AGAMA

Kenali KekasihMu..

Sempena menyambut dan memperingati hari kelahiran Nabi kita yang agong, Nabi Muhamma s.a.w esok 12 Rabiulawal 1440 h bersamaan 20.11.2018, marilah kita merenung sifat dan perwatakan Nabi kita

KENALI KEKASIHMU
Akhlak Nabi Muhammad saw…

1. Baginda selalu diam.
2. Berbicara ketika perlu.
3. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat.
4. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang
5. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dlm kebaikan dan terlepas dari azab Allah swt)
6. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’.
7. Berfikir terus-menerus.
8. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.
9. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.
10. Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.
11. Marah bukan kerana nafsu.
12. Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit mempertahankannya.
13. Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.
14. Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.
15. Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.
16. Tidak pernah berteriak di pasar.
17. Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan dan  berlapang dada.
18. Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad di jalan Allah swt.
19. Apabila menghadapi 2 perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara maksiat.
20. Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian, memerah susu dan membuat sendiri segala keperluan diri.
21. Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir.
22. Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut dan peramah.
23. Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak, lebih-lebih lagi mencela orang lain.
24. Tiga perkara yang dijauhi; perselisihan, bongkak dan segala yamg tidak diperlukan.
25. Tidak pernah mencela dan memaki hamun orang lain.
26. Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.
27. Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.
28. Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.
29. Sesiapa yg melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun dan hormat terhadapnya.
30. Sesiapa yg selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.
31. Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk dan tidak membezakan dikalangan mereka.
32. Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.
33. Tangan Baginda selalu terbuka kepad asesiapa sahaja tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua.
34. Dimanana pun Baginda berada, disitu terpancar cahaya ilmu, sikap malu dan sabar serta amanah.
35. Tidak ada yang berani meninggikan suara dihadapan Baginda kerana kewibawaan baginda.
36. Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya; menghormati orang tua , menyayangi yang kecil, mengutamakan orang yang ada hajat, menjaga keperluan dan kebajikan orang asing.
37. Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu ataupun berdiri.
38. Paling berlapang dada.
39. Paling tepat dalam berbicara.
40. Paling halus keperibadiannya.
41. Paling ramah dan beradab dalam pergaulan dan muamalahnya.

— (Ruj. Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki)

اللهم صل على محمد وعلى اله واصحابه اجمعين….

Sahah At Tolibin

Related posts

“Namun alangkah ruginya aku, ternyata di balik semua amal itu terdapat ‘nafsu tersembunyi…'”

admin

Bacaan Doa Selepas Solat Saranan Menteri Hal Ehwal Agama

admin

Allah Memanggil Kita Hanya Tiga Kali Seumur Hidup

admin

Leave a Comment