CANTIK

Tanya Dr. Edmond April 2020

Apa itu Rutin ’10 Langkah’?

Soalan 1: Saya membaca banyak risalah dan banyak promosi oleh selebriti Korea tentang ’10 Langkah’ penjagaan kulit. Begitupun saya sebagai seorang ibu yang bekerja, punya jadual padat dan tentulah saya tidak ada masa untuk mengikuti program penjagaan yang sebegitu secara konsisten. 

Saya ingin tahu apakah rutin penjagaan ’10 Langkah‘ ini benar-benar berkesan? Apakah tiada rutin yang lebih mudah dan ringkas yang memberi kesan setanding.

Shasha
Accountant
Selangor

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12186″]
[thb_gap height=”40″]
10 langkah penjagaan kulit

Puan Shasha,

Penjagaan kulit wajah ’10 Langkah’ yang disaran peruncit kecantikan dan dipromosikan oleh selebriti dan infulencer Korea merujuk kepada kaedah bagaimana produk penjagaan kulit wajah dipakai mengikut rutin lapisan tertentu pada kulit. 

Ia biasanya melalui proses dua kali pencucian iaitu dengan pencuci jenis minyak dan jenis buih, penyegar, esen atau pati, emulsi, ampul/serum, topeng, krim mata, pelembap dan akhir sekali pelindung UV. Sebahagian besar langkah-langkah ini adalah bertujuan untuk menghidrat kulit yang bermula dari lapisan ternipis kulit hinggalah ke lapisan paling tebal.

Rutin penjagaan ‘10 Langkah’ ini tentulah mempunyai manfaat yang lebih baik daripada cara konvensional. Begitupun ia akan membuat anda mengambil lebih masa (lebih kurang 10 minit) dalam bilik mandi setiap pagi dan malam. Jika anda rasa tidak mampu memberi masa itu untuk diri anda, boleh saja ikuti ‘4 Langkah’ penjagaan mudah untuk penjagaan harian anda. 

Anda boleh ikut 4 langkah berikut:
Langkah 1: Pencuci

Cuci muka dua kali sehari (pagi dan malam). Ini adalah langkah paling penting untuk semua jenis kulit bagi membebaskan kulit daripada kotoran, habuk, sisa solekan, sebum dan peluh, juga untuk menghalang berlakunya pori-pori tersumbat, kulit kusam dan jerawat. 

Langkah 2: Penyegar/Toner

Langkah kedua adalah penyegar. Ia adalah sejenis pelembap segar yang tipis bertujuan untuk mengawal imbangan pH dan melembutkan kulit. Saya cadangkan anda memilih penyegar jenis bebas alkohol sebab penyegar berasas alkohol membuat kulit kering kerana tindakannya menghapuskan minyak pelindung asas pada kulit.

Langkah 3: Pelembap

Setiap orang memerlukan pelembap, tidak mengira kulit anda kering, berminyak ataupun kombinasi. Pada dasarnya, pelembap membantu mengurangkan kehilangan atau penghidratan air pada permukaan kulit. Saya syorkan supaya menggunakan pelembap dua kali sehari, pagi dan malam. Jika anda sedang menggunakan produk rawatan jerawat, elakkan pelembap pada bahagian tersebut ketika menyapu pelembap.

Langkah 4: Pelindung Matahari

Pelindung Matahari atau pelindung UV sepatutnya rutin terakhir penjagaan kulit siang  anda bagi melindungi kulit anda daripada radiasi UV kesan terdedah kepada sinaran matahari. Matahari adalah penyebab utama penuaan.

Terdapat dua jenis pelindung UV: fisikal dan kemikal. Bagus sekiranya anda memahami sebetulnya bagaimana kedua-duanya bertindak ke atas kulit anda supaya anda dapat memilih yang benar-benar sesuai untuk jenis kulit anda. Saya cadangkan anda pilih jenis non-comedogenic yang mempunyai spektrum meluas dengan SPF30 paling minima kerana ia mempunyai dua daya pelindung iaitu untuk UVA dan UVB.

[thb_gap height=”40″]
Saya Keliru Antara Freckles dan Pigmentasi

Soalan 2: Saya berusia awal 30-an, kebelakangan ini saya sedar kulit wajah saya timbul banyak titik coklat di bahagian pipi. Kawan-kawan saya ada yang kata itu freckles atau bintik hitam sementara ada pula yang kata itu pigmentasi. 

Saya keliru dan saya kini sedang mencari rawatan untuk masalah saya ini. Namun sebelum saya buat keputusan untuk membeli saya ingin tahu terlebih dahulu apa masalah saya yang sebenarnya. Doktor, bolehkah huraikan apakah perbezaan antara freckles dan pigmentasi?

