GAYA HIDUPSANA-SINI

Kerjasama unik antara TGV dan SHARP

Syarikat pawagam terulung di Malaysia, TGV Cinemas Sdn Bhd (TGV) dan  penyedia penyelesaian elektronik dan peralatan rumah terkemuka, Sharp Electronics (Malaysia) Sdn Bhd (SHARP) secara rasminya menandakan kerjasama pertama seumpamanya dalam mencipta semula pengalaman hiburan yang dinaik taraf sepenuhnya di semua TGV Cinemas di seluruh negara pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang dianjurkan bersama-sama hari ini oleh kedua-dua jenama tersebut.

Kerjasama unik antara TGV dan SHARP ini membawa bentuk hiburan yang tiada tandingan dari rumah ke skrin besar yang membawa kepada pengalaman pelanggan yang diperkayakan dan dipertingkatkan di semua pawagam TGV. MoU tersebut telah ditandatangani oleh Encik Tan Lay Han, Ketua Pegawai Eksekutif TGV Cinemas dan Encik Ting Yang Chung, Pengarah Urusan SHARP Malaysia. 

“Di TGV, kami mengutamakan pengalaman pelanggan dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan standard untuk pelanggan kami. Kami gembira dapat bekerjasama dengan SHARP yang berkongsi nilai yang sama seperti kami dalam memberikan pengalaman pelanggan terbaik dan menyediakan hiburan premium – di dalam dan di luar rumah,” kata Encik Tan Lay Han.  

“Sebagai jenama yang prihatin dan sentiasa mempelbagaikan perkhidmatan untuk pengalaman yang lebih baik, kami berharap dapat mewujudkan persekitaran di pawagam yang terasa seperti di rumah sendiri untuk semua orang. Kami yakin ini dapat dicapai dengan produk SHARP di samping keselesaan yang disediakan oleh rakan kongsi berprestij kami, TGV, dan apabila kami mengembangkan dan membina hubungan yang lebih kukuh dengan pelanggan kami, kerjasama ini akan dapat memberikan rakyat Malaysia pengalaman hiburan yang tiada tandingan. Selain daripada kerjasama ini, kami juga mempunyai pelancaran global perdana SHARP AQUOS XLED TV yang menyediakan kualiti visual yang unggul untuk tontonan di rumah, kami gembira untuk menjadikan Malaysia sebagai negara ASEAN pertama untuk memperkenalkan inovasi ini bersama Consumer Electronic Show (CES) 2023 di Las Vegas,” kata Encik Ting Yang Chung. 

Related posts

Hidangan diRaja Kelantan oleh Bonda Tengku Faridah

admin

SJMC MERAPATKAN HOSPITAL KEPADA ANDA

adminwm

Oktober Bulan Kesedaran Kesihatan

adminwm

Leave a Comment