GAYA HIDUPSANA-SINI

MIIOA Cipta Sejarah Perniagaan Online

Everyone Can be An Influencer! Syabas! Begitulah yakinnya kumpulan ini melaungkan cogan katanya pada sidang akhbar yang diadakan baru-baru ini di Faroz Café, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Dengan gimik itu terhebahlah kewujudan Malaysia Influencers Industry Online Association  (MIIOA) atau Persatuan Pengaruh Industri Online Malaysia. Sidang akhbar tersebut juga mencatatkan sejarah dan permulaan satu kejayaan besar dalam dunia perniagaan online

Menurut Presidennya Datin Sri Jessie Wong, objektif MIIOA ialah menyediakan satu platform lebih luas di bawah satu bumbung bagi penggiat dunia perniagaan online khususnya para influencer dan sudah tiba masa satu platform bersepadu diperkenalkan kepada masyarakat Malaysia dan dijangka akan menarik minat bukan sahaja para pengaruh tetapi juga blogger, Youtuber dan penggiat Instargam serta Facebook yang punya pengaruh dalam perniagaan online.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” image=”11611″][thb_gap height=”40″]

Dunia perniagaan hari ini telah dikuasai oleh perniagaan online yang mana pembeli tidak perlu keluar mengharungi kesibukan lalu lintas, berpeluh mencari pakir atau ketinggalan hanya kerana tidak menikmati tawaran dan trend terkini dengan alasan tiada masa untuk membeli-belah. Kini segalanya di hujung jari.

Dengan lebih 350 juta orang kini menggunakan perkhidmatan membeli-belah online di serata Asia Tenggara dan sejumlah AS$23 bilion dibelanjakan melalui pembelian secara online pada 2018 yang mana ianya adalah dua kali ganda jumlah 2017, e- commerce menurut Datin Sri Jessie tentu saja menguasai ekonomi dunia dan kini rancak serta akan terus berkembang pesat pada kadar yang menakjubkan. 

“Paten pengguna melalui proses evolusi yang pesat dan secara langsung merangsang perkembangan permintaan terhadap konsep beli-belah mudah, selesa dan pintar,” katanya dalam ucapan aluan pada majlis tersebut. 

Petang itu, beberapa ikon berpengaruh dunia online negara seperti Asyaliee Ahmad seorang influencer, Misz Ella seorang blogger, Ti Beng Yen seorang youtuber, Boon Siew Huey instafamous dan youtuber telah diundang untuk berkongsi pengalaman pahit manis bagaimana mereka merangkak sejak mula muncul hinggalah menjadi ikon dan kini mempunyai ratusan ribu malah jutaan peminat dan pengikut.

Dua nama gah iaitu Dato Kee Hwa Chee seorang penulis bebas di The Star yang juga terkenal dengan IG dan FBnya turut hadir menyemarakkan lagi acara petang tersebut dan kemunculan pelakon tersohor Singapura Steven Tan yang terkenal dengan aplikasi onlinenya tentang premis makan di serata Singapura dan Malaysia serta mempunyai pengikut hingga ke negara jiran yang lain juga telah memberi impak positif terhadap persatuan dan majlis tersebut.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”5″][thb_image full_width=”true” image=”11616″][thb_gap height=”40″]

Menjadi terkenal dan ramai pengikut bukan perkara mudah, mereka rata-rata sependapat dan bersetuju bahawa di sebalik berpengaruh serta dikenali ramai bagaikan artis, mereka sedar akan  tanggung jawab terhadap masyarakat. Mereka tahu bahawa mereka mampu membimbing serta membina masyarakat ke arah kebaikan.

“Sebab itu sebagai seorang influencer saya sentiasa jaga tata tertib dan apa yang saya kongsikan. Saya cuba sedayanya untuk tidak menyentuh hal peribadi orang lain atau yang boleh menyebabkan mana-mana pihak kecil hati atau marah. Kita ada tanggung jawab terhadap masyarakat jadi kongsilah perkara yang baik-baik yang boleh membina minda juga peradaban,” jelas Asyaliee.

Dato Kee, Misz Ella, Steven, Beng Yen dan Siew Huey juga berasa amat teruja dengan kehadiran MIIOA dan tidak sabar untuk aktif bersamanya. Pada majlis tersebut mereka semua dihadiahkan dengan Sijil Keahlian MIIOA 2020 sebagai tanda penghargaan daripada seluruh ahli jawatan kuasa MIIOA dan betapa bangganya persatuan itu mempunyai mereka sebagai ahli.

