FESYEN

Mahani Awang Menulis: Fashion Thread – 2020 What to Expect

[vc_row][vc_column width=”1/2″][vc_column_text]Ketika menjadi editor sebuah majalah fesyen dan gaya hidup pada lewat 90-an saya pernah terfikir, apakah mungkin kedahagaan terhadap ‘trend terkini’ boleh hilang dan dianggap outdated? Will fashion trends and big brands stay relevant forever

Ketika itu banyak perkara yang membimbangkan telah berlaku di serata dunia. Kegawatan ekonomi dunia, Perang Teluk dan serangan Iraq ke atas Kuwait antara yang mendesak masyarakat dunia berhati-hati dan menjadi semakin prihatin terhadap persekitaran mereka. Pada 11 haribulan September 2001 dunia gempar dengan Menara Berkembar New York diserang hingga menyembah bumi.[/vc_column_text][/vc_column][vc_column width=”1/2″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”11919″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column width=”1/2″][/vc_column][vc_column width=”1/2″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][thb_gap height=”40″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]Pencemaran alam sekitar dan kemelesetan ekonomi menjadi key movement of daily life. Kebimbangan dan kekalutan itu telah merangsang pereka jenama gah haute couture beralih kepada second line iaitu pret-a-porte atau ready to wear

Gesaan untuk pereka mengeluarkan rangkaian kedua semakin memuncak apabila himpunan haute couture mereka nyata tidak mendapat sambutan yang diharapkan daripada peminat setia yang sebelum itu sentiasa menunggu dan menempah walaupun koleksi belum pun diperagakan di pentas minggu fesyen Paris, Milan, London atau New York.

What are themes defining the state of fashion today? Jawapan kepada soalan ini hari ini menjadi lebih penting daripada tahun-tahun atau dekad sebelumnya atas beberapa sebab. 

Cabaran dan kekangan yang semakin canggih hari ini membuat industri fesyen bagaikan goyah. Jika industri ingin selamat, 2020 juga dekad-dekad mendatang menuntut industri berfikir secara strategik dalam membuat keputusan bijak dan akur pada kehendak pengguna. 

Pembuat dan pengeluar produk fesyen mesti peka dengan tuntutan pengguna yang semakin sensitif terhadap agenda-agenda sejagat hinggalah kepada persoalan paling remeh. Pertukaran iklim mendadak, citarasa pasaran yang kompleks dan pelbagai termasuk budaya juga tuntutan agama kini kian memuncak serta mood yang turun naik. 

Tidak ada lagi istilah one size fits all![/vc_column_text][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”right” lightbox=”true” image=”11966″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][thb_gap height=”40″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]Jadi apakah sebenarnya yang pengguna mahu? Sekiranya ada data lengkap dan sempurna yang boleh dipercayai sudah tentu dunia fesyen tidak akan sepi dan tidak akan teragak-agak untuk terus menguja para penggunanya, namun realiti adalah sebaliknya.

Laporan dari The State of Fashion 2020 di Amerika dan rakan kongsinya, The Business of Fashion (BoF) dalam siri analisis mendapati hasil yang agak mengejutkan dan untuk sekurang-kurangnya satu ke dua dekad akan datang industri fesyen akan terus tercabar.

Anda minat tonton filem sci-fi seperti Transfomers? Bagaimana kereta bertukar menjadi robot dan bijak menangani persekitarannya, begitulah sifat pengguna fesyen hari ini. Mereka dahagakan produk berinovasi tinggi seperti pakaian pintar yang boleh bertukar fungsi. Misalnya sebagai pelindung cuaca terik/UV dan beku salji dalam sekelip mata tanpa perlu menukar pakaian. 

‘Kegilaan’ ini mendesak dan mencabar industri untuk menghasilkan fabrikasi berteknologi canggih yang memenuhi keperluan sejagat serta boleh diguna pakai untuk mengatasi masalah bukan sahaja pertukaran iklim tidak menentu yang semakin sukar diramal tetapi pelbagai lagi cabaran lain.

Industri mesti utamakan soal kemelesetan ekonomi dunia juga kekangan waktu yang tidak menggalakkan masyarakat untuk membuang masa berdandan lama. Yang pasti segalanya perlu pantas. Fahaman bertukar-tukar pakaian demi mengikut trend adalah satu pembaziran dan suatu ketika nanti akan menjadi bukan sahaja cliché tetapi membosankan. 

