Dato’ Shake Menjawab Tentang Cinta

Valentine ini kita mahu menyambutnya dengan orang tersayang. Kita mahu menghadiahkan sesuatu sebagai tanda sayang. Bukan budaya kita? Usahlah itu pula yang diperbesar-besarkan sehingga anda terpaksa melupakan hari bahagia ini. Membatalkan niat meraikannya lalu menghukum, “Oh tindakan orang kafir, kita orang Islam berdosa ikut serta.”

Saya faham, bukan mahu mendewa-dewakan adat dan perayaan yang tiada kait mengaitnya dengan Islam. Tidak juga berhajat memutar belitkan kepercayaan anda, sekadar bersukaria. Sementelah adanya satu hari dan sedunia menyambutnya, mengapa tidak ikut serta. Lagipun cuma sehari, dan mungkin dengan menyambutnya akan membuatkan cinta yang semakin layu terus mekar selamanya?

Jika betul tidak mahu menyambutnya, terpulang. Sebaliknya untuk kami di sini, dan meraikannya dengan mengheret superstar kebanggaan negara, Dato’ Shake yang berada nun jauh di Paris untuk menjawab persoalan cinta…

  1. Adakah anda percaya cinta mengubah anda?

No love don’t change me, you gets what you see.

  1. Apa faktor paling penting untuk memastikan cinta terus bersemi dalam sesebuah hubungan. I mean keeping love alive in a relationship?

Keyakinan.

  1. Satu perkara tentang cinta yang menakutkan anda?

Jarak.

  1. Makna cinta dalam lima perkataan?

Complicity -trust – understanding – tolerance –sex.

  1. Apakah perkara paling gila yang anda lakukan untuk cinta?

Ha ha ha! I will cross the oceans for love.

  1. Adakah anda rasa sebaik sahaja anda mencintai seseorang, anda akan sentiasa mengasihi mereka?

Cinta sejati tidak akan pudar, in good or bad time.

  1. Lagu cinta yang menggambarkan hubungan anda dengan isteri?

Rien n’est plus beau que l’amour” maksudnya Love Is a Many Splendor Things

  1. Apakah anda berasa tidak selamat jika orang yang dicintai pergi lama meninggalkan anda atas urusan kerjaya atau peribadi?

Absolutely safe, is all about trust in the person you love.

  1. Adakah anda akan meminta maaf kepada orang yang dicintai walaupun bukan kesalahan anda?

If is not my fault absolutely not! No way.

  1. Yang mana satu anda setuju dengan cinta? Cinta harus selalu merasa selesa atau harus merasa baru dan menarik?

Cinta mesti kena ada rasa selesa dengan itu ia akan jadi menarik.

  1. Dan sedikit tentang orang yang anda cintai. Terangkan dia dengan kata-kata anda sendiri?

Love at first sight, fun endless complicity. Datin memberi saya kasih sayang sebagai isteri, kawan, kakak, kekasih dan ibu kepada anak-anak kami.

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya 47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwn.com

FOLLOW US ON