GAYA HIDUPSIHAT

OGAWA Master Drive AI 2.0

Urut salah satu rawatan yang amat terkenal sejak berzaman untuk merelakskan badan dan menghilangkan stres. Rawatan ini selalunya disediakan di spa mewah atau kelab kesihatan termasyhur. Namun begitu, inovator kesihatan global, OGAWA Malaysia telah mengumumkan penemuan penting hasil penyelidikan mereka dengan kerjasama Universiti Malaya yang menerangkan bahawa kecekapan urutan boleh juga didapati dalam bentuk kerusi urut. Penilaian kecekapan terapi kerusi urut ini dilakukan dengan mengkaji potensi peningkatan peredaran darah dan kualiti tidur setelah menggunakan produk unggul OGAWA iaitu OGAWA Master Drive AI 2.0. 

OGAWA Malaysia dan Universiti Malaya menjalankan penyelidikan ini berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan individu ketika menggunakan produk unggul OGAWA, OGAWA Master Drive AI 2.0. Dengan penyediaan produk, idea, dan sokongan teknikal yang diperlukan untuk penyelidikan yang berjaya, kajian menunjukkan 100% peningkatan ketara dalam peredaran darah: pengedaran darah meningkat sebanyak 81.32% dengan menggunakan program OGAWA Master Drive AI 2.0 M.6 Deep Tissue, 100% para peserta mencatatkan peningkatan kualiti tidur dan kecekapan tidur sehingga 88.73% melalui program M.6 Sweet Dream. 

Datuk Lim Mee Ling, Pengarah Ekskutif merangkap CEO OGAWA Malaysia  menyerahkan projek penyelidikan OGAWA’s research project dengan Universiti Malaya di persidangan OGAWA Malaysia dengan Unit Penyelidikan Bersama Universiti Malaya.

Related posts

Spa Ceylon Ayuverda

admin

sooka Mempersembahkan Horrorscope Koleksi Filem Seram

admin

Bufet Timur Dan Barat Di Restoran Nook, Aloft KL Sentral

admin

Leave a Comment