Jika tuntutan tadi dapat dipenuhi maka masyarakat dunia fesyen tidak perlu gusar. Kunci kejayaan di tangan mereka. Industri pengeluar produk fesyen harus bekerjasama dalam hal ini kerana ia bukan masalah sekelompok manusia, daerah atau negara tetapi adalah masalah dunia sejagat yang mesti ditangani dengan cara bersepadu dan bijak.

Kenyataan itu disokong satu lagi hasil kajian yang dilakukan oleh sebuah syarikat fesyen McKinsey Global Fashion Index (MGFI), mereka mendedahkan ‘new insights’ iaitu hasil analisa pertumbuhan dalam syarikat-syarikat fesyen yang dibuat melalui kategori, segmen dan daerah, bolehlah dirumuskan penemuannya seperti berikut; tahun-tahun mendatang bakal menyaksikan industri menjadi begitu tegang, berhati-hati, amat tercabar dan tidak menentu.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][thb_gap height=”40″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”11922″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][thb_gap height=”40″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column width=”1/2″][vc_column_text]Apakah masyarakat fesyen bersedia untuk menerima takdir penguncupan perniagaan dan akhirnya bersedia untuk kehilangan pekerjaan? Situasi ini diramalkan berlaku di serata dunia dan empat kota fesyen gah iaitu Paris, Milan, New York dan London yang paling awal menerima bahangnya. Sungguh mendebarkan kenyataan ini, namun setiap orang perlu bersikap positif, terus berusaha dan be ready for the worst

Kerana fesyen adalah perniagaan global dengan rangkaian sumber global, pemain industri begitu teruja tentang impak tarif dan kancah yang dihadapi. Antara cabaran getir ialah perkembangan digitisasi dan isu sustainabilitiy yang semakin mencabar dan kompleks. 

Membimbangkan isu ini belum lagi menemukan hasil malah masih di peringkat awal dan tercari-cari sedangkan cabarannya semakin kompleks daripada hari ke hari. Seolah-olah tiada pengakhirnya usaha tersebut dan realitinya hanya segelintir saja yang mampu menang dalam pertarungan ini.

Cabaran serta saingan untuk mendapatkan sumber dan bakat juga menjadikannya lebih mencabar bagi industri sederhana dan jenama kecil untuk bersaing. Jadi apakah solusinya? What is left for the industry?

Kekal Positif

Begitupun dunia gayat dan gusar dengan keadaan yang tidak menentu, peluang-peluang menarik terus wujud bagi mereka yang berani dan boleh menangani cabaran inovasi serta evolusi dengan bijak. [/vc_column_text][/vc_column][vc_column width=”1/2″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”11923″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]Apa jua minat dan perniagaan berkaitan fesyen di masa hadapan adalah sudut baru yang timbul dari pelbagai masalah yang dihadapi hari ini. Bagi Achim Berg & Imrn Amed, mereka tegas bahawa itulah dimensi baru dalam dunia fesyen yang bakal dunia lalui.

Achim Berg berpusat di Frankfurt dan pengasas kumpulan McKinsey’s Global Apparel, Fashion & Luxury amat aktif di banyak bidang berkait industri fesyen seperti pakaian, tekstil, kasut pakaian atletik, produk kecantikan dan aksesori sementara Imran Amed pengasas, Ketua Editor dan Ketua Eksekutif The Business of Fashion (BoF) yang merupakan seorang penulis tersohor dalam industri yang juga terkenal sebagai ahli fikir dan komentator fesyen disegani menemui banyak perkara baru tentang fesyen di dalam kaji selidik mereka. 

Imran memulakan blog BoFnya pada 2007 dan kini mencecah lima juta pengikut dari 190 negara. Gabungan kepakaran mereka berdua menjadi kuasa penentu arah tuju atau The State of Fashion yang menjadi kayu pengukur oleh dunia fesyen di barat hari ini.

Menurut Imran keputusan arah tuju itu terhasil berdasarkan kaji selidik mereka yang mengenal pasti kemungkinan dunia fesyen dari pelbagai sudut. Paling ketara, untuk beberapa tahun mendatang dunia fesyen akan lebih tercabar dengan turun naik yang mendadak. Antara hasil laporan mereka yang pernah terkesan dan membuat industri yakin terhadap ramalan mereka ialah undian Brexit yang menjadi bahan media keesokan pagi Donald Trump dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat. Ramalan mereka menjadi nyata. 