Menurut Datin Sri Jessie lagi, MIIOA mempunyai pelbagai program menarik seperti memberi kursus kepada muka baru yang ingin menjadi influncer dan Spot On by MIIOA yang akan membantu mempamer dan memperkenalkan produk kepada pengguna dalam cara yang lebih menyeronokkan, berkesan dan eksklusif dengan pakej dan tawaran hebat. 

“Antara yang akan menjadi fokus ialah “Spot On by MIIOA Challenge” yang bakal mempamerkan 10 produk istimewa yang dipilih oleh panel terdiri daripada10 influencer teratas MIIOA dan produk terpilih adalah di antara pelbagai produk di bawah payung MIIOA. Selain barang kecantikan, produk kesihatan, baranganetworkingn rumah, barangan perhiasan wanita termasuk fesyen dan barang kemas, terdapat juga produk gajet teknologi terkini serta barangan rumah.’ 

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” image=”11621″][thb_gap height=”5″]
[thb_gap height=”40″]

Produk-produk yang terpilih akan dihebahkan kepada pengguna  dengan pakej harga terbaik dan dipamerkan dalam talian secara serentak oleh semua ahli mengikut waktu yang ditentukan untuk dibeli pengguna. Dengan tawaran harga terendah serta pelbagai pakej dan pertandingan menarik beliau pasti program itu akan membuat pengguna menunggu-nungu kemunculan produk melalui Spot On by MIIOA Challenge itu.

“Konsep tawaran sebegini secara talian telah lama berjaya di luar negara khusus China dan Amerika yang mana influencers dan ahli yang memiliki produk menjadi jutawan dalam satu malam,” jelas Datin Sirina selaku Penasihat Kehormat MIIOA, “Bagi ahli yang sudah terkenal MIIOA akan meningkatkan lagi kedudukan mereka dan menjadi lebih gah kerana MIIOA bakal mempunyai keahlian yang tinggi sementara muka baru yang tiada nama mereka akan diberikan kursus dan panduan bagaimana menjadi influencer terkenal dan berjaya,” tambahnya lagi. 

Dengan yuran RM100 setahun, ahli berpeluang menyertai pelbagai aktiviti perniagaan online, perjumpaan-perjumpaan bermanfaat, peluang secara profesional dan paling istimewa menyertai kursus intensif yang meliputi pelbagai sudut perniagaan secara profesional di dalam bidang yang berkaitan termasuklah e-commerce, latihan khusus bidang media sosial dan pelbagai lagi program yang dianjurkan dengan kerjasama daripada jurulatih luar termasuk dari China.  

Dibarisi oleh AJK yang terdiri daripada wanita hebat yang bukan sahaja mempunyai daya kepimpinan tinggi tetapi berkaliber dan berpengaruh dalam professionalisme masing-masing seperti Datin Sirina selaku Penasihat dan seorang ahli perniagaan, Evelyn Xanra selaku Naib Presiden, Rose Al-Jamalullail Naib Presiden 2, Datin Sri Annie Low sebagai Naib Presiden 3, Umence Chong Naib Presiden 4, Rockie sebagai Setiausaha, Cirndyh Wong Ching Tee memegang jawatan Bendahari, Cherry Lai selaku Bendahari, Mahani Awang menerajui bahagian Perhubungan Awam dan Komunikasi sementara Penny Tan adalah Pembantu Perhubungan Awam dan Datin Ivy Low AJK. 

Menurut Datin Sri Jessie, banyak lagi yang ingin dikongsi mengenai aktiviti dan keistimewaan MIIOA. Jadi nantikan semua itu dihebahkan pada pelancaran yang akan diadakan pada Mach 2020 nanti. 

Sementara itu beliau amat berpuas hati dengan sambutan masyarakat terhadap MIIOA dan tidak sabar untuk melihat ia berkembang sebagai satu persatuan yang rancak, menjadi satu platform yang gah serta  mampu menjana ekonomi masyarakat dan negara di masa akan datang.

Related posts

Semporna Green Avocado

adminwm

Kabinet Privé Meraikan Tahun Baru Cina & Valentine Dengan Majlis Makan Tengahari Bersama Tetamu Kelas Atasan

admin

Neelofa Berniqab

admin

Leave a Comment