PERSONALITI

An Interview With The Unapologetic Khairul Yoi

I would like to call him as a trendsetter – someone who dominates the attention on social media, with his special brand of assignments…

Semenjak beberapa tahun ini dia lantang menegur dan menempelak pengusaha produk timbang kilo. Di page miliknya banyak post tentang barisan produk overclaim, bukti terkandungnya barang terlarang dalam produk kecantikan dan kesihatan tempatan, juga pengguna yang merana kerana mengamalkannya.

Tiada yang mudah dengan kerjanya itu; perlukan kepandaian, ketelitian, perlu rajin menyelidik, merujuk pakar perubatan dan Kementerian Kesihatan. Selain itu yang kita terlepas pandang, perlukan guts and confidence. Setiap post, walau beribu yang menyokong, ada terselit ugutan menculik, mahu mendakwa juga ada yang mahu menyantau. Oh, part menyantau itu buat saya urut dada. Aduhai minta-mintalah semua Mak Esah ‘bolayan’ musuh-musuh Yoi.

Okey cukup tentang itu atau nanti saya dihembus sekali. “An Interview With The Unapologetic…” saya menggunakan tajuk ini kerana dia sememangnya unapologetic – seperti yang kita baca di setiap post-nya, dan mencari gambar yang bersesuaian, saya terjumpa gambar di atas – lelaki memakai crown cukup menerangkan maksud siapa dirinya (sudah diberi gambar peribadi tetapi saya tak mahu guna, namun saya boleh mengesahkan – he’s a fine-looking specimen)

Temubual dengan Yoi mengingatkan saya akan tugasan sebelum ini. Saya pernah menemubual ramai yang best dan popular. Antaranya Ziana Zain dengan tajuk “The Confession of A Diva” Shahida Dherbs dengan “Datin Sri Nur Shahida Spoke Straight From Her Heart… With An Honesty So Rare,” dan yang ini juga saya banggakan – kerana bukan senang nak approach.

Cukup pengenalan saya kerana sudah sampai masa untuk Khairul Yoi pula bercerita….

1) Siapa Khairul Yoi?

Menjadi Khairul Yoi (KY) ada dua kemungkinan; sama ada pelingkup periuk nasi Melayu atau pembanteras produk sampah. Terpulang kau di pihak yang mana. Kalau berpihak pada produk sampah, KY adalah manusia dengki, pemusnah rezeki, pelingkup periuk nasi orang, agenda illuminati, freemanson dan macam-macam lagi gelaran negatif yang diberi sesetengah orang. Kalau kau berpihak kepada pengguna, KY adalah figura “penyelamat” pengguna daripada kena kencing dengan founders kaki penipu, juga satu figura handsome, kaya, beriman yang membawa imej “abah-abah” sebab banyak membebel. Tetapi biasanya aku membebel sebab sayang. Hanya dalam post saja aku maki hamun, cuba private message, mana pernah aku maki sesuka hati.

2) Kenapa tidak berkongsi gambar sebenar di media sosial? Adakah punya kaitan dengan confidence atau self-esteem?

