CANTIK

Produk Perawatan Kecantikan Terbaik Di Dunia

Angka usia semakin meninggi. Sebagai wanita sudah tentu ia menjadi kerisauan lebih-lebih lagi dikatakan sudah tidak cantik lagi, atau lebih kesat, sudah huduh, buruk dan macam nenek kebayan.

Garis-garis halus di wajahmu sudah semakin mendalam. kulit kian menjadi kering, tanda-tanda tidak disenangi seperti jeragat dan tompok-tompok hitam mula mencari tempat pada wajah.

Jika ini tidak merisaukan dan menakutkan anda, sungguh aneh bunyinya bukan? Kerana setiap yang bernama wanita amat takut diri dikatakan cepat tua daripada usia sebenarnya. Wanita yang sekalipun mengatakan dia tidak kisah tentang kecantikan dirinya, masih kecewa dikatakan wajahnya buruk dan kereput.

Apapun anda belum terlambat untuk memulakan. Jika pada usia 30-an anda masih tidak mengambil berat tentang kulit wajah, jangan ingat bila angka usia memasuki 40 anda kulit masih licin lagi dan tidak ada sebarang tanda penuaan tanpa anda memakai apapun. Jangan menipu diri, maka usah melengah-lengahkah lagi usaha untuk merawat kulit.

Seterusnya, anda mungkin akan bertanya untuk mengembalikan keremajaan apakah krim perawatan yang terbaik untuk wajah anda. Andai punya kewangan yang kukuh, jangan kedekut menggunakan alat perawatan yang berjenama dan terkenal di dunia, kerana tidak syak lagi ia hasil daripada kajian teliti di makmal-makmal terpilih di seluruh dunia, ternyata ia yang terbaik. Tiada gunakan wang menimbun tetapi astaga, mashaAllah, kesiannya tengok mukanya, apa dia buat dengan wangnya jika wajah sebenar tapak tangan itu pun gagal dirawat sebaiknya?

Ayuh jangan berlengah lagi, ketahui produk terbaik di dunia.

  1. Chanel Le Lift Crème
    Krim mewah yang lembut dan berasa nyaman di kulit ini memiliki teknologi yang mampu mempertahankan “youth proteins” atau protein-protein penting yang amat berkesan untuk memperlambat tanda-tanda penuaan.
[thb_image full_width=”true” image=”6535″]

2. La Mer The Lifting Contour Serum
La Mer, jenama yang terkenal berkat kekayaan bahan  dari lautan, lantas menghadirkan serum terbaik yang boleh meningkatkan produksi kolagen dan membantu kulit lebih tegang, licin lagi sekata.

[thb_image full_width=”true” image=”6536″]

3. Clarins Super Restorative Day Cream
Diperkaya dengan ekstrak Harungana, sebuah tumbuhan asal Madagaskar yang memiliki khasiat menenangkan. Krim ini berkesan untuk melembapkan kulit, mengurangi bertambahnya garis-garis keriput, mencegah kemunculan noda-noda hitam dan membuat kulit nampak lebih bercahaya

[thb_image full_width=”true” image=”6540″]
  1. Estée Lauder Revitalizing Supreme Global Anti-Aging Crème
    Krim pertama yang dilengkapi IntuiGen Technology™ untuk membuat kulit lebih cantik, gebu dan kekal muda. Secara efektif mengurangi tanda penuaan seperti garis-garis halus, keriput, kulit kusam, kulit kendur dan dehidrasi.
[thb_image full_width=”true” image=”6542″]
  1. La Prairie Celullar Swiss Ice Crystal Cream
    Teksturnya begitu kaya dan tinggi dengan sifat kelembapan, lantaran ia mengembalikan kelembutan pada kulit. Kandungan Swiss Ice Crystal Complex membuat daya tahan kulit lebih kuat dan awet muda.
[thb_image full_width=”true” image=”6547″]

6. SK-II Stempower Rich Cream
Mengandung Stem-Acanax, Pitera™ dan lebih dari 49% bahan-bahan lain yang menutrisi kulit secara intensif tanpa membuat kulit berasa berminyak. Dengan penggunaan teratur setiap hari, kulit akan lebih kenyal, kencang dan lembut.

[thb_image full_width=”true” image=”6549″]

7. Sulwhasoo Timetreasure Renovating Serum EX
Serum premium ini memiliki bahan utama red pine yang mengandung antioksidan tinggi dan mampu mengembalikan vitality kulit untuk menjaga kulit tetap berseri dan selembut sutra..

[thb_image full_width=”true” image=”6551″]

8. Yves Rocher Elixir 7.9 Youth Intensifier
Meski harganya terjangkau, namun produk ini dilengkapi tujuh ekstrak tumbuhan alam dan sembilan bahan anti-aging prima yang berkesan mengembalikan kesegaran dan kekenyalan kulit. Gunakan setiap pagi dan malam sebelum moisturizer agar kulit tetap terhidrasi maksimal.

[thb_image full_width=”true” image=”6552″]
  1. Guerlain Orchidee Imperiale White Age-Defying & Brightening Serum.
    A true whitening skincare revolution provides complete action on pigmentation disorders. Sama ada berkaitan dengan melanin kerana terdedah dengan cahaya uv atau yang tiada kaitan dengan melanin kerana penuaan dan glycation. Dengan setia menggunakannya, tompok hitam berkurangan lalu terus hilang, kulit kembali segar dan memancarkan cahaya.
[thb_image full_width=”true” image=”6554″]

Related posts

TINGKATKAN PENJAGAAN TABIR SURIA SHISEIDO UNTUKPERLINDUNGAN UV

adminwm

Dermistry’s Booster Serum dengan Formula Tepat untuk Keberkesanan Tertinggi

adminwm

DUTA SLAÉ SELEPAS PULANG DARI AUSTRALIA

admin

Leave a Comment