PERSONALITI

Temubual Bersama The Father of Palace Of The Golden Horses, Tan Sri Lee Kim Yew

Di pejabat, beliau adalah seorang yang berwawasan korporat, manakala di luar beliau begitu mudah didekati. Untuk seseorang yang menjauhkan diri dari tatapan glamor dan perhatian, saya terharu beliau sudi menjadi tetamu saya yang pertama dalam temubual singkat saya ini. Masih saya ingat sebaik habis menemubual, beliau berjabat tangan dengan setiap krew saya, sebelum beredar menaiki Bentley emasnya.

Mengetahui bukan senang bertemunya, saya mengambil peluang menemubual bagi mendengar pandangannya tentang hotel mewah kesayangannya ini, juga bertanyakan beberapa soalan tentang ekonomi dan tetamu (super) VVIP yang pernah menginap di hotel ini seperti Queen Elizabeth II dan Nelson Mandela, juga tentang cara beliau dan keluarga menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

Tonton temubual saya bersama Tan Sri Lee Kim Yew, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Country Heights Holding Berhad (Palace Of The Golden Horses) di bawah;

Mengikut pendapat Tan Sri, mengapa Palace Of The Golden Horses selayaknya menjadi hotel penginapan pilihan pelancong?

Di negara kita ada barisan hotel yang bagus-bagus tetapi saya berpendapat Palace Of The Golden Horses adalah yang terbaik sekali. Salah satunya kerana arkitektur yang unik. Hotel ini satu-satunya di Malaysia yang dibina di atas tanah seluas lebih 30 ekar. Tidak ada hotel di Malaysia yang dibina atas tanah seluas ini. Selain itu, ia sebuah resort yang cantik, terletak di tengah bandar dan ada sebuah tasik dengan pemandangan yang indah. 

Selain itu kerana sejarahnya. Hotel ini menjadi tuan rumah kepada acara-acara besar seperti APEC, OIC Summits, mesyuarat ASEAN Informal Summit. Pembesar dunia juga pernah menetap di sini seperti Queen Elizabeth, Nelson Mandela, Kofi Annan, dan HRH King Abdullah Abdul Aziz. 10 presiden negara Asia juga pernah menjadi tetamu POTGH antaranya seperti Presiden Korea, Presiden China dan Presiden Jepun.

[thb_gap height=”40″][thb_image image=”11657″][thb_gap height=”40″]

Adakah Tan Sri masih berhubung dengan mereka?

Mereka datang ke sini sebagai tetamu khas. Sudah tentu kami menyimpan data mereka. Di hotel lain, jika sesebuah bilik itu pernah didiami oleh pembesar negara atau orang penting, bilik tersebut akan dikosongkan, sebaliknya di sini pengunjung berpeluang menginap di bilik yang sama pernah didiami Ratu Elizabeth atau Nelson Mandela contohnya. Ini satu ‘novelty’ yang ramai orang tercari-cari.

Berkenaan keadaan ekonomi semasa, adakah ia mengganggu perniagaan hotel Tan Sri?

Ramai bercakap tentang kemerosotan ekonomi. Saya seorang yang optimistik. Jika badan kerajaan dan swasta bekerjasama engruskan hal ini, keadaan ini pasti dapat ditukar dengan cepat. Mata wang Malaysia sangat murah. Bayangkan, sebelum ini orang Singapura datang ke sini mereka menukar 1SD dengan RM2 tetapi sekarang 1SD bersamaan RM3. Sebelum ini pula, 1USD bersamaan RM2.50 dan kemudian datang krisis kewangan Asia menjadi RM4.40. Sekarang, 1USD menjadi RM4.20. Bermaksud mata wang Malaysia sangat rendah jadi ramai pelancong asing mahu datang ke sini kerana sangat berbaloi untuk mereka berbelanja di sini. Jika tidak tahu menguruskan situasi ini bermaksud negara kita dikendalikan orang yang tidak pandai, sebaliknya saya rasa negara kita dikemudi orang yang pandai-pandai belaka. Saya mencadangkan agar kerajaan bekerjasama dengan sektor swasta dalam mempromosi sektor pelancongan tempatan. Saya mahu cadangkan, memandangkan mata wang kita yang rendah, bagus untuk pengusaha hotel sub quoting bilik dalam nilai USD. Bayangkan, RM200 bersamaan 50USD, dan untuk nilai sebegitu pelancong dapat tinggal di hotel mewah seperti ini. Jadi pelancong luar melihat faktor ini sebagai sesuatu yang sangat menguntungkan.

Ada perancangan tertentu melibatkan Tahun Melawat Malaysia 2020?

Sudah tentunya. Sebagai contoh seperti yang berlangsung hari ini. Orang luar dan rakyat tempatan sendiri biasa mendengar tentang tarian singa akrobatik tetapi tidak pernah menontonnya. Jadi sempena Tahun Baru Cina, POTGH mengadakan persembahan tarian singa akrobatik yang diadakan pada jam 12 tengahari pada setiap hari sehingga tiba Chap Goh Mei nanti. Tidak ada hotel mahupun badan pelancongan yang pernah melakukannya. Hanya POTGH yang merupakan sebuah syarikat swasta yang melakukan acara istimewa seperti ini. Selain itu kami juga akan adakan pertunjukan orkid sekitar November nanti dan akan membina taman orkid yang besar untuk tatapan pengunjung.

Bagaimana Tan Sri dan keluarga meraikan Tahun Baru Cina kali ini? Adakah akan mengadakan parti besar-besaran?

Masyarakat Cina menyambut Tahun Baru Cina mengikut tradisi. Hari pertama adalah reunion bersama keluarga, manakala hari kedua berkumpul bersama saudara mara dan rakan-rakan rapat. Dan kami akan meluangkan masa juga dengan saudara mara dan kawan-kawan sehingga Chap Goh Mei nanti. Begini cara saya menyambutnya setiap tahun.

Terima kasih Tan Sri Lee kerana sudi meluangkan masa untuk ditemuramah.

Sama-sama dan Selamat Tahun Baru Cina.

[thb_gap height=”40″][thb_image image=”11658″][thb_gap height=”100″]

Related posts

Apabila kehidupan mencabar anda – katakan, ya

adminwm

Inilah Syeba Yip

admin

DI SEBALIK SENYUMAN MANIS

admin

Leave a Comment