Aku ada risiko besar nak kena hadap bila buat kerja ‘jentik’ bisnes juta-juta, jadi satu priority untuk aku melindungi diri aku. Followers akaun peribadi lama aku pernah je tengok muka aku. Let’s be real, jadi KY bukan kerja mudah. “Melingkupkan bisnes sampah” puts me in danger. Bukannya tak ada pengasas produk atau orang mereka yang nak santau, saman, ugut nak culik, pukul, yada yada yada ni. Nanti kalau aku mampus siapa lagi nak membebel pasal produk sampah? Makwe pun ramai rindu aku nanti. Yang pernah offer 21 ribu untuk orang cari aku pun ada. Di situ boleh nampak dia tidak matang dan merosakkan lagi nama baik sendiri dan founders. Pengguna memerhati. Honestly itulah yang paling kelakar. Dia ingat negara kita tak ada undang-undang? Dan orang yang offer tu rupanya sekarang sudah jadi duta produk kurus. Jadi tidak hairan kalau dia cuba nak benamkan aku supaya tak kacau produk dia. Obviously that’s the solid reason. Secara ringkasnya, kalau aku tak lindungi diri aku sendiri, aku takkan dapat lindungi pengguna. Safety first. Aku tak ada masa untuk naik turun mahkamah, banyak benda nak kena buat selain melayan perangai founders yang kebudak-budakan, yang menggelupur lepas kena jentik ni. Tetapi tidak semua. Ada founders yang sambut baik walupun produk mereka kena londeh, mereka komen baik-baik dan perbaiki kualiti produk. Mereka tak melenting. Inilah ciri-ciri founders yang bagus, yang betul-betul nak buat produk berkualiti, bukan nak rembat duit pengguna semata. Yang melenting ini biasanya bila aku mintak bukti ujian makmal dan sebagainya, tak mampu pun nak bagi. Habis tu kau melenting kenapa? Bagi sajalah bukti, ramai orang boleh tengok. Tak perlu nak tunggu aku post gambar muka aku baru founders nak tunjukkan ujian makmal itu semua.

3) Bagaimana tergerak mahu mendedahkan produk timbang kilo?

Tak tergerak sangat pun. Kebetulan sebenarnya. Disebabkan followers aku yang sudah sedia ramai masa tu, thing goes viral. Post pertama aku pasal cara nak kenal produk timbang kilo dapat 25 ribu perkongsian di Facebook, membawa ke Twitter, Instagram dan majalah, daripada situ timbul kesedaran kepada pengguna dan secara tidak langsung aku dijadikan rujukan untuk kenali produk sampah. Dan hasil daripada kesedaran pengguna masa tu, banyak bisnes sampah makin melingkup. Aku pun geram juga sebenarnya, punyalah bodoh rakyat Malaysia ni. Produk yang berkali-kali kena banned dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pun masih mereka percaya lagi. Kalau sekali kena tipu tak mengapa. Ini berkali-kali. Bukan tak ada aktivis lain yang bongkar penipuan pengasas produk sampah; kita ada PW Community, PQ Community, ahli farmasi seperti Siti Awe dan para doktor antaranya. Kami siap tunjukkan bukti. Tetapi mindset “Melayu kena tolong Melayu” ni memang susah nak ubah. Entah sampai bila mereka nak sedar yang sebenarnya banyak founders Melayu yang menjahanamkan Melayu. Bila muka rosak, buah pinggang rosak, founders lepas tangan. Jawapan dia orang mudah, “Pengguna beli produk fake.Founders tak akan tolong pun Melayu yang beli produk dia orang ni.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8690″]
Post dari Facebook Khairul Yoi
[thb_gap height=”40″]
4) Ketika di peringkat awal, tanpa jumlah pengikut yang tinggi seperti sekarang, bagaimana anda meyakinkan orang ramai tentang bahaya penggunaan produk seperti ini, dan bagaimana mereka mulai percaya terhadap anda?

Peringkat awal dulu aku bukan pembanteras produk sampah. Aku mula viral selepas aku buat kenyataan fasal orang kaya pergi gimnasium, anak orang miskin makan biskut sambil membawang. Ramai yang follow sebab nak kecam aku. Hahaha. Lama-kelamaan mereka tahu, aku memang jenis bergurau kasar. Kebetulan statement itu juga sekadar gurauan dengan kawan-kawan aku. Tetapi ada admin dari beberapa page lain ambil serius dan menyebarkan post aku. Aku terpopular tanpa sengaja dan pengikut aku meningkat. Aku sudah ada crowd sendiri yang sudah boleh faham perangai aku yang cakap lepas ni.

