GAYA HIDUPSANA-SINI

Ruang Kerja Bersama Yang Mampan Mengubah Cara Bekerja

[vc_row][vc_column][vc_column_text]Co-labs Coworking, sebuah syarikat ruang kerja bersama di Malaysia, mengumumkan premis keduanya di Petaling Jaya, Selangor. Ruang
pejabat berkeluasan 20,000 kaki persegi di The Starling Mall, Damansara Uptown, merupakan ruang kerja bersama terbesar dan yang kedua oleh Paramount Coworking, anak syarikat Paramount Corporation Berhad. Ia juga merupakan sebahagian daripada rancangan perkembangannya dengan 4 lagi ruang kerja bersama yang bakal dilancarkan pada 2019.

Menampilkan konsep makmal eksperimen sains yang mencerminkan visi syarikat untuk mewujudkan ruang kerja ala makmal bagi menggalakkan idea-idea inovatif dan memupuk semangat kolaborasi, demi mewujudkan pengalaman bekerja bersama yang penuh impak dan bermakna.

Sejajar dengan matlamatnya yang mengalakkan pengembangan idea dan inovasi, Co-labs Coworking turut menganjurkan sebuah panel diskusi bisnes bertajuk, ‘Diversiti Mampan – Bagaimana untuk mewujudkan pembangunan ekonomi dan sosial untuk generasi akan datang’ yang menyentuh perspektif berkaitan diversiti mampan di tempat kerja dari aspek perniagaan startup, syarikat korporat, keupayaan dan jantina, teknologi dan banyak lagi.

“Arus perniagaan kini telah kian maju dimana nilai, hala tuju dan budaya kerja lebih dihargai daripada keuntungan semata-mata. Ia sangat penting bagi setiap perniagaan untuk berada di ruangan dan suasana yang memberi inspirasi kepada setiap pekerja untuk berkembang dan membangunkan kemahiran mereka. Ruang kerja bersama membolehkan pertukaran idea yang inovatif di kalangan ahlinya – pertukaran pendapat ini akan melahirkan individu pemimpin yang berfikiran luas. Di Co-labs Coworking kami membantu perniagaan yang bertempat di sini untuk berlangkah ke hadapan melalui program mentorship. Kami mempunyai hubungan istimewa dengan FutureLab dan kami bekerjasama dengan mereka untuk membimbing ahli kami secara berkala. Selain itu, kami juga mempunyai para mentor tetap dari pelbagai latar belakang, kemahiran dan budaya, untuk membantu ahli kami mempertingkatkan kemahiran dan perniagaan mereka apabila diperlukan. Melalui ruang kerja bersama dan pembimbingan mentor, Co-labs Coworking mencipta persekitaran di
mana idea-idea yang dikongsi bersama sentiasa diperjuangi dandiusahakan untuk mencapai matlamat” kata Benjamin Teo, Pengarah Co-labs Coworking dan Ketua Pegawai Eksekutif Paramount Property Development Sdn Bhd.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_media_grid grid_id=”vc_gid:1543025570887-896f8a0e-ed4b-4″ include=”8104,8103,8101,8100″][/vc_column][/vc_row]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button