Aida Afiqah Zarfan, Eksekutif Kanan, Seremban

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12189″]
[thb_gap height=”40″]
Masalah freckles (kiri) dan pigmentasi (kanan)

Cik Aida Afiqah,

Pigmentasi merujuk kepada pewarnaan kulit. Ia adalah gangguan pigmentasi kulit (hyperpigmentation atau hypopigmentation) yang menyebabkan perubahan pada warna semula jadi kulit anda.

Hyperpigmentasi ialah apabila kulit menjadi lebih gelap daripada normal atau asalnya. Ini berlaku kerana berlebihan melanin iaitu sejenis bahan di dalam badan anda yang bertanggungjawab terhadap warna kulit anda. Biasanya pertambahan kadar melanin berlaku ketika hamil, pendedahan kepada matahari yang kronik, kerana penyakit tertentu atau juga kesan sampingan daripada perubatan yang anda ambil.

Freckles biasanya rata, berbentuk bintik membulat berwarna coklat muda atau coklat dalam ukuran 1-2mm. Ia diketahui timbul kerana kombinasi  daripada kecenderungan genetik dan pendedahan kepada cahaya matahari. Freckles boleh menjadi bertambah gelap bila terdedah kepada cahaya matahari sementara boleh menjadi lebih cerah bila terlindung atau pada musim sejuk jika di negara barat. Perubahan ini berlaku kerana sel-sel melanin yang dikatakan tadi bertambah atau berkurangan jumlahnya.

Satu lagi gangguan hyperpigmentasi ialah Melasma. Melasma boleh hadir dalam bentuk kulit menjadi sawa matang, tan atau bertompok-tompok dan biasanya pada kulit wajah. Ini boleh terjadi kepada wanita hamil atau mereka yang mengambil pil perancang keluarga atau (OCP). Begitupun orang lelaki juga boleh mengalami masalah ini. Apa jua pendedahan kronik cahaya matahari boleh memburukkan lagi masalah.

Kombinasi beberapa perawatan mungkin diperlukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan terpulang kepada jenis gangguan pigmentasi. Tidak semua kulit boleh mendapat hasil yang sama dengan rawatan yang sama dan pigmentasi akan timbul semula jika  kerap dan terus terdedah kepada sinaran UV cahaya matahari. 

Saya sarankan anda berjumpa dengan doktor bertauliah untuk mendapatkan perundingan dan pemeriksaan bagi mendapatkan diagnosis terbaik dan tepat. Ingat, penting bagi anda mendapatkan rawatan yang tepat supaya anda mendapat hasil rawatan yang terbaik.

[thb_gap height=”40″]
Penasihat kecantikan: Asst. Prof. Dr. Edmond Ng Siah Chye Pengarah Kesihatan Xeoul Clinic.

Lawati: http://xeoulclinic.com/

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan kecantikan, hantarkan soalan anda kepada Asst. Prof. Dr. Edmond Ng Siah Chye melalui email editor [email protected] atau melalui akaun media sosial MajalahWM seperti berikut:

Instagram: https://www.instagram.com/majalah.wm/

Facebook: https://www.facebook.com/Majalah.WM/

Pertanyaan/kemusykilan anda akan disiarkan dalam MajalahWM.com

[thb_gap height=”40″]
Profile Asst. Prof. Dr. Edmond Ng Siah Chye, Pengarah Kesihatan Xeoul Clinic

Asst. Prof. Dr. Edmond Ng Siah Chye adalah Pengarah Urusan juga merupakan Doktor Perubatan Aestatik di Xeoul Clinic. berkelulusan Ijazah Perubatan (MD) pada 2009 Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Perubatan Aestatik dan telah menjalani latihan ekstensif dengan menyertai kursus-kursus dan persidangan-persidangan di serata Malaysia juga di luar negara untuk melengkapkan pengetahuan tentang perkembangan teknik Perubatan Aestatik.   

Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Aestatik dan memperolehi  Diploma dalam Perubatan Aestatik daripada American Academy of Aestatik  Medicine pada tahun 2013 dan kemudian memperolehi Master of Science in Anti-aging, Regenerate Medicine and Medical Aestatik daripada Universiti UCSI pada 2015. Dr. Edmond juga banyak melibatkan diri dengan pelbagai bentuk kajian dan berkolaborasi dengan pelbagai institusi awam dan swasta.  

Beliau terkenal dengan sifat peramah dan sikapnya yang mudah didampingi selain mempunyai sikap klinikal berhemah dan berkemahiran tinggi. Dr Edmond kini adalah pakar dalam bidang Non-invasive Aestatik Medicine juga Minimally-invasive aestatic procedures. Beliau juga diiktiraf dalam Board Certified Aestatic Medical Pactitioner di Malaysia dengan Letter of Credentialing & Privileging (LCP).
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Fenty Beauty September launches

adminwm

Tips Menjadi Wanita Islam Yang Cantik

admin

7 Produk Penjagaan Kulit Korea Yang Akan Mengubah Kompleksi Wajah Anda

admin

Leave a Comment