CANTIK

Minyak Wangi David Beckham Suit Up

Istimewa minyak wangi David Beckham ‘Suit Up’ kerana ia direka khas oleh syarikat pereka minyak wangi mewah Coty International (pembuat minyak wangi Gucci dan Hugo Boss) dengan kerjasama David Beckham sendiri.

Suit Up datang dengan empat aroma berbeza yang kena dengan kepelbagaian sisi peribadi David Beckham; sama ada ketika dia bersama keluarga, bergaul dengan rakan-rakannya, mahupun ketika dia sibuk membina empayar bernilai berbilion dolar dan sebagai bintang bola sepak.

Rangkaian ini terdiri daripada: Instinct, Homme, Respect dan Classic dan untuk promosi pasaran di Malaysia, setiap aroma ini diwakili oleh tiga selebriti; Azwan Kombos, Ikmal Amry, Ryzal Jaafar juga Faeez Fadhililah, seorang usahawan.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9829″][thb_gap height=”40″]

Azwan memilih aroma Instict kerana sesuai dengan gayanya yang bersahaja, komited dengan kerja tetapi tidak meninggalkan tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

Ryzal Jaafar pula yakin dengan aroma Homme kerana ia mencerminkan aura unik dan keperibadiani Ryzal yang dikenali dengan fesyennya yang eksentrik.

Ikmal Amry pula selesa dengan Respect kerana aromanya sesuai dengan dirinya yang aktif bermain bola sepak dan serasi dengan semangatnya sebagai artis baru yang mahu berjuang dalam industri hiburan tempatan.

Manakala Faeez Fadhililah yang namanya pernah tersenarai dalam Forbes ’30 Under 30 pada 2016 teruja dengan aroma Classic, sesuai dengan kepintarannya dalam bidang perniagaan yang banyak memberi ilham pada warga profesional muda.

Untuk anda yang mahu memenangi pewangi Suit Up, muat naik gambar sebelum dan selepas ‘Suit Up’ di akaun media sosial anda dengan tanda pagar #SuitUpMY dan #DavidBeckhamFragrances dan berpeluang memenangi hadiah lumayan. Untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti tanda pagar #SuitUpMY.

Related posts

Kourtney Kardashian Buat Marketing Melalui Gambar Bogel di IG

admin

Dituduh Melakukan Pembedahan Kosmetik, Ini Jawapan Balas Sofia Vergara Apabila Ditegur Di Instagram

admin

HOYEON, APPOINTED LANCÔME GLOBAL AMBASSADOR

adminwm

Leave a Comment