SANA-SINI

Xiaomi 12 Pro dan Xiaomi 12

Peneraju teknologi global Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran Siri Xiaomi 12 yang serba baharu di Malaysia, yang menampilkan dua peranti termaju: Xiaomi 12 Pro dan Xiaomi 12.

Direka untuk memperkasakan pengguna di seluruh dunia menerusi studio videografi dan penjana hiburan yang termaju, Siri Xiaomi 12 membawakan kemajuan yang mengagumkan dari segi algoritma AI Xiaomi, keupayaan pemprosesan terunggul, dan pengalaman menyeluruh yang dipertingkatkan.

Rakaman sinematik pada bila-bila masa

Siri Xiaomi 12 membolehkan pengguna menghasilkan rakaman berkualiti studio dalam apa jua senario, sama ada dalam keadaan pencahayaan yang tidak begitu baik atau semasa objek sedang bergerak. Peranti ini mempunyai susunan tiga kamera kelas pro untuk rakaman yang serba boleh, dengan kamera utama sudut lebar 50MP yang besar, dan juga keupayaan merakam 8K bagi kedua-dua model, Xiaomi 12 Pro dan Xiaomi 12.

Xiaomi 12 Pro begitu menonjol dengan susunan tiga kamera 50MP terkini, yang menampilkan sensor utama ultra besar Sony IMX707 yang termaju. Sensor ini berupaya mengesan sejumlah besar cahaya dan memperkasakan keupayaan pengimejan termaju dengan fokus yang lebih pantas dan ketepatan warna yang lebih tinggi. Xiaomi 12 menampilkan kamera sudut ultra lebar 13MP, di samping kamera telemakro 5MP, untuk merakam dari perspektif yang berbeza-beza.

Di sebalik perkakasan yang mengagumkan, Xiaomi 12 Pro dan Xiaomi 12 juga turut mempertingkatkan algoritma AI proprietari Xiaomi. Inovasi ini memudahkan pengguna merakam setiap detik sebagaimana yang diinginkan, walau dalam keadaan pencahayaan yang rendah mahupun subjek yang sedang bergerak. Xiaomi ProFocus mengenal pasti dan mengesan objek dengan pintar, mengelakkan kekaburan atau tiada fokus dalam tangkapan gambar subjek yang bergerak atau terlindung. Kemajuan ini juga turut merangkumi keupayaan fokus auto pada mata dan muka.  Video Malam Ultra menggunakan algoritma proprietari Xiaomi untuk merakam video walau dalam pencahayaan yang amat rendah, di mana rakaman dalam suasana yang kelam kini dapat dihasilkan dengan lebih jelas.

One-click AI Cinema yang terdapat pada kedua-dua peranti menawarkan pelbagai pilihan kreatif bagi penyuntingan video yang mengagumkan, seperti mod Parallel World, Freeze Frame Video, dan Magic Zoom.

Harga dan Ketersediaan di Pasaran Malaysia

  • Xiaomi 12 Pro didatangkan dalam satu varian, iaitu 12GB+256GB, yang boleh didapati pada harga RM 3,899.
  • Xiaomi 12 didatangkan dalam dua varian, 8GB+128GB (pra pesanan di Lazada dan Shopee sahaja), 8GB+256GB, dijual pada harga dari RM 2,899 dan RM 2,999.

Setiap pra pesanan Xiaomi 12 atau Xiaomi 12 Pro juga memberi anda peluang memiliki hadiah-hadiah premium bernilai sehingga RM2,197, yang akan dihantar ke pintu rumah anda 30 hari selepas anda mengambil peranti mercu serba baharu tersebut dari Kedai Xiaomi.

Related posts

Apalah Maknanya Tom & Jerry Tanpa Keju?

admin

SAMBUT TAHUN BARU CINA DENGAN KOLEKSI TERBARU DISNEY X HABIB: PUTERI MULAN

admin

Koleksi Baru Wardrobe

admin

Leave a Comment