GAYA HIDUP

Bicara Kehidupan Berkenaan Kesihatan Wanita

Roche (Malaysia) Sdn Bhd, hari ini menganjurkan buat julung kalinya. Siri Bicara Kehidupan bersempena sambutan ulang tahunnya yang ke-125 pada bulan ini. Sesi bicara ini merupakan salah satu pelantar untuk memberi inspirasi dan berkongsi pengetahuan bersama penonton tentang pelbagai topik. Akan ada tiga sesi Siri Bicara Kehidupan berformatkan perbincangan panel, dimulai dengan tumpuan terhadap aspek Kesihatan Wanita, dan diikuti dengan topik Diversiti dan Inklusif pada tarikh yang akan diumumkan kelak. Sesi interaktif ini boleh membuka satu ruang kepada para panel terlibat untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan dengan kesihatan, yang perlu diberi perhatian oleh orang ramai agar mereka dapat menikmati masa depan yang sihat dan lestari untuk 125 tahun yang akan datang.

Para panel untuk sesi Bicara Kehidupan pertama berkenaan Kesihatan Wanita menampilkan Dr. Azura Ahmad, Pakar Onkologi; Prof Dr. Woo Yin Ling, Pakar Obstetrik dan Ginekologi; YB Puan Nurul Izzah, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Choo Mei Sze, pejuang kanser dan bekas pesakit kanser kolorektum. Moderator bagi sesi ini adalah Dr. Murallitharan M, Pakar Kesihatan Umum dan Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).

“Kanser di Malaysia dijangka meningkat hampir 80% dari tahun 2020 hingga 2040 (daripada 48,639 kepada 86,666 kes baharu) 1 . Kesedaran dan pengetahuan yang terhad mengenai petanda dan simptom-simptom biasa penyakit kanser merupakan antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kelewatan pesakit dalam mendapatkan bantuan, diagnosis dan rawatan. Ini seterusnya memberi kesan kepada hayat pesakit,” kata Dr. Muralli.

“Memperkasakan pesakit untuk menghadiri saringan rutin dan mendapatkan rawatan awal akan meningkatkan peluang hidup dan berkemungkinan mendapatkan penawar.

Kebanyakan pesakit lambat hadir bagi mendapatkan rawatan atas pelbagai sebab, seperti perasaan takut sehingga kurang kesedaran mengenai implikasi penyakit ini. Dengan evolusi sains, diagnosis dan rawatan boleh diperibadikan dengan peningkatan pengetahuan genom manusia. Di samping kemajuan pilihan rawatan, penyampaian rawatan kanser di luar hospital akan menjadi revolusi seterusnya bagi pesakit ”, ujar Prof. Woo.

Dr. Azura menambah, kemajuan dalam sains perubatan telah membawa kepada peningkatan pemahaman terhadap perubahan dalam sel-sel kanser, seterusnya membolehkan para doktor memberi tumpuan untuk menghentikan pertumbuhan sel kanser.

Sejak dua dekad lalu, terapi kanser yang jitu telah merevolusikan bukan sahaja diagnosis kanser tetapi rawatan-rawatan baharu untuk membantu para doktor menyediakan rawatan yang sesuai kepada pesakit mereka. “Pemahaman berterusan terhadap genom kanser telah memainkan peranan penting dalam membentuk lebih banyak terapi moden yang berkesan, seterusnya memberikan laluan kepada penghasilan ubat-ubatan khusus demi rawatan yang lebih baik,” kata Dr. Azura.

Mei Sze, pejuang kanser dan bekas pesakit kanser kolorektum, berkata, “Berjuang menentang kanser sejak dari usia muda, saya bersyukur kerana menerima penjagaan kesihatan yang baik serta sokongan teguh daripada ahli keluarga dan rakan-rakan yang telah membantu saya menangani penyakit ini. Sepanjang perjuangan ini, saya telah mempelajari beberapa perkara: Jika anda tidak pasti mengenai perubahan yang terjadi pada tubuh, pergilah berjumpa dengan pakar penjagaan kesihatan agar mereka dapat memeriksa keadaan anda, sentiasa mendapatkan rawatan awal dan mengetahui tentang rawatan- rawatan yang ada. Jangan bertangguh kerana anda mungkin terlambat.”

Wanita daripada pelbagai latar belakang, berhadapan dengan halangan-halangan kompleks untuk mendapatkan pengesanan awal. Faktor-faktor seperti sosial, ekonomi, geografi danfaktor-faktor lain yang saling berkaitan boleh menghadkan akses mereka terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan yang mampu milik dan bertepatan pada masanya.