Dipendekkan cerita, aku dapat lebih banyak followers lepas aku start post fasal informasi deep web. Masa tu pengikut aku sudah mencecah 60 ribu. Tetapi bukan senang nak bawa satu watak yang boleh tarik minat orang untuk follow. Kadang kita kena jadi kelakar, kena trendy, penulisan kena santai supaya orang tak bosan membacanya. Untuk bagi awareness bukannya mudah, macam yang kau sedia maklum, cara aku kasar dan straight forward, tetapi selagi awareness itu sampai kepada pengguna, pandai-pandailah dia orang ikut yang mana patut. Semua sudah besar dan matang, yang baik jadikan pedoman, yang buruk jadikan sempadan. Dan aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada followers aku skuad pengguna bijak, tanpa mereka mungkin ramai lagi orang yang tidak alert dan tak ada kesedaran tentang produk sampah. Terima kasih juga sebab dengan bantuan mereka inilah, Khairul Yoi dapat bertahan walaupun sudah banyak page yang aku tubuhkan kena report dan di-unpublished oleh Facebook, tetapi sokongan mereka tak pernah terhenti.

5) Apakah yang membuatkan orang kita mudah percaya dengan produk seperti ini?

1 – Beauty standard. Kalau di Korea beauty standard wajahnya kena v shape, mata bulat, berkaki panjang, sampai mereka sanggup lakukan pembedahan plastik untuk dapatkan semua itu. Di Malaysia pengasas produk tetapkan satu beauty standard dengan fear mongering yang mana kulit gelap adalah hodoh, gemuk itu hodoh, hingga masyarakat terbawa-bawa dengan beauty standard ini. Sampaikan mak-mak yang mengandung pun terkinja-kinja nak putihkan anak yang masih belum lahir. Model-model iklan pula dari kalangan artis atau orang yang sudah sedia cantik, kemudian dijanjikan keberkesanan dalam masa yang singkat. Kata-kata manis ditabur. Siapa yang tidak suka dengar benda seperti ini. Ramai sangat yang singkat akal, masih percaya perkataan “founder” merujuk kepada orang yang tinggi ilmu hingga membolehkan dia buat formula produk itu dan ini. Padahal ramai tertipu sebab kebanyakannya cuma beli produk dari Siam, packing dan jual. Tak ada RND. Atau cara lain, mereka guna khidmat kilang Original Equipment Manufacturer (OEM). Isinya masih produk yang sama, hanya founder dan nama produk saja yang berbeza.

2- Kurang pendedahan. Banyak yang membeli kerana kurang pendedahan tentang produk sampah, biasanya mak cik dan pak cik orang kampung yang tidak terikat dengan media sosial. Kumpulan ini paling senang ditipu. Tambahan lagi, orang tua selalu jadi mangsa produk scam kesihatan seperti jus sunah, teh merawat kanser, kopi herba yang entah apa kandungan di dalamnya, mereka ini senang dimomokkan dengan keburukan ubat hospital. Jadi mereka lebih percayakan scammer untuk sembuhkan penyakit. Bila sakit semakin teruk, founders cabut lari. Akhirnya ubat hospital jugak yang dicari.

3- Obsesi. Macam yang kita tahu, sekarang banyak artis dan public figure mengeluarkan produk sendiri. Produk kurus, produk kecantikan dan produk pemutih antara lain. Mereka ada peminat dan pengikut yang ramai. Dan ada peminat yang obses tidak kena tempat. Banyak artis yang terang-terangan tunjuk mereka pergi klinik aesthetic untuk mencantikkan kulit. Ada artis yang menjadi duta produk merapu. Secara tidak langsung, pengikut mereka turut terbeli produk-produk ini. Ada juga pengasas produk dari kalangan transgender yang kita sedia tahu badan mereka fake dari atas sampai ke bawah. Mereka mengasaskan produk kecantikan, sedangkan mereka sendiri pergi luar negara buat surgery sebab nak cantik. Itu pun pengguna masih beli produk dia orang. Betapa kroniknya pemikiran pengguna Malaysia sekarang. Aku nak mereka nampak betapa mudahnya mereka ditipu.

6) Antara berita kesan negatif akibat penggunaan produk kecantikan, kesihatan atau pemakanan, mana satu paling mengejutkan anda?