Menurut ramalan pertumbuhan akan perlahan sebanyak tiga ke empat peratus pada 2020, namun kenyataannya ia akan kurang daripada apa yang diperolehi pada 2019 memandang situasi dan masalah yang di hadapi dunia sekarang.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][thb_gap height=”40″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_media_grid grid_id=”vc_gid:1585490261847-997c5af0af81dbab4d17ed9fa8e2a99e-10″ include=”11926,11927,11925″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][thb_gap height=”40″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column width=”1/2″][vc_column_text]

Kelestarian Fesyen

Sustainable fashion” atau kelestrian fesyen adalah kata kunci dunia fesyen hari ini.  Perkembangan ke arah kelestarian fesyen dan desakan untuk bertindak menyebabkan banyak pertubuhan terhasil memperjuangkan konsep ke arah bumi bersih dan selamat yang bebas bahan beracun dan negatif. Gerakan ini memiliki misi untuk menjadikan industri fesyen lebih beretika terhadap rangakaian ekosistemnya.

Bagi pereka busana lelaki tersohor negara Bon Zainal yang juga Presiden Persatuan Pereka Bumiputra Malaysia (MBDA), perkara pertama perlu dibuat ialah menukar minda masyarakat secara keseluruhannya. Ini bererti kita perlu melihat seluruh ekosistemnya iaitu daripada the economy of scale seperti tenaga kerja, kemahiran, kos, tanggung jawab termasuklah peranan pihak berkuasa serta sokongan korporat dan masyarakat sendiri.

Menurutnya, kita bercakap perihal ekosistem tapi kita tidak ambil kira dan teliti hal-hal yang berkaitannya. Segalanya bermula daripada perkara paling kecil dan paling remeh termasuklah seremeh pengeluaran sebiji butang baju atau sebuku benang. Itu belum diambil kira percetakan fabrik yang berjuta kodi setiap hari di serata dunia dengan pewarna tiruan yang memudaratkan alam sekitar.

“Kita masih belum bersedia. Mungkin sudah ada kesedaran ke arah itu tetapi  belum menyeluruh dan serius. [/vc_column_text][thb_gap height=”40″][/vc_column][vc_column width=”1/2″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”11933″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]Perlu bermula dari ground zero… perlu ubah mentaliti, sematkan di minda masyarakat yang barang tempatan itu berkualiti dan setanding jenama luar. 

“Selagi jenama kita tiada ruang di pasaran tempatan, selagi itulah kita tidak dapat bersaing bukan sahaja dari segi aliran dan mutu tetapi kita akan terus dihimpit dari segi persaingan harga. Lebih banyak keluaran lebih murah harga. Itu kita semua sudah maklum. Jadi sampai bila? Selagi kita tidak melepasi tahap ini, selagi itulah kita akan berada di takuk sama,” tambah Bon yang kini memperjuangkan “Buy Malaysian Fashion” secara serius.”

Kini melalui MBDA Bon berusaha untuk menerangkan masalah industri dan bekerjasama menangani isu-isu seperti kelestarian industri dengan pihak kerajaan dan persendirian dengan menganjurkan beberapa program seperti bengkel membincang dan mencari jalan keluar kepada masalah kelestarian industri dalam konteks Malaysia juga di peringkat dunia.

“Buat pereka fesyen dan masyarakat industri saya nasihatkan supaya mengenalpasti kekuatan masing-masing, kreatif dan cari keistimewaan produk yang dikeluarkan untuk sentiasa relevan, lestari dan terkini. No matter what happens you shall stand tall on your own.”

