 30 minit, ini tandanya kulit anda terlalu kering, lantas berlakunya pengeluaran minyak berlebihan. Kulit jenis kombinasi, biasanya akan rasa berminyak dalam jangka waktu yang jauh lebih lama.
Anda mungkin memerlukan pembersih yang lebih lembut atau pencuci pengimbang yang boleh mengatasi perubahan dan memenuhi keperluan kulit anda.
Anda boleh ikuti 4 langkah mudah ini dalam rutin penjagaan kulit anda:
Langkah 1: Pencuci
Cuci muka anda dua kali (pagi dan petang) setiap hari untuk menghalang pori-pori daripada tersumbat, kulit kusam dan jerawat. Mulakan dengan menyapu muka anda dengan air suam atau jika perlu anda boleh gunakan pencuci muka yang lembut sesuai kulit anda.
- Kulit berminyak dan muah jerawat – sesuai jenis pencuci cecair berbuih
- Kulit kering – sesuai pencuci jenis krim atau losyen
Langkah 2: Penyegar
Penyegar atau toner dicipta untuk mengimbangi pH kulit apabila ia menjadi terlau alkali kesan pengunaan pencuci yang kasar. Saya cadangkan guna jenis khas kulit anda dan bebas alkohol. Penyegar jenis beralkohol akan menambahkan lagi masalah kulit kering dengan menghilangkan minyak pelindung asli kulit.
Langkah 3: Pelembap
Ya, setiap orang memelukan pelembap, tidak kira anda berkulit kering ataupun berminyak
- Jenis berminyak atau mudah berjerawat – sesuai pelembap jenis gel
- Kulit kering – sesuai pelembab krim
Sekiranya anda menggunakan rawatan khas jerawat anda mungkin boleh elakkan menyapu bahagian tersebut supaya bahan aktif di dalam pelembap yang anda gunakan tidak mengganggu keberkesanan rawatan jerawat tersebut.
Langkah 4: Pelindung UV
Pelindung UV adalah langkah terakhir dalam rutin penjagaan harian anda untuk melindungi kulit anda daripada pendedahan kepada matahari yang menjadi punca utama penuaan foto. Saya syorkan pelindung UV yang berspektrum luas dengan kadar SPF 30 paling minima dalam bentuk kimia atau berformulasi galian kerana ia mampu melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB. Cuba gunakan produk yang bukan komedogenik kerana tidak akan menyumbat pori dan menggalakkan jerawat.
Adakah Pembedahan Bibir Selamat?
Saya mempunyai bibir yang sangat nipis. Saya sangat mencemburui wanita yang mempunyai bibir yang tebal dan penuh kerana mereka kelihatan lebih sempurna dan cantik terutamanya apabila mereka memakai warna gincu yang sesuai. Tetapi bagi saya, ianya sangat berbeza dan tidak ramai orang tahu tentang ini, bukan sahaja saya rasa kurang cantik dengan bibir saya yang nipis, ia juga membuat saya susah untuk memakai gincu dan pengilat bibir akan comot hingga di bahagian luar garis bibir dengan mudah terutamanya selepas makan ataupun minum.
Bukannya saya menginginkan bibir seperti Angelina Jolie, tetapi saya akan sangat berpuas hati jika saya memiliki bibir yang lebih tebal. Pada masa sama saya terdengar banyak perkara yang negatif tentang pembedahan bibir dan suntikan bibir.
Sebagai seorang yang pakar tentang perkara ini, bolehkah doktor berikan penerangan tentang pembedahan bibir dan suntikan bibir? Sila kongsikan apa yang boleh saya jangkakan dan perkara seperti mana satu yang lebih selamat, mana satu yang lebih berkesan dan apakah prosedur yang akan dan perlu saya hadapi.
Lyana Zahri, Ejen Insurans Senior, 32, Kuala Lumpur
Gambar hiasan
Cik Lyana,
Prosedur penebalan bibir untuk membuatnya mungil ialah prosedur kosmetik yang dapat memperbaiki penampilan bibir anda dengan menambah bentuk, struktur dan ketebalannya. Pada masa ini, suntikan dermal fillers merupakan kaedah yang digunakan secara meluas bagi prosedur penebalan bibir.
Suntikan dermal fillers terbahagi kepada dua; suntikan sementara dan kekal yang bergantung kepada tahap ketahanannya. Pilihan yang lebih selamat dan kerap digunakan ialah suntikan sementara seperti suntikan asid hyaluronik.
