Kita biasa mendengar produk kecantikan Korea dengan formulasi moden dan banyak mendapat pandangan positif selepas penggunaan. The History of Whoo juga produk buatan Korea dan lebih menarik lagi kerana ia dihasilkan dengan gabungan sains moden dan ubat herba oriental yang diguna di istana lama, untuk permaisuri di sana.
Kesemua siri produk penjagaan jenama Whoo diformulasikan daripada Compendium of Materia Medica”, “Donguibogam” dan bahan-bahan masterpiece lain dari istana kuno di Korea. Bahan utamanya termasuk “GongJinBidan” yang mana khasiatnya menawarkan kecantikan tanpa batas dengan kulit yang sihat dan muda dan sering dibentangkan secara esklusif untuk kegunaan maharaja dan permaisuri zaman dahulu. GongJinBidan adalah campuran Deer Antler, Angelica Gigas, Wild Thyme, Asparagus Cochinchinensis dan Cornus Officinalisand Formitella Fraxinea yang mana kesemua bahan-bahan ini dicampur dengan penuh komitmen dan penjagaan rapi, dan dirumus berdasarkan rahsia Raja untuk dikraf menjadi bahan kosmetik dengan nilai yang berharga.
Produk Whoo yang mendapat permintaan tertinggi adalah Bichup Self-Generating Anti-Aging Essence yang kebaikannya antara lain mengembalikan keindahan semula jadi kulit kerana adanya gabungan ChoJaHaBiDan yang menyembuhkan penyebab utama masalah kulit dan dengan itu ia dapat menghapus kedutan, mengembalikan keanjalan dan seterusnya menjadikan ia berseri, menyubur dan memberi cahaya pada kulit.
Manakala HwanYu daripada barisan premium pula dihasilkan dengan campura lebih 70 ramuan berharga ubat herba oriental mengikut prinsip ubat oriental mahkamah Diraja dan teknologi lengkap dan tiada tertanding syarikat The History of Whoo. Dengan kekuatan tenaga daripada Ginseng Alam Liar, HwanYu membantu memulihkan tenaga kulit, dengan itu daripada semasa ke semasa ia akan lebih cerah dan bercahaya.
Bukan sembarangan produk kecantikan, The History of Whoo begitu eksklusif kerana Korea Selatan mempersembahkannya kepada diplomat asing sebagai hadiah diplomatik.
Untuk memanjai diri anda dengan produk ini, boleh mendapatkannya di Zalora, juga beberapa cawangan Parkson dan Isetan.