Menurut Rasta Rashid, Naib Presiden Malaysia Bumiputra Designer Association (MBDA) dan juga penggiat batik Malaysia di bawah jenama Batek by Rasta Rashid, isu alam sekitar memang menjadi cabaran berat buat pereka khususnya penggiat batik sepertinya. Kelestarian industri  batik pintasnya adalah tentang menitikberatkan dan mengambil langkah wajar untuk menyokong dan menjamin ekosistem.  [/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][thb_gap height=”40″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”11934″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][thb_gap height=”40″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]“Masyarakat industri juga pengguna harus diberi pengetahuan tentang kebinasaan bahan sintetik terhadap alam sekitar. Satu cabaran bagi saya sebagai pembuat batik ialah penggunaan pewarna sintetik yang memang sejak dulu menjadi isu persekitaran dan dunia fesyen,” akuinya, 

“Satu cara terbaik menangani isu ini ialah dengan menggunakan bahan asli seperti daun, akar kayu dan bunga yang mesra alam. Daun jambu misalnya menghasilkan rona warna yang menarik dan unik namun ada pula setbacknya, bahan asli sukar dikawal keseragamannya dan ia tidak murah, juga bergantung kepada cuaca. Ini juga masalah kepada proses produksi dan juga harga,”

Rasta yang juga giat mempromosi batik sarong dan menjadikan Kepala Kain atau Pucuk Rebung ke dalam setiap rekaannya sebagai trademark jenamanya berpendapat secara besar-besar di peringkat negara, perlunya ada sistem pembuangan atau tangki kumbahan bahan pewarna dan pencemar yang boleh dicerna menjadi air bersih. Dengan adanya pusat pembuangan dan kumbahan bersistem yang selamat, kita boleh cuba tangani masalah sustainability ini. 

Pengeluaran alternatif yang dipanggil fast fahion adalah jawapan kepada masalah harga. Kemudahan dan harga murah pakaian yang terhasil daripada arus fesyen pintas membawa kepada pencemaran. Kerap mengganti pakaian atau membuang pakaian yang sebenarnya masih boleh diguna merupakan kontribusi utama pencemaran.

“Ternyata kita sedang alami penguncupan industri fesyen, ironinya, keinginan mengikuti aliran sentiasa ada dan inilah yang mencetuskan era fesyen pantas yang murah dan volume based. Fesyen pintas membawa kepada  penggunaan bahan mentah, pewarna fabrik dan aksesori murah yang biasanya membabitkan penggunaan bahan kimia berbahaya untuk ekosistem,” pintas Masrina Abdullah, seorang pereka dan penggiat batik hampir satu setengah dekad. 

Bagi Masrina ada beberapa usaha boleh dijalankan seperti memberi fokus kepada menghasilkan fesyen daripada barangan terpakai, yang menggunakan bahan asas atau penyudah dari kraftangan juga mesra alam seperti serat nanas dan mengkuang juga yang mempromosi hasil kraf tempatan seperti batik, songket dan tenun.

“Pentingnya, masyarakat perlu dididik tentang kemudaratan yang boleh terhasil daripada fast fashion dan kebaikan slow fashion. Slow fashion mengambil lebih masa dan lebih mahal untuk dihasilkan namun begitu ia berkualiti dan membuat pengguna berasa hormat dan bangga memilikinya kerana melalui proses peringkat bahan mentah, rekaan, penyudah secara terperinci dan selamat,” tambah Masrina yakin masyarakat yang berpengetahuan akan faham akan ekosistem dan sama-sama berusaha ke arah kelestarian industri.

Penggunaan berleluasa bahan sintetik seperti polister atau nilon yang dibuat daripada bahan sukar hapus dan tanpa peraturan dari negara-negara dunia ketiga menambah kepada masalah. Setiap orang punya tanggung jawab. Dengan mengenakan pakaian lama yang berkualiti walaupun mahal sedikit harganya, secara tidak sedar sudah menyumbang dalam usaha menyelamatkan ekosistem.

Fesyen, Ekonomi dan Perang

Fesyen adalah industri paling utama menerima padah kegawatan ekonomi berbanding industri keperluan lain. Kita tidak boleh ketepikan keperluan makanan atau sumber pengangkutan juga kediaman tetapi manusia boleh saja ketepikan keperluan trend dalam waktu-waktu terdesak dan darurat. 

Fitrahnya, naluri manusia terangsang dan bertakdirkan pada persekitaran dan kekangan-kekangannya. Contoh, flashback Rusia dan China 30 tahun lalu ketika fahaman Komunis bertahta, tidak pernah wujud elemen colour trend, texture ataupun logo. No one in China for that matter will ever ask, “What is the Pentone colour trend for this year?” Semua orang di China ketika itu berpakaian biru kelabu. Bagaikan di dunia ini hanya wujud tiga warna; hitam, putih atau biru kelabu. [/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][thb_gap height=”40″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column width=”1/2″][vc_column_text]Ideologi kesamarataan ajaran fahaman tersebut mendidik masyarakatnya yakin, other colours don’t exist. Di Barat pula, beberapa tahun selepas perang dunia kedua, gaun tradisi wanita barat yang kembang dan panjang meleret bertukar pendek ke paras betis. Selain kerana menjimatkan kain, wanita lepas perang perlu ke ladang dan bekerja untuk menampung keperluan keluarga mereka apabila ramai lelaki dalam keluarga mereka sama ada masih berperang atau telah terkorban dalam perang tersebut. 

