GAYA HIDUPSIHAT

Jaga Makan Untuk Kekal Sihat

[thb_gap height=”40″]

Tell me what you eat, and I will tell you what you are.” Anthelme Brilat -Savarin. 

“Makan adalah hak kamu, tidak ada orang yang memaksa tanganmu untuk mengambil makan dan memasukkan ke dalam mulut kamu.” Albert Ellis.

Ya anda adalah apa yang anda makan. Kesihatan anda terpulang kepada apa yang masuk ke dalam perut anda. Makanan berkhasiat mengelakkan daripada pelbagai penyakit, sementara makan berlebihan mahupun yang tiada sumber kemanfaatan kepada tubuh badan akan membawa bencana kepada diri. 

Apa yang anda makan?

Bijirin – ia adalah sumber tenaga yang utama. Bijirin kaya dengan serat terutamanya bijirin atau hasil bijirin mil penuh. Contoh bijirin dan hasil bijirin adalah nasi, roti, mi dan mihun.

Kekacang – ia adalah sumber serat yang baik. Ianya juga kaya dengan protein dan mempunyai kandungan lemak yang rendah. Contoh kekacang adalah kacang soya, kacang pis dan kacang dal.

Buah-buahan dan sayur-sayuran – kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi lemak yang rendah dan membekalkan pelbagai jenis zat seperti vitamin A, vitamin C, asid folik, zat besi dan kalsium yang kesemuanya penting untuk kesihatan.

Sayur-sayuran dan buah-buahan juga kaya dengan serat. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan serat adalah penting untuk melawaskan pembuangan najis dan dapat membantu mencegah penyakit sembelit yang kronik, buasir dan penyakit usus (diverticular diseases). Serat juga dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes dan beberapa jenis kanser.

Mengimbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal

Aktiviti fizikal dapat membantu badan anda membakar kalori yang berlebihan daripada makanan. Ia dapat membantu mengawal berat badan. Jika berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan makanan dan tingkatkan aktiviti fizikal. Pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.

Lemak adalah sumber tenaga yang baik dan diperlukan untuk membantu menyerap vitamin-vitamin larut lemak, iaitu vitamin A, D, E dan K. Ia juga melazatkan makanan dan dapat memperbaiki tekstur makanan. Lemak berlebihan daripada makanan akan disimpan di dalam badan sebagai lemak badan. Kehadiran lemak badan ini akan menyebabkan berat badan anda bertambah. Lemak yang berlebihan meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, strok, obesiti dan masalah-masalah kesihatan yang lain.

Yang patut dielakkan atau dikurangkan

Kurangkan pengambilan garam dan gula — kebanyakan makanan yang diawet dan diproses mempunyai kandungan garam dan gula dan lebihkan makanan segar. Kurangkan gula dalam minuman dan kuih muih.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
Minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air sehari

Air penting untuk fungsi fisiologi di dalam badan, mengawal suhu badan dan mengeluarkan bahan sisa dari badan. Air diperlukan bagi menggantikan cecair tubuh yang hilang, terutamanya jika melakukan dalam aktiviti fizikal. Dan dalam keadaan-keadaan tertentu seperti bekerja di dalam bilik berhawa dingin, minumlah air dengan banyak walaupun tidak merasa dahaga.

Sebaik-baiknya mulakan hari anda dengan buah-buahan segar atau jus buah-buahan. Ini merupakan pembuka selera dan pembekal serat.

Sajikan makanan berasaskan bijirin seperti nasi, bubur, mi, roti dan bijirin sarapan. Jika memilih roti, sebaik-baiknya pilihlah roti mil penuh. Untuk lebih berkhasiat dihidangkan dengan sedikit daging tanpa lemak, ikan atau telur atau keju rendah lemak, mentega kacang mahupun susu.

Ramai cuba mengelakkan sarapan sebaliknya makan tengahari yang berlebihan. Ini adalah cara yang tidak digalakkan. Sarapan yang cukup khasiat pemakanan dan memadai makan tengahari yang ringan, nasi, sejenis sayuran dan protein, ikan atau daging.. Elakkan yang berlebihan lemak dan berminyak.

Sementara makan malam juga cuba dicepatkan dan jangan sekali-kali makan sewaktu hampir hendak tidur, sebaiknya makan dua jam sebelumnya. 

Dan apa yang patut diambil untuk makan malam? Jikalau tengahari anda memilih nasi dan lauk pauk, elakkan makanan yang sama, mungkin sekadar semangkuk sup sayur atau spageti atau sandwich yang dilebihkan sayuran di dalamnya.

Elakkan makan yang berhari-hari di dalam peti sejuk. Dan makan yang baru disediakan, bukan yang berkali-kali dipanaskan tetapi yang segar tinggi khasiat.

Nasihat yang patut dijadikan teladan

Your diet is a bank account. Good food choices are good investments.” Bethenny Franket 

“Dengan makan banyak buah-buahan dan sayur sayuran menggantikan makan cepat saji dan junk food, anda dapat menghindari kegemukan.” – David H Murdock

Go to the grocery store and buy better things. Buy quality, buy organic, buy natural, go to the farmers market (pasar tani). Immediately that’s going to increase the quality of the food you make.” Michael Symom.

“Tidak ada yang lebih baik daripada pulang ke rumah, masak bersama dan makan bersama-sama ahli keluarga, makan makanan enak berkhasiat dan rileks.” Irina Shayk

“Biarkan makanan menjadi ubat dan ubatmu menjadi makananmu.” Hippocrates.

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Mengenal Habbatussauda & Khasiatnya

admin

Demam World Cup 2018: 30 Kata Mutiara Daripada Cristiano Ronaldo

admin

Resipi Daging Merah Thai Untuk Makan Beradap

adminwm

Leave a Comment