FESYEN

Kolaborasi Unit LILIT. dan Farm Fresh

Sempena Aidilfitri LILIT. dan Farm Fresh menghulurkan 1,000 pek hadiah istimewa yang mengandungi sehelai kaftan rekaan khas dan pelbagai produk Farm Fresh yang berkhasiat, kepada wanita yang memerlukan agar semua dapat menyambut lebaran bersama. Tiada yang lebih bermakna buat LILIT. dan Farm Fresh selain peluang menghulurkan tangan dan menolong masyarakat pada saat-saat begini.

 

“Bila kami memutuskan untuk melancarkan kolaborasi untuk Aidilfitri, kami terfikir tentang apa makna Raya bagi kita semua. Kami semua bersetuju bahawa apa yang membuat Raya begitu istimewa bagi kebanyakan orang ialah makanan, baju raya, dan orang yang terdekat. Yang paling penting, kami ingin menghulurkan tangan dan meringankan beban kepada masyarakat, begitu juga dengan Farm Fresh. Dengan ini kami mendapat tema ‘Giving Eid’ (menghulurkan bantuan) untuk kolaborasi kami dengan mereka. Kami ingin mainkan peranan kami supaya orang ramai boleh bergembira pada Hari Raya,” kata Min Luna, Pengarah Kreatif, LILIT.

Koleksi LILIT. dan Farm Fresh menggunakan fabrik selesa yang direka dalam siluet moden, rekaan feminin dengan cetakan tersendiri yang diilhami daripada elemen Farm Fresh antaranya pagar kandang lembu, pokok kurma, baldi juga kotak susu. Koleksi ini boleh didapatkan di laman web https://www.fashionvalet.com/lilit, di FashionValet ataupun di butik LILIT. mulai 13 April 2021.

 

Related posts

TRIUMPH FLEX SMART

adminwm

Kaca Mata David Beckham Untuk Yang Mahukan Aura Lelaki British

admin

Terbaru di Rak Cole Haan: Sneaker GrandPro Rally

admin

Leave a Comment