1 – Tentang penggunaan jamu yang entah apa-apa. Bukan satu bukan dua, sebaliknya banyak keluar kes jamu yang membaraikan kesihatan pengguna. Ini antara kes yang banyak mendapat aduan. Paling aku terkesan, ada pengguna jamu yang ovari dia kena buang sebab dah rosak. Yang founder-nya masih boleh lagi muat naik video menonggeng dan melucah macam orang hilang pedoman. Sikit pun dia tidak kisah, janji duit masuk. Lagi satu kes jamu sumbat; salah seorang pengguna vaginanya tertutup rapat dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Biasanya mereka yang menderita kesan seperti ini takut untuk tampil dan ambil tindakan kepada founder. Salah satunya kerana mereka sendiri pun tak ada duit. Silap hari bulan pengasas produk yang saman dia orang. Nampak tak macam mana founders gunakan duit pengguna, untuk ugut pengguna balik? Tetapi tak semua nampak. Tak mengapa perlahan-lahan kita bagi masyarakat sedar.

2 – Kes ubat kurus. Ada yang sampai meninggal. Ya, ini kenyataan. Meninggal sama ada sebab overdose, atau komplikasi kesihatan sebab ada bahan terlarang yang terkandung dalam produk. Founders seperti biasa bagi alasan pengguna salah amal, atau pengguna beli produk fake. Aku tak faham kenapa ada manusia yang sanggup bayar duit untuk mati dan bayar duit untuk baraikan kesihatan diri. Pelik. Bila kesihatan sudah barai, masih lagi kena bayar duit untuk sihat semula. Sebenarnya apa yang kau orang perlukan bukan ubat kurus, juga bukan produk kecantikan, cuma perlukan otak dan gunakan sebaiknya.

3 – Kes baru-baru ini fasal breast filler. Breast bernanah sebab alatan tak disteril dengan baik. Yang merawatnya pun beautician tidak bertauliah. Buat sebab ikut kawan, akhirnya makan diri. Buah dada mangsa terpaksa dibuang, dan otot di bahagian itu pun sudah rosak. Kata pengadu tersebut, doktor akan gantikan dengan otot perut jadi dia tidak boleh mengandung dan menyusukan anak. Benda ni terkadang buat aku fikir, kalaulah… kalaulah mangsa-mangsa ini tahu lebih awal yang produk tersebut berbahaya mungkin masalah macam ini tidak terjadi. Anyway, better late than never.  Alhamdulillah sekarang banyak yang sudah buka mata, pengasas produk sampah pun makin tergugat dengan kuasa pengguna.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8691″]
Post dari Facebook Khairul Yoi
[thb_gap height=”40″]
7) Banyak selebriti yang mengeluarkan produk kecantikan/kesihatan sendiri. Adakah di antara mereka yang mengeluarkan produk yang bagus?

Memang banyak yang buat produk sendiri. Selebriti-selebriti ini sebelumnya tidak segan silu berkongsi tentang treatment mahal yang mereka lakukan di klinik aesthetic. Ada yang ambil whitening injection dan sebagainya. Kulit sudah lawa dan tiba-tiba keluarkan produk, dan claim kecantikan mereka kerana makan produk yang mereka perkenalkan. Tiada salahnya jika buat produk berkualiti. Tetapi bila menipu pengguna, itu yang kita tak boleh terima. Dan ada yang berdiet setengah mati, hari-hari pergi gimnasium, kemudian satu hari keluarkan produk kurus dan beritahu yang dia kurus hasil mengamalkan produk sendiri. This is bullshit. Biasanya yang tidak berapa cerdik yang kena tipu. Yang cerdik dia boleh fikir secara rasional dan tak akan beli. Ada juga produk selebriti yang bagus. SimplySiti contohnya, produk yang berkualiti, ada RND, ada notifikasi KKM dan ada lab test antaranya. Produk seperti ini yang sepatutnya kita support, bukan produk sampah yang datang dari kilang OEM entah apa-apa. Aku harap lepas ni pengguna lebih berhati-hati memilih produk.

