Tahun 2020 menandakan tahun tikus dan dalam kalendar Cina ia dilihat sebagai tanda kekayaan dan berlebihan (antara lain dalam rezeki dan kesihatan) dan tikus itu sendiri, dikaitkan dengan cawangan bumi mengikut astrologi Cina. Manakala dari segi yin dan yang, ia dianggap ‘yang’ yang mewakili permulaan hari baru.
Sungguh seronok membaca maksud di sebalik tahun tikus, banyak rezeki, banyak kesihatan, bermaksud makin banyak ‘ong’ kerana badan sihat boleh terus kuat bekerja dan berkarya.
Hotel Palace Of The Golden Horses mengambil peluang sempena tahun yang sungguh bermakna ini dan sempena perayaan Tahun Baru Cina pada 26 Januari nanti, dengan mengadakan promosi tarian singa dan acara yee sang, dihadiri oleh tetamu kehormat, Tan Sri Lee Kim Yew Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Country Heights Holding Berhad dan Datuk Rashidi Hasbullah, Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara.
Diadakan di pintu masuk utama, berlatar belakang kehijauan padang dan pepohon rimbun, juga di situ terletaknya kemegahan patung kuda emas (simbolik utama hotel ini) diadakan pertunjukan tarian singa dipersembahkan oleh sekumpulan anak muda dari Shaolin GC Showtime Academy. Bukan itu saja, anak muda dari kumpulan ini turut mempersembahkan seni bela diri kung fu dan kedua-dua persembahan (tarian singa dan kung fu) diiringi dengan pukulan gong, dram dan dentuman mercun yang mengikut kepercayaan Cina, bisa membawa banyak tuah.
Tetamu petang itu yang rata-ratanya dari kalangan media dan pengunjung seronok melayan mata dan begitu asyik menonton persembahan hebat dan sambil itu berselang seli menjamu teh berkualiti tinggi dari Jomoo Tea.
Untuk anda yang bercadang bercuti di Kuala Lumpur atau penduduk sekitar yang mencari tempat meraikan Tahun Baru Cina bersama keluarga atau mahu menghiburkan klien, saya cadangkan ke Palace Of The Golden Horses kerana persembahan-persembahan yang sebutkan di atas bukan berlangsung dihari acara saja, sebaliknya akan berterusan setiap hari pada jam 12 tengahari sehingga perayaan Chap Goh Meh pada 8 Februari nanti.