FESYEN

‘Very Peri’ Warna Keramat 2022

Mungkin ramai tahu apakah trend dan warna untuk 2022. Beberapa warna seperti hijau yang pada sejarah warna dianggap ‘evergreen’ tidak pernah tercicir dalam senarai pilihan ‘Colour of the year’, adalah di antara warna terpilih tahun ini. Biru, oren, ungu dan kuning juga masih bertahta di hati masyarakat dunia dan para penggiat daya gaya.  Selain itu warna-warna neutral seperti hitam, putih dan kelabu, seperti selalu juga, terus diselitkan dalam senarai untuk tahun ini.

Warna tersebut dijangka terus mewarnai kehidupan manusia masa kini khususnya dunia fesyen dan gaya hidup. Dalam keadaan dunia yang serba suram dan tidak begitu meyakinkan, warna dikatakan bakal memainkan peranan besar dalam menyemarakkan semangat dan selfesteem si pemakai mahupun mereka yang melihatnya. Warna-warna terpilih inilah yang dikatakan bakal menyuntik kecerian dan semangat dalam kehidupan kita hari ini.

Persoalanya apakah rona atau nada yang menjadi trending? Is it apple or mint green? Tangy orange or milky orange? Jika biru, what kind of blue? Cerulean, turquoise or sky blue?

Terdapat beberapa info tentang warna-warna yang menarik diketengahkan tahun ini, dan paling menarik perhatian ialah Very Peri. Pantone Colour of the Year 2022 telah memilih PANTONE 17-3938 Very Peri sebagai the Queen of Colour untuk dunia bagi tahun ini.

Ia dikatakan telah terilham daripada biru dinamik bunga Periwinkle yang mempunyai seri rona biru kemerahan. Kononnya kesetiaan dan kelestarian biru yang dipinjam daripada semangat warna bunga tersebut dan disuntik aura keghairahan merah periwinkle menghasilkan satu gabungan kuasa tenaga yang luar biasa – Itulah aura yang dinanti-nanti seluruh dunia buat masa kini.

Begitulah diharapkan elemen dan ciri-ciri warna tersebut dapat mencetuskan semangat membara dan suasana ceria dalam tenang, harmoni lagi lestari. Isaac Newton dalam kajiannya tentang warna pernah menghasilkan penghujung ‘visible spectrum’ daripada tujuh warna-warna pelangi yang ditemuinya sebagai spectrum of visible light pada tahun 1962. Cahaya Violet seperti yang terdapat pada bunga periwinkle dikatakan mempunyai wavelength antara 380 dan 435 nano. Inilah yang menjadikan ia begitu istimewa.

Untuk dua tahun ini kebelakangan ini, perubahan iklim menjadikan musim lebih mengelirukan, dan varian Covid berterusan bermutasi, permulaan tahun menjadi kabur bagi masyarakat dunia dan penuh tanda tanya. khe start to the new year feels ominous – Sentiasa berasakan sesuatu yang buruk akan berlaku!

Lebih Banyak Tekstur Untuk 2022

Ramalan tekstur bagi pilihan 2022  dikatakan termasuk quilted, fuzzy, fabrik berkait, bulu dan manik serta mannequin berkilau dalam segenap produk gaya hidup. Ini bererti anda bakal melihat ciri-ciri ini pada setiap sudut kehidupan, daripada fesyen, barangan rumah seperti perabot hingga pada piring dan pinggan mangkuk.

Pakar fesyen dan stylist guru berpendapat walaupun kesan pandemik tidak memungkinkan masyarakat dunia untuk bergaya ke majlis mewah dan glamor seperti beberapa tahun sebelum pandemik dan memaksa ramai bekerja dari rumah, peluang untuk keluar dan bergaya ke pejabat atau sekadar minum dan makan di restoran sederhana sudah cukup untuk membuat orang teringin tampil bergaya.

Semarak fesyen adalah untuk mereka yang masih dahaga untuk bergaya walaupun sekadar berjumpa kawan lama di Starbucks; minum secawan kopi dan donut sambil bercerita kisah lama hingga makan masa tiga jam setelah sekian lama tidak bertemu. Nostalgia Is the name of the game.    