8) Anda secara langsung mendapat sokongan daripada beberapa doktor antaranya Dr. Rafidah, Dr. Che Puteh dan Dr. Rusyainie. Adakah sokongan daripada orang seperti ini memberi keyakinan untuk anda berterusan berkongsi maklumat tentang isu produk timbang kilo?

Jatuh bangun satu benda biasa dalam berjuang. Dengan sokongan daripada skuad pengguna bijak, para ilmuan dan tenaga profesional seperti nama di atas, sekurang-kurangnya aku tahu aku tidak buat benda yang salah untuk buka mata pengguna. Aku juga selalu merujuk pada mereka untuk mendapatkan nasihat dan pandangan sebelum aku muat naik post tentang produk, sebab aku mahu pastikan informasi yang aku bagi adalah sahih. Actually this is what we need. Kami perlukan sokongan daripada tenaga profesional untuk sama berganding bahu menyingkirkan produk sampah. Skuad pengguna bijak menyokong kuat usaha para doktor dalam membuka mata pengguna. Alhamdulillah Dr. Rafidah ada menguar-uarkan tentang kerjasama dengan seorang peguam yang akan membantu pengguna mendapatkan keadilan jika tertipu dengan penjual dan pengasas produk overclaim. Nampaknya ada juga usaha untuk membantu pengguna yang teraniaya. Seperti yang kita tahu selalunya pengasas saja yang nak saman pengguna bila bagi maklum balas negatif tentang produk mereka, kali ini pengguna sudah ada peguam yang sudi membantu. Harapnya dengan bantuan peguam ini lebih ramai pengguna berani tampil membela nasib mereka yang teraniaya. Aktivis seperti aku, Noel Faizal, PW Community dan PQ Community antaranya, bukan kami nak bersaing siapa hebat atau siapa boleh lawan doktor. Tidak. Sebaliknya kami buat kerana mahu membantu doktor. Penat, selepas berkali-kali mereka membebel pada netizen, masih ada ramai lagi yang terjebak dengan produk sampah. Sebagai doktor, mereka kena jaga etika; penggunaan bahasa kena jaga. Untuk aktivis macam kami, boleh hentam saja, lantaklah orang nak terasa atau apa. Dah doktor bagi nasihat baik-baik, kau buat pekak. Kena hamun dua tiga das baru otak jalan sikit. Memang ramai haters yang gunakan stail aku menulis untuk attack aku. Tetapi stail bahasa aku tak ada kena mengena dengan informasi yang aku bagi. Kau ada otak dan ada akal, yang baik kau ambil, yang tak elok kau tak payah ambil. As simple as that.

9) Apakah pandangan anda tentang founder produk timbang kilo yang diberi award oleh majalah terkenal seperti Nona

Ramai doktor memberi teguran pada majalah itu kerana bagi award kepada seorang founder yang miliki banyak reputasi buruk dalam bisnes. Dengan marketing murahan yang asyik menyebut seks, fear mongering yang bukan-bukan yang boleh menjatuhkan maruah wanita, produk Hanni Borhan pun pernah kena serbu dengan KKM kerana ada kandungan bahan terlarang. Page rasmi Nona kena serang dengan netizen. Sepatutnya anugerah seperti wanita hebat diberi kepada yang layak, yang tidak perlu melakukan marketing dengan menyebut perihal dalam kain untuk melariskan jualan. Nona tersilap langkah. Dr. Rafidah pun ada menegur mereka tentang hal ini. Harapnya selepas ini media memainkan peranan penting untuk sama-sama membanteras produk sampah.

10) Apakah yang boleh berlaku dengan kuasa pengguna?

