FESYEN

LILIT. Tertangga Koleksi Raya 2021

LILIT. jenama daripada  kumpulan FashionValet akan membuka butik pertama terletak di KL East Mall. Sebagai jenama yang terkenal dalam dunia fesyen tempatan, LILIT. memberi sentuhan kontemporari kepada gaya fesyen sopan sejak kemunculannya pada 2018.

“Kami berterima kasih kepada pelanggan yang setia bersama kami sejak memulakan perniagaan pada bulan Mei 2018. Kasih sayang dan sokongan membolehkan kami mencapai mercu kejayaan ini dengan pembukaan butik fizikal. Dengan pelancaran ini, kami boleh menyediakan ruang untuk wanita menemui gaya tersendiri dan merasa yakin apabila memakai helaian LILIT.

 

 Ilham daripada sentuhan feminin dan dekor kontemporari minimalis, butik LILIT. membawa tema merah jambu pastel dengan dihiasi cermin besar bersama petikan-petikan kata yang memberi inspirasi di sekeliling stor. Setiap sudut stor di laman sosial, butik ini akan memaparkan instalasi seni tersendiri dan akan ditukar setiap enam (6) bulan. Untuk enam (6) bulan pertama, LILIT. memaparkan beg kertas LILIT. dengan ukuran sebesar manusia di dalam bilik persalinan untuk membolehkan pelanggan mengambil gambar,” kata Salamah Salleh, Pengurus Jenama, LILIT..

Khas Hari Raya LILIT. akan melancarkan ‘LILIT. Tetangga’ sebagai tema koleksi Raya 2021 mereka. Tema ini diilhamkan oleh gaya feminin dan klasik dengan sentuhan moden tetapi tetap mengekalkan keselesaan juga penggunaan warna-warna menawan – cara terbaik mengembalikan keceriaan Raya! Tahun ini, LILIT. mencedok inspirasi daripada mereka yang terdekat dan sentiasa berada di sekeliling semasa perayaan. Koleksi ini memberi tumpuan kepada personaliti jiran-jiran berlainan yang selalu menghidupkan suasana raya dan menjadikannya lebih bermakna.

Harga koleksi antara RM199 hingga ke RM299 dan boleh didapati di laman web https://www.fashionvalet.com/lilit, di FashionValet ataupun di butik LILIT., KL EAST MALL. Cawangan IOI CITY MALL, PUTRAJAYA akan dibuka pada 8 May 2021.

Related posts

Dinamis Aura Alia dan Scha – Bersatu Dalam koleksi Aidilfitri 2020

admin

Cartier: Into The Wild

adminwm

The Giant Olympia Bag

admin

Leave a Comment