GAYA HIDUP

Yang Perlu Anda Makan Untuk Seks Sihat

Apakah jenis makanan yang boleh meningkatkan ghairah seks? Soalan ini sering ditanya individu dan pasangan.

Sebenar setiap jenis makanan mempunyai nutrisi yang berbeza dan boleh mempengaruhi keghairahan nafsu seksual manusia. Di bawah senarai makanan yang baik untuk meningkatkan ghairah seks.

Buah avakado

Dulu, masyarakat Aztec memanggil buah avakado sebagai ‘buah zakar’ kerana bentuknya. Buah avakado sejenis buah peningkat nafsu kerana ia diperkaya dengan lemak tak tepu dan rendah kandungan lemak tepu. Jesturu, ia bagus untuk jantung. Pengaliran darah yang lancar ke jantung mengurangkan risiko mati pucuk.

Badam

Kacang badam terbukti mampu meningkatkan ghairah seks. Ia padat dengan nutrien dan mineral seperti zink, selenium dan vitamin E. Amalkan meminum susu badam dan anda dapat merasai perubahan badan anda. Badam juga baik untuk otak.

Strawberi

Buah stawberi padat dengan asid folik dan vitamin B yang membantu menghindari kecacatan dalam kelahiran dan meningkatkan jumlah sperma. Buah merahi ini juga mengandungi methlxanthines, yang meningkatkan nafsu.

Tiram & makanan laut

Tiram mengandungi zink yang boleh meningkatkan nafsu seks. Di zaman Renaissance rakyatnya makan hampir 50 tiram setiap pagi bagi mengekalkan kehebatan seksnya.

Kerang

Satu lagi makanan laut yang boleh menambah keghairah seks. Kerang mengandungi dopamin, sejenis hormon yang meningkatkan ghairah seks. Kandungan zink dalam kerang sangat tinggi, dan boleh meningkatkan penghasilan sperma dalam badan lelaki.

Coklat

Coklat mengandungi serotonin dan phenylethylamine, sejenis hormon gembira yang boleh menukar mood menjadi lebih positif. Dengan pemanis mulut ini, anda boleh menggoda pasangan sehingga dia gembira dan bersedia ke ranjang.

Pisang

Pisang mengandungi bromelain, sejenis bahan yang boleh merangsang potensi seks lelaki. Selain itu, pisang juga padat dengan vitamin B dan potassium, yang melawan stress.

Buah pelaga

Menurut Doktor Ayurvedic, buah pelaga boleh mengubah mood seseorang untuk menginginkan seks secara tiba-tiba. Tambahan lagi, buah pelaga mengandungi cineole yang merangsang sistem saraf pusat.

Daun saleri

Saleri mampu merembeskan androstenone, sejenis molekul yang merangsang diri untuk terus berjaga. Selepas menguyah daun ini, tubuh anda akan melepaskan hormon pheromones yang menjadikan anda mudah tertarik pada pasangan.

Bawang putih

Bawang putih mengandungi allicin yang membantu melancarkan pengaliran darah ke organ seks secara tidak anda sedari pasangan boleh bertahan lebih lama.

Related posts

UNLOCK UNBEATABLE IQOO 12 DEALS ON ITS 12.12 PROMOTION

adminwm

Dapat Peluang Bisnes Ketika Menginap di Palace Of The Golden Horses

admin

National Geographic Asia Launches Inaugural Planet Possible Day

admin

Leave a Comment