Rata-rata penggiat fesyen dan pereka seperti Bon, Rasta dan Masrina sekata, untuk beberapa ketika industri akan menghadapi detik sukar. Pakar dan peramal fesyen boleh saja cetuskan trend warna, tekstur atau silhouette terkini. Namun bila pasaran sepi, dunia peruncitan kurang sambutan, ramalan trend akan hanya tinggal ramalan yang meleset. 

Inilah yang sedang berlaku dalam dunia fesyen hari ini. Jenama besar dunia yang mengeluarkan rangkaian pret a porter atau ready to wear seperti Armani Exchange, DKNY termasuklah MNG, Zara, Macy malah Chanel dan Christian Dior juga setiap musim menyelitkan rangkaian pret a porter untuk mengimbangi pasaran dan bisnes masing-masing.[/vc_column_text][/vc_column][vc_column width=”1/2″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”11935″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][thb_gap height=”40″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]Isu sejagat seperti perang dan Covid-19 memburukkan lagi suasana industri yang kian suram kerana orang ramai menjauhi diri dari berada di tempat sesak khususnya pusat beli-belah. Ini akan mencetuskan kegawatan apabila peruncit berdepan dengan masalah tiada permintaan dan penurunan pulangan. 

Adalah langkah strategik bagi industri menumpukan kepada pada pasaran Gen Z untuk sedekad akan datang. Ini kerana telah munculnya kumpulan pengguna target yang kebanyakannya terhasil daripada krisis ekonomi dan politik tempat tinggal masing-masing.   

Permintaan pengguna terhadap barangan fesyen yang penuh dengan aneka guna yang direka melalui teknologi canggih semakin mendapat permintaan. Dengan adanya fabrik kulit alternatif yang diperbuat menggunakan bahan asas seperti teh, jagung, cendawan dan nanas dan dihasilkan melalui teknologi canggih menjadikan masa depan industri nampak cerah dan semakin menarik.   

“Lebih lagi kesedaran semua pihak khususnya pihak kerajaan dan individu yang faham akan ekosistem industri yang membabitkan hingga ke hal-hal perundangan dan mutu produksi yang berkaitan industri fesyen tentu saja akan mengubah masa depan suram industri. Menjadi lebih baik. Yang pasti longgokan ‘sampah sarap’ produk yang diperbuat daripada nilon dan akrilik yang mengaibkan industri fesyen mungkin dapat diatasi,” tambah Bon. 

Persepsi dan Citarasa Mengubah Trend

Dunia fesyen tidak akan gah dan gemilang tanpa peragawati hebat memberikan impak pada pakaian yang dicipta. Namun kini bukan hanya skinny macam Twiggy dan Kate Moss dan mereka yang bersusuk menawan saja yang di cari agensi peragaan. 

“Fesyen juga untuk pelbagai ragam bentuk tubuh, jadi anda tidak perlu miliki susuk seperti Linda Evangelista atau Cindy Crawford untuk bergaya. Saya sendiri tidak gemarkan model kurus melidi. Untuk runway saya model mestilah ada curves. That’s real women,” Kata pereka terkenal Calvin Thoo.

Model kini tak semestinya kurus seperti lidi macam pada tahun-tahun 1980-1990-an, supermodel hari dipilih kerana personaliti dan keunikan mereka, lihat saja Winnie Harlow yang mempunyai masalah kulit vitiligo kini menjadi supermodel terkenal. 

Sekarang katanya, model yang gemuk, kurus, dengan kulit mulus hingga ke kulit sopak pun ada tempat mereka dalam industri. Adanya representasi dan kepelbagaian ini menunjukkan penerimaan masyarakat semakin meluas dan tidak stereotaip. [/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][thb_gap height=”40″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”11936″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][thb_gap height=”40″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]Daripada gaya model feminin dan maskulin kini muncul model androgini hingga gender-less. Itulah aliran kian mendapat perhatian sejak dua dekad lalu. Sejak Sophie Dahl dikenali sebagai supermodel pada lewat 90-an, telah ramai model plus size muncul.

