CANTIK

11 Produk Kecantikan Bulan Ini

1. LUSTROUS BRUSH SET Dari Make Up For Ever
Set berus alat solekan ini harus dimiliki oleh peminat alat solek. Terdapat lima berus yang merangkumi; Foundation Brush Large #108, Highlitgher Brush Small #140, Flat Round Blush Brush #156, Precise Blender Brush Medium #216 dan Shader Brush Medium #226.

[thb_gap height=”20″][thb_image alignment=”center” img_size=”medium” image=”4355″][thb_gap height=”20″]

2. POWERFUL-STRENGHT LINE-REDUCING CONCENTRATE Dari Keihl’s
Serum anti-penuaan dan kedutan di muka ini harus dimiliki kerana formulanya yang telah terbukti berkesan. Serum ini dihasilkan dengan penggunaan Vitamin C dan Asid Hyaluronic bukan sahaja dapat menghilangkan kedutan di muka anda tetapi dapat membaiki kulit wajah anda agar kelihatan sihat dan menawan.

[thb_gap height=”20″][thb_image alignment=”center” img_size=”medium” image=”4356″][thb_gap height=”20″]

3. ARTIST LIQUID MATTE Dari Make Up Forever
15 warna matte liquid lipstick ini pastinya membuatkan anda rambang mata! Dari tona nude sehinggalah ke tona ungu, Artist Liquid Matte ini amat berbaloi untuk dimiliki. Pemakaiannya sehingga 20 jam membuatkan bibir anda kelihatan cantik sepanjang masa.

[thb_gap height=”20″][thb_image alignment=”center” img_size=”medium” image=”4357″][thb_gap height=”20″]

4. DIOR 5 COULEURS PRECIOUS ROCKS Dari Dior
Pembayang mata dari Dior ini bertemakan batu permata dan Rock ‘n’ Roll menjadi pilihan kerana warna-warnanya yang unik dan cantik. Padankan solekan pembayang mata Dior ini dengan gincu merah pastinya membuatkan anda berasa lebih konfiden menempuh hari anda.

[thb_gap height=”20″][thb_image alignment=”center” img_size=”medium” image=”4358″][thb_gap height=”20″]

5. UNE AMOURETTE Dari Roland Mouret
Sebagai tanda kasih dan hadiah untuk peminat yang setia bersamanya selama 20 tahun, pereka fesyen terkenal Roland Mouret mengeluarkan minyak wangi pertamanya untuk dikongsikan bersama. Bauan yang terhasil dari Neroli, Iris dan Vanila ini amat lembut dan dibuat khas untuk gadis dan wanita yang ingin berbau wangi sepanjang masa.

[thb_gap height=”20″][thb_image alignment=”center” img_size=”medium” image=”4359″][thb_gap height=”20″]

6. GUERLINE METEORITES GOLD PEARL Dari Guerline
Gueline telah mengeluarkan produk Meteorites Gold Pearl ini khas untuk wanita-wanita yang mahu semua produk solekan dalam satu botol. Produk yang merangkumi palette solekan muka dan gincu merah di dalam botol keemasan amat sesuai dibawa kemana-mana untuk anda melakukan solekan pada bila-bila masa sahaja.

[thb_gap height=”20″][thb_image alignment=”center” img_size=”medium” image=”4360″][thb_gap height=”20″]

7. NARS MAN RAY OVEREXPOSED GLOW HIGHLIGTHER Dari Nars
Produk edisi terhad dari Nars ini amat sesuai jika anda adalah peminat highlighter. Warnanya yang menawan pasti membuatkan solekan anda tampak berkilau dan unik.

[thb_gap height=”20″][thb_image alignment=”center” img_size=”medium” image=”4361″][thb_gap height=”20″]

8. LUSTROUS SHADOW PALETTE Dari Make Up For Ever
Palette solekan mata ini terdiri daripada 12 warna. Sesuai untuk penggunaan harian dan juga untuk hari-hari penting dimana anda ingin kelihatan menawan. Warna dan tona matte serta metalik pasti membuatkan anda tidak jemu menggunakan palette ini.

[thb_gap height=”20″][thb_image alignment=”center” img_size=”medium” image=”4362″][thb_gap height=”20″]

9. ART OF HAIR x SUPER MARIO BROS. CLEANSING OIL SHAMPOO Dari Shu Uemura
Shampu ciptaan Shu Uemura ini dapat merawat dan membuatkan rambut anda kelihatan segar dan sihat sepanjang waktu. Produk ini harus dimiliki kerana bukan sahaja baik untuk penjagaan rambut anda tetapi koliberasi Shu Uemura dan Super Mario Bros. menghasilkan botol shampoo yang unik dan comel.

[thb_gap height=”20″][thb_image alignment=”center” img_size=”medium” image=”4363″][thb_gap height=”20″]

10. ATELIER COLOGNE CAFÉ TEBUROSA Dari Atelier
Minyak wangi ini mempunyai bau yang unik dan wangi. Sesuai untuk anda yang menggemari bau-bauan kopi dan coklat, jangan lepaskan peluang anda untuk memiliki minyak wangi ini.

[thb_gap height=”20″][thb_image alignment=”center” img_size=”medium” image=”4364″][thb_gap height=”20″]

11. LUXE EYE SHADOW Dari Bobbi Brown
Koleksi pembayang mata dari Bobbi Brown kali ini menampilkan 12 warna-warna yang mewah. Warna-warna dari koleksi Luxe Eyeshadow ini sesuai untuk anda gunakan ketika menghadiri majlis-majlis yang santai dan juga formal supaya solekan anda tampak cantik.

[thb_gap height=”20″][thb_image alignment=”center” img_size=”medium” image=”4365″][thb_gap height=”20″][thb_gap height=”40″]

Related posts

Syampu dan Krim Perapi Safi Shayla Supa untuk Shaylanista!

Shaufik Yunus

Cara Buat Lulur Wajah Daripada Buah-Buahan

admin

Cetaphil® dan Pengalaman Cantik Lisa Surihani

admin

Leave a Comment