Jangan pandang rendah dengan kuasa pengguna. Salah satunya macam yang kau tengok, produk Tati. Ianya tetap diboikot oleh pengguna walaupun mereka mendakwa telah difitnah dan menang satu kes saman fitnah. Tahun lalu banyak founders yang mengalami sales drop kerana pembeli produk sampah sudah berkurangan. Itu baru satu. Ada lagi yang pengguna buat untuk jatuhkan bisnes-bisnes sampah ini. Salah satunya illegal whitening injection. Dengan kuasa pengguna, Mieyra Dirgas dikenakan tindakan oleh KKM selepas pengguna membuat aduan kepada KKM tentang servis yang dia buat. Tahun lalu, kami berjaya buat KKM serbu salon milik seorang usahawan kontroversi sebab menawarkan servis suntikan vitamin C yang berbahaya.

Sekarang kuasa pengguna makin kuat. Banyak founders sudah tidak berani pijak kepala dan menipu pengguna. Pengguna sudah bijak membaca label pada bekas produk, sudah banyak input dan informasi tentang produk berbahaya, jadi mereka kini pandai memilih produk. Walaupun masih ada lagi yang degil nak sokong founders sampah, tetapi skuad pengguna bijak makin hari makin meningkat jumlahnya. Kita sudah luaskan kuasa pengguna sampai ke Borneo, Brunei, Indonesia dan Singapura. Banyak pengguna dari lokasi ini turut serta dalam menyampaikan berita tentang produk berbahaya.

11) Apakah yang membuatkan anda tertarik dengan founders produk timbang kilo dan produk yang mereka keluarkan?

Dia orang ni sebenarnya kelakar, apabila kantoi produk ada bahan terlarang oleh KKM, kita semua tahu mereka cuma akan dapatkan notifikasi baru dari KKM sahaja. Isinya tetap sama, sampah. And they pretend like we don’t know. Lepas tu, isi di dalam pun semuanya sama, sama ada krim kunyit, krim siang, krim malam atau krim treatment. Kita sudah boleh hafal tindak tanduk mereka. Begitu juga warna setiap krim; balik-balik kuning, asyik-asyik hijau muda, putih dan bau wangi, melekit dan diisi dalam bekas kecil yang nampak murahan. Kemudian apabila muka pengguna barai, mereka beri alasan sama dan ulang guna alasan itu berpuluh kali; fake, fake, fake. Kalau tidak pun, kata mereka pengguna pakai dengan cara yang salah atau beli dengan agen yang tidak sah. Itu sajalah modal founders sampah ini. Skrip mereka sudah ada dalam poket pengguna. Kemudian try hard nak tunjuk kaya di media sosial; tangkap gambar depan kereta mewah, rumah mewah, bercuti di Eropah, bila buat umrah tayang gambar di Makkah sambil ber-posing promote produk. Seriously dia orang punya otak macam semua pernah duduk satu table bincang jawapan sama-sama, bincang plan marketing sama-sama, plan macam mana nak kenakan pengguna. Kelakar kot. Siapa yang beli? Yang bodoh la beli.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8696″]
Post dari Facebook Khairul Yoi
[thb_gap height=”40″]
12) Anda pernah diganggu orang tertentu kerana pendedahan yang anda lakukan. Boleh kongsikan tentang ini?

Sebenarnya hari-hari aku dapat gangguan. Ramai yang meroyan di inbox page aku. Bila aku ajak sembang berkenaan produk, senyap. Sebagai contoh baru-baru ini ada satu agen produk kecantikan milik instafamous hantar mesej ajak sembang pasal produk dia sibuk nak ajak face to face padahal boleh saja bercerita di ruang media sosial, modalnya cuma kena taip saja untuk orang ramai baca. Bila dia tak puas hati, dia ajak penjual-penjual di bawah akaun dia untuk report page aku. Sudah banyak kali page aku kena unpublished oleh Facebook tetapi aku dapat sokongan kuat daripada pengguna, bila aku buat page baru dalam masa sehari sudah boleh dapat 20 ribu pengikut. Itu tandanya pengguna craving for informations and knowledge. Kenapa mereka perlu takut sampai nak kena report page aku? Sebab mereka tahu pengguna makin bijak, jadi sudah tidak boleh cari jalan untuk tipu pengguna. Ugutan dan makian sudah menjadi makanan harian. Tetapi biasanya yang di kalangan haters aku ni, kalau bukan pengasas atau penjual, mesti pengguna produk sampah. Antara tiga itu sajalah.