“Saya tidak pernah sarankan pelanggan saya menjerut perut atau amal diet pelik-pelik hanya nak kuruskan badan. Ini tidak sihat bukan sahaja untuk individu tersebut malah juga industri,” tambahnya.

Kenyataan ini mempamerkan dengan jelas sikap dan persepsi pengguna yang semakin canggih, berani dan bijak. Mereka tidak akan mengikut trend yang dicipta pereka secara membuta tuli malah akan lebih pentingkan keperluan diri, persekitaran dan masyarakatnya.

Menyebut hal diet, pada tahun 1913, bekas presiden American Meat Packers Association, Gustav Bischoff, meramalkan bahawa diet manusia akan bertukar kepada sayur-sayuran kerana kekurangan daging, dia memberitahu The New York Times, orang kaya akan menjadi vegetarian. Mungkin suatu hari kenyataan beliau itu menjadi realiti memandangkan keadaan dan masalah iklim dunia sekarang serta persepsi juga citarasa manusia yang berubah.

Budaya dan Fahaman Agama

Satu lagi faktor penting yang menjadi penggerak utama dunia fesyen kini khususnya 2020 ialah agama dan budaya. Mahu atau tidak, Islam khususnya adalah faktor penting perlu diberi fokus kala membincangkan hala tuju fesyen lewat 2020 juga untuk dekad-dekad mendatang. 

Hari ini serata dunia akur bahawa gaya hijab, gaya muslimah atau modest fashion, apa pun nama yang diberikan khusus kepada gaya menutup aurat ini, ia telah menular dengan meluasnya dan menjadi trending di serata dunia.

Jika anda perhatikan sejak beberapa tahun lalu setiap musim terdapat himpunan pakaian sopan atau modest yang sesuai bagi mereka yang berhijab di stor pakaian seperti MNG, ZARA, H&M, Uniqlo termasuk jenama busana seperti Dior, Chanel dan sebagainya secara ketara di serata dunia. Situasi ini menjelaskan dan membuktikan kepentingan untuk dunia fesyen memberi fokus kepada sekelompok pasaran yang semakin penting.

Pendekatan Mesra Alam

Pendekatan ‘environmental friendly’ nampaknya terus menggasak produk kecantikan dan dunia fesyen sejak di lewat 80-an dan awal 90-an untuk menghasilkan produk sensitif dan mesra persekitaran. 

Sudah beberapa dekad berlalu, hari ini menyaksikan industri masih bergelut dengan motto yang sama namun realitinya dunia terus dihimpun dengan trend fesyen ‘sampah sarap’. Produk yang wujud daripada kempen-kempen seperti Go Green, No Animal Testing, Back to Nature, Chemical Free dan sebagainya masih mencungap mencari ruang. 

Persoalannya sejauh manakah jenama seperti gah seperti The Body Shop, L’Oreal, Calvin Klen, DKNY dan jenama busana seperti Dior, Chanel dan YSL yang pernah berusaha sejak di lewat 80-an berjaya menangani isu pencemaran ini?

Kita Akan Ke Marikh?

Banyak ramalan serta andaian-andaian yang dibuat tentang mengatasi masalah dunia hari ini dan paling ekstrem mencari tempat atau planet baru untuk didiami oleh manusia. Tapi di mana?

Pada tahun 1997, majalah Wired memilih tahun 2020 sebagai tahun merealisasikan impian menjejaki Marikh. Pada zaman tersebut mungkin ia satu kisah fiksyen sains, namun hari ini manusia mempunyai sebab untuk percaya dan optimis dengan kenyataan itu. Tetapi kita kini sudahpun berada di alam 2020 namun masih berusaha ke arah itu. 

Kalau diambil kira sindiran sinis sesetengah pihak, jika misi NASA untuk menjejak Marikh pada 2030 ini menjadi kenyataan, mungkin banyak hal dapat diatasi dan banyak masalah dunia mampu diselesaikan. Kita lihat dan tunggu![/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][thb_gap height=”40″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”11937″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][thb_gap height=”40″][/vc_column][/vc_row]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button