Produk penjagaan diri cosmeceutical menjadi rebutan sekarang, sementelah ramai semakin sedar dan mengambil berat tentang produk yang mereka amalkan sama ada yang dimakan atau sapu luaran kerana bimbangkan kesan sampingan. Jika produk tersebut ragu-ragu pembuatannya atau biasa dipanggil ‘overclaim‘ pasti mendatangkan mudarat, sebaliknya produk cosmeceutical dihasilkan dengan pematuhan terhadap Resource & Development (R&D) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan badan berkaitan yang disahkan kerajaan.
Siti Nordiana menandatangani poster di majlis berkenaan
Untuk itu AMIPRO Sdn Bhd, sebuah organisasi farmaseutikal dan biopharaceutical melancarkan barangan penjagaan kulit cosmeceutical dipanggil “ZE’VENIR” disaksikan oleh para pemain industri, Lembaga Pengarah AMIPRO, pembekal, prospek dan media.
Di majlis pelancaran, ZE’VENIR turut memperkenalkan duta mereka iaitu penyanyi Siti Nordiana. Pemilihan bintang balada ini berikutan Nana dan ZE’VENIR berkongsi value yang sama iaitu penjagaan, kebersamaan, inovasi, komitmen, kebergantungan dan tanggung jawab. Sebut Nana dalam satu temuramah, dia begitu menggemari produk ini kerana status halal yang dimiliki. “Ia adalah produk berkualiti tinggi, dihasilkan daripada herba, bahan berasaskan botani dan pelbagai lagi sifat yang istimewa.”