“Saya percaya sesiapa sahaja mampu memainkan peranan dalam mengurangkan faktor penghalang dalam mendapatkan penjagaan kesihatan – ini termasuk perancang dan pembuat polisi, pengamal perubatan, pendidik, ahli komuniti dan penyokong. Kita mesti peka dengan kekangan yang dihadapi wanita, khususnya mereka yang tidak berkemampuan, untuk mendapatkan khidmat saringan dan rawatan yang diperlukan. Untuk memastikan pelaburan, rancangan dan polisi yang berkesan, kita perlu memahami keperluan sistem kesihatan dan kos keseluruhan di samping mengetahui kepentingan pengesanan dan pencegahan awal penyakit,” kata YB Puan Nurul Izzah.

“Selama 125 tahun kami telah menjumpai kaedah yang lebih baik untuk mendiagnosis, mencegah dan merawat pelbagai penyakit demi meningkatkan mutu kehidupan jutaan individu. Ini dibolehkan melalui sikap ingin tahu, inovasi yang teguh dan usaha berterusan dalam merekacipta. Saluran produk semasa kami merupakan yang paling teguh dalam sejarah syarikat kini, dan kami membuka peluang baharu menerusi usaha pendigitan dan pemahaman terhadap data penjagaan kesihatan,” kata Cik Wong Sit Yin, Pengarah Perhubungan Korporat & Akses Penjagaan Kesihatan Roche (Malaysia) Sdn Bhd.

Pengambilan daripada pengalaman mendalam, Roche terus mencari cara untuk bekerjasama dengan negara-negara dan para pihak berkepentingan, untuk mencari penyelesaian yang tepat yang membantu meningkatkan hasil bagi pesakit sambil menjadikan penjagaan kesihatan lebih mampan untuk menghadapi cabaran masa depan.

Selama lebih 125 tahun misi Roche adalah untuk meningkatkan kesihatan manusia. Roche berkomitmen untuk mengikuti perkembangan sains dan pada masa ini, aktif dalam bidang onkologi, imunologi, oftalmologi, penyakit berjangkit dan neurosains. Bahagian Diagnostik kami juga mengubah cara penyakit boleh dicegah, didiagnosis dan dipantau. Dengan farmaseutikal dan diagnostik di bawah satu bumbung, Roche berada pada kedudukan unik untuk bekerjasama dari peringkat awal penyelidikan untuk mengenal pasti pendekatan bersasar yang sesuai di peringkat diagnosis dan rawatan. Pendekatan Roche terhadap penjagaan kesihatan bersifat peribadi adalah berteraskan pada kombinasi diagnosis, data, analitik dan teknologi digital terkini. Pelaburan dalam penentuan genom dan perkongsian data dunia sebenar telah membolehkan Roche menjadi rakan peneraju industri untuk pandangan perubatan yang berusaha menjadikan penjagaan kesihatan yang diperibadikan menjadi kenyataan untuk semua.

Pandemik global semasa telah menunjukkan bahawa pesakit menjadikan penjagaan kesihatan yang diperibadikan menjadi kenyataan untuk semua boleh mendapat manfaat daripada usaha sama syarikat-syarikat penjagaan kesihatan dan rakan lain yang bekerjasama. Roche terus berkhidmat sebagai penghubung dan pemangkin, mencari rakan usaha sama yang bermatlamat untuk mewujudkan penyelesaian penjagaan kesihatan yang holistik dan membantu sistem kesihatan global untuk menyediakan perkhidmatan lebih baik kepada individu, penyedia penjagaan kesihatan, pembayar dan masyarakat umum.

Tanggungjawab sosial korporat, amalan beretika dan kepelbagaian dalam perniagaan, penghormatan terhadap hak asasi manusia, akses yang mampan dan komitmen untuk melindungi alam sekitar telah menjadi keutamaan Roche sejak bertahun-tahun lamanya.

Bagi ke-12 kali berturut-turut, Roche telah diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat paling mampan dalam Industri Penjagaan Kesihatan oleh Indeks Kelestarian Dow Jones.

Pada 2021 dan 2022, Roche meraikan sejarahnya, pencapaian setakat ini dan hala tujunya. Keraian sebenar syarikat ini adalah kehidupan. Kehidupan – dalam keindahan dan kerumitan nya, sebagai saat-saat yang harus dialami, dikongsi dan dikenang. Untuk meraikan pencapaiannya, Roche melancarkan pelbagai aktiviti di peringkat tempatan dan global untuk menghormati banyak momen yang membentuk kehidupan, sama ada untuk melakar memori baharu yang akan diingati pada tahun-tahun mendatang atau berhenti sejenak untuk mengimbau saat-saat berharga masa lalu.

Related posts

I May Be Loud, Eccentric Or What – When I Speak, I Spell The Truth

admin

Ramadan, Zebra Square Menunggu Anda

adminwm

EDMA 2020 Pengiktirafan Kepada Penyanyi

admin

Leave a Comment