13) Bagaimana interaksi anda dengan mereka?

Biasanya kalau dengan founders produk timbang kilo memang aku tak bagi muka. Aku tak suka, benci, dingin, melainkan mereka ada usaha untuk memperbaiki kualiti produk. Selalunya memang aku baran dengan dia orang kerana banyak merosakkan pengguna. Setiap hari ada saja yang mengadu muka rosak, kesihatan terganggu, itu rosak, ini rosak. Ada juga haters yang dulu benci sangat dengan aku, sekali muka dah rosak baru dia cari aku dan percaya cakap aku. Masa aku warning sebelum ni dia buat pekak. Setakat ini kalau pengasas produk hantar mesej peribadi untuk bercakap tentang produk, tak pernah pun aku maki hamun. Aku sambut baik kalau niat dia baik. Tetapi kebanyakan yang mesej aku adalah yang keluarkan produk bagus-bagus. Mereka tunjuk bukti produk masing-masing yang menepati piawaian yang skuad pengguna bijak tentukan. Aku tidaklah kejam sangat. Kalau produk kau bagus, aku dengan senang hati tolong promote. Yang cakap aku pukul rata tu biasanya puak sampah yang produk dia pernah kena londeh. Yang dah lama follow aku mesti tahu banyak produk lokal yang berkualiti aku pernah promote. Jangan hanya menyokong tanpa selidik asal usul produk. Sekarang maklumat di hujung jari. Boleh semak produk mana bermasalah, yang mana ada reputasi buruk dan sebagainya. Jangan menyokong membabi buta.

14) Dengan lebih 200 ribu pengikut di Facebook, pasti ada juga yang menghantar mesej peribadi mahu berkawan dan sebagainya. Bagaimana mahu tahu tujuan mereka, adakah benar ikhlas ingin berkawan atau siapa tahu mungkin ada yang menjadi spy kepada founders tertentu?

Biasanya untuk yang hantar mesej, aku akan reply yang muka lawa dulu. Hahaha. Gurau je. Dalam sehari aku dapat beratus mesej. Kadang kalau yang tanya produk itu ini okey atau tidak, aku abaikan saja, sebab aku dah pernah kongsikan guidelines macam mana nak kenal produk sampah di page aku. Takkan semua nak kena suap? Jadilah bijak sikit, tengok balik guidelines yang pernah diberi dulu. Check laman web KKM, baca ulasan produk dan sebagainya. Maklumat ada saja di hujung jari, hanya tinggal rajin atau tidak. Kalau aku dapat mesej selain daripada pertanyaan berkaitan produk, contohnya ada yang tanya tentang scam kesihatan, servis haram, aku akan ambil masa untuk reply kerana aku perlu check dulu sebelum bagi jawapan. Yang mesej nak berkawan, nak berkenalan, aku okey saja. Aku hargai bila ada yang nak berkawan dengan aku. But I set my limit. Cukup sekadar berkawan di media sosial. Tidak perlu terbawa-bawa sampai ke luar. Melainkan kita sudah kenal lama, ada ketika jatuh bangun aku, sentiasa beri sokongan dan mendengar masalah aku, itu lain cerita kerana itu dikira sebagai another level of friendship. Anyway, terima kasih kepada semua followers dan anak-anak abah, tanpa kau orang kita tak akan jadi skuad yang digeruni oleh sellers sampah.

15) Again, tentang hal “tak tunjuk muka” ada juga followers yang tahu, that actually you are so fine. Jadi dengan post seperti ubat kuat lelaki mungkin membuatkan (well maybe some girls… and hem maybe some man as well?) have these “fantasies” about you. Do you know that?