Sambil kita bergelut dan berusaha keluar daripada kemelut dunia yang ‘tercipta’ hasil pandemik, manusia membina new habits, lifestyles, and general mental well-being akan terus dipengaruhi oleh hal-hal seperti ingin mewarnai dinding rumah dalam warna yang di luar kebiasaan dan begitu juga dengan perabot, barangan rumah termasuk kereta dan tentu sahaja pakaian.

Bolder colours dan palette yang lebih cerah menjerit mengikut pakar cat pula akan menjadi pilihan masyarakat dunia untuk rumah mereka. Ini adalah pernyataan yang terpamer dan menjadi nyata, sama ada mereka sedar atau ia dilakukan di bawah sedar. In a word, color is back!

Menariknya ramai akan mempamerkan semangat dan naluri itu dengan memulainya dari kediaman dan deko dalaman yang mana ianya akan berlanjutan kepada barangan keperluan rumah tangga dan tentulah fesyen juga akan menjadi daya pencetus ilham dan semangat tersebut.

Andrea Magno, Pengarah Pembangunan Pemasaran Warna  di Benjamin Moore telah menyaksikan sendiri kedahagaan masyarakat untuk kehidupan ceria dan berwarna-warni. “We see consumers looking for their homes to not only bring them comfort, but happiness,” katanya. “Choosing the right paint color is where that all begins. It is subjective, expressive, and has the power to completely transform a space.”

Falsafah Warna

Fakta Menarik Warna Sekadar imbasan perkembangan warna sejak 2020, pada  2021, Pantone telah memilih “Classic Blue” sebagai ‘The colour of the year’ dan apabila dunia diselubungi oleh kesuraman dan kemurungan kesan pandemik pada 2020, Pantone telah menghasil dua warna iaitu “Ultimate Gray” and “Illuminating” sebagai pernyataan kepada semangat yang dirasai oleh masyarakat dunia ketika itu.

Ketika pemilihan warna tersebut dibuat, pakar warna Pantone telah mengambil kira segenap fakta termasuk perkembangan teknologi terkini, bahan, tekstur, dan kesan atau effects yang memberi impak kepada warna-warna tersebut. Antara fakta menarik untuk kita ketahui tentang idea dan aktiviti Pantone adalah kolaborasi dengan Microsoft untuk menghasilkan Very Peri Microsoft Paint bagi memudahkan pelanggan memilih sambil ketika mereka menggunakan alat dan perisian Microsoft.

Antara lain yang menarik juga di sebalik pemilihan dan kaji selidik Pantone ialah warna merah terkininya yang mereka panggil Period Red. Mengapa Period Red? Sebagai sebuah syarikat pendaftaran warna, Pantone telah memperkenalkan warna merah tersebut yang mereka dapati sesuatu yang pasti, kebiasaan dalam kehidupan manusia tetapi jarang sekali diketengahkan mahupun diperkatakan.

Anda mungkin menganggap ini satu strategi pemasaran ‘gila’ atau tidak masuk di akal namun hakikatnya sebahagian besar masyarakat dunia kreatif yang menerajui segenap sudut industri pembuatan, menerima dan menganggapnya, a brilliant idea. Dengan hanya memfokuskan perhatian kepada satu warna yang mampu mencetuskan tenaga dan dinamik, dunia seolah-olah kembali bergerak di paksinya.

Period red menurut Laurie Pressman lagi, “emboldens people who menstruate to feel proud of who they are.” Objektifnya ialah untuk mengajak masyarakat tanpa mengira gender supaya berasa selesa, terbuka dan spontan bila berbicara tentang hal yang dianggap fungsi semula jadi tubuh badan manusia yang mana ia juga mempunyai hubungkait dengan kelestarian genetik manusia. Apa pandangan anda? Beritahu kami.

Kenyataan Pantone bahawa mereka telah bergabung dengan sebuah syarikat Swedish yang menghasilkan produk wanita jenama Intimina, dan sama-sama menjalankan kempen kesedaran “Seen & Heard” daripada jenama dengan matlamat menjadi topik haid sebagai sesuatu yang penting dan sebahagian daripada kehidupan seharian manusia.

Related posts

SEMBANG FESYEN Bersama Dato’ Emma Ibrahim

admin

Zenith – DEFY Revival A3642

adminwm

Cole Haan Grand Ambition

admin

Leave a Comment