Kebaikan menggunakan kaedah suntikan asid hyaluronik termasuklah; pengawalan ukuran bibir yang lebih baik, kurang lebam dan bengkak, juga kurang ketulan dan benjolan yang disebabkan oleh pergerakan bibir, selain itu ia mudah sembuh dan potensi untuk mendapat tindak balas alahan juga rendah kerana suntikan asid hyaluronik diperbuat daripada bahan-bahan sama yang terdapat di dalam badan kita.
Sebelum prosedur dilaksanakan, ejen pengebas akan digunakan bagi mengurangkan ketidakselesaan pada bibir. Dalam beberapa situasi, suntikan penghalang saraf juga boleh diberikan sebelum rawatan untuk menjadikan bibir kebas keseluruhannya. Selepas menanda bahagian di bibir yang akan disuntik dengan penuh teliti, jarum yang sangat halus akan digunakan untuk menyuntik bahan-bahan ke dalam bibir. Selepas suntikan tersebut, ais boleh diletakkan pada permukaan bibir bagi mengurangkan ketidakselesaan dan bengkak pada bibir tersebut. Tetapi pastikan tiada tekanan yang kuat digunakan pada bahagian yang telah dirawat. Anda akan dapat melihat perubahan dengan segera.
Perlu diingatkan bahawa berkemungkinan akan adanya kesan sampingan dan risiko seperti bengkak, lebam, kesakitan, pengaktifan semula luka dan dalam kes yang lebih teruk, jangkitan, ulser, parut atau ketulan dan permukaan bibir yang tidak merata.
Pada kebiasaannya hasil rawatan akan bertahan selama enam ke lapan bulan sebelum anda harus melakukan suntikan semula.
Suntikan kekal dan separuh kekal, walaupun tinggi godaannya, tidak boleh dibuang selepas disuntik (sesuai dengan namanya, kekal) dan tiada banyak perubahan yang dapat dilakukan jika anda tidak suka pada hasil suntikan tersebut.
Semua produk ini disuntik dengan kaedah yang sama dan juga memberikan hasil yang sama.
Perkara yang paling penting ialah anda harus mencari doktor yang berkelayakan dan berpengalaman dalam memberikan suntikan dan anda percaya kepada mereka. Doktor anda boleh berbincang tentang kebaikan dan keburukan pilihan dalam prosedur penebalan bibir anda dan juga membantu anda membuat keputusan teknik dan produk mana satu yang paling sesuai dengan anda.
Penasihat kecantikan: Asst. Prof. Dr. Edmond Ng Siah Chye Pengarah Kesihatan http://xeoulclinic.com/
Jika anda ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan kecantikan, hantarkan soalan anda kepada Asst. Prof. Dr. Edmond Ng Siah Chye melalui email [email protected] atau melalui akaun media sosial MajalahWM seperti berikut:
Instagram: https://www.instagram.com/majalah.wm/ Facebook: https://www.facebook.com/Majalah.WM/
Pertanyaan/kemusykilan anda akan disiarkan dalam MajalahWM.com
Profile Asst. Prof. Dr. Edmond Ng Siah Chye, Pengarah Kesihatan Xeoul Clinic Asst. Prof. Dr. Edmond Ng Siah Chye adalah Pengarah Urusan juga merupakan Doktor Perubatan Aestatik di Xeoul Clinic. berkelulusan Ijazah Perubatan (MD) pada 2009 Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Perubatan Aestatik dan telah menjalani latihan ekstensif dengan menyertai kursus-kursus dan persidangan-persidangan di serata Malaysia juga di luar negara untuk melengkapkan pengetahuan tentang perkembangan teknik Perubatan Aestatik. Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Aestatik dan memperolehi Diploma dalam Perubatan Aestatik daripada American Academy of Aestatik Medicine pada tahun 2013 dan kemudian memperolehi Master of Science in Anti-aging, Regenerate Medicine and Medical Aestatik daripada Universiti UCSI pada 2015. Dr. Edmond juga banyak melibatkan diri dengan pelbagai bentuk kajian dan berkolaborasi dengan pelbagai institusi awam dan swasta. Beliau terkenal dengan sifat peramah dan sikapnya yang mudah didampingi selain mempunyai sikap klinikal berhemah dan berkemahiran tinggi. Dr Edmond kini adalah pakar dalam bidang Non-invasive Aestatik Medicine juga Minimally-invasive aestatic procedures. Beliau juga diiktiraf dalam Board Certified Aestatic Medical Pactitioner di Malaysia dengan Letter of Credentialing & Privileging (LCP).