Hahaha. Actually back then aku pernah post gambar tak pakai baju di IG. And tiba-tiba ada someone yang gelarkan diri dia sebagai da’ie, (by the way sampai sekarang dia masih lagi aktif berceramah) hantar mesej berbaur lucah pada aku. Aku post screenshot mesej di chat box tu tetapi ramai yang tidak percaya sebab perwatakannya yang warak. Orang ingat aku buat cerita. Sebenarnya banyak aib kita orang tak nampak, sama juga dengan geng-geng bersongkok, berserban dan berkopiah ini, kerana mereka bawa satu imej yang baik. Dengan mulut aku yang jenis cakap lepas, tentunya orang sukar nak percaya pada aku dan kata aku memfitnah da’ie tu. Sebenarnya ini bukan cerita rekaan, sudah tersebar pun di YouTube. Aku tak mahu sebut siapa orangnya. Pernah juga ada yang menyamar sebagai Sharifah menjaja cerita dia mengandungkan anak aku padahal aku haram tak kenal dia. Jadi macam itulah, ada yang betul-betul suka, ada yang sekadar nak merosakkan nama baik aku yang tak berapa baik ni. Aku okey dengan gosip, hidup tak ada gosip tandanya kau tunggul. And by the way… I don’t mind people having fantasies about me, I’m narcissist af! hahaha.

16) 2020 bakal tiba kurang lagi 12 bulan. Apakah harapan anda untuk segala yang anda lakukan ini?

Aku nak tengok pengguna bawa otak bersama mereka semasa memilih produk. 2020 zaman canggih, zaman yang mana sewaktu kanak-kanak bila cikgu tanya tentang 2020 kau mesti akan fikir adanya kereta terbang atas awan tanpa perlu lalu highway dan tol. Memandangkan tak ada kereta terbang, janganlah otak kau pula yang terbang. Ada beratus ribu produk dengan RND dan diformula dengan teknologi canggih, mengguna pakai kajian paling moden, takkan kau masih nak pilih produk yang dicedok dari Siam? Dan aku pun harap KKM bertegas sikit kali ini dengan mendenda pengasas-pengasas produk timbang kilo yang banyak kali kantoi buat produk sampah, yang overclaim kelebihan produk, yang menjalankan servis haram. Kenakan denda yang berat supaya mereka tidak lagi berani menipu. KKM kena kasihan pada pengguna. Kadang-kadang aku tengok nasib pengguna macam tidak terbela. Asyik kena saman dengan founders. Turut jadi harapan aku supaya pengguna lebih berani mendapatkan hak mereka sebagai pengguna, berani tegur kesalahan founders dalam marketing dan berani tinggalkan produk sampah yang overclaim. Haters terutamanya, mereka ingat aku buat semua ini sebab nak famous atau lapar perhatian. Ada yang kata aku cuma berkongsi informasi yang sudah sedia ada, kemudian berlagak jadi hero. Benda yang orang tak nampak adalah aku ambil masa untuk check produk satu demi satu. Produk yang claim ada Food and Drug Administration (FDA) approval, aku akan e-mail sendiri kepada FDA untuk tanya kesahihan status produk tersebut, macam e-mail aku untuk Yanko yang aku pernah post dulu. Bila aku tahu ada produk Huda Beauty dari Kilang Jenama Sendiri, aku e-mail official Huda Beauty untuk dapatkan kesahihan dan hanya selepas mereka confirm-kan itu produk fake, baru aku londeh di page aku. Tidak ada istilah aku main hentam ikut suka. Produk yang berkualiti pengguna akan sambut baik dan bagi sokongan, produk sampah pengguna boikot habis-habisan. Akan datang, aku harap pengguna lebih bijak menggunakan data internet mereka untuk cari informasi fasal produk. Biar hodoh asalkan tak bodoh okey. Let’s build a healthier generation together.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8693″]
Post dari Facebook Khairul Yoi
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Rasta Rashid

admin

Nora Abu Hassan Born To Smile

admin

Muhamad Razif Nasruddin Always evolving and expanding